sayyidul istighfar



Sunday, November 29, 2009

syukur..

Salam silaturrahim..Hari Raya Aidiladha tahun ini amat meriah sebagaimana tahun-tahun sebelumnya. Selepas sembahyang sunat Aidiladha, kami ke tempat sembelihan korban di rumah keluarga berdekatan dengan rumah kami..di sana wanie dapat melihat beberapa ekor lembu yang dijadikan sembelihan tanda kesyukuran kepada Allah..waah, ramai kanak-kanak di sana, maklumlah mereka seronok dan memang dilatih untuk turut serta dalam aktiviti sebegini.. Antara gambar yang diambil oleh adik wanie, faisalKerja-kerja penyembelihan selesai kira-kira jam 11.45 pagi..awal, memandangkan waktu solat jumaat selepas itu..
ehehe..tak lepas peluang bergambar di sekitar kawasan tersebut..just candid!

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, keesokannya, majlis serba sederhana di rumah kami berlangsung dengan baik dan lancar. Terima kasih kepada para tetamu yang sudi bertandang ke rumah..
Ramai orang mengatakan Negeri Kelantan menyambut Aidiladha dengan lebih meriah berbanding negeri-negeri lain di Malaysia..hm, wanie tak pasti lah betul atau tidak, tapi kami di Kelantan memang menyambutnya dengan meriah, tapi bagi wanie, perayaan Aidilfitri lebih meriah, walauapapun, kedua-duanya merupakan perayaan umat islam yang sangat besar pengertiannya kan? Anda setuju? Hee..
Semalam, kami menerima tetamu yang cukup istimewa. Antaranya, mak saudara wanie yang baru sembuh dari penyakit beliau, turut datang memeriahkan majlis..beliau hadir bersama anaknya( sepupu wanie)..mak saudara wanie ni merupakan kakak sulung kepada abah wanie. Beliau mengingatkan wanie tentang arwah nenek sebelah abah kerana wajahnya ada iras nenek..hmm..sepupu-sepupu yang lain pun turut hadir, seronok dapat berbual dengan mereka memandangkan sudah lama kami tidak berjumpa.

Sebahagian daripada mereka yang hadir..


Oh ya, wanie dapat anak sepupu yang baru..nama si comel tu, Nur Faiqah Dayana..comelnya dia, bak kata orang kelate, come lotey (susah nak eja ni) oleh sebab asyik nak melayan keletahnya,wanie terlupa nak bergambar bersama..arrh..
Kawan baik wanie, yang rumahnya dekat saja dengan rumah, iaitu cik ain hadir dengan busana serba kuning hari ni, ye la, warna kegemaran kan..hee..
Hm, mama yang menyediakan semua juadah..wanie pun tolong juga..he2..lagipun beliau memang suka memasak dan melakukannya sendiri..mum, you are a very good cook! the pudding, thumbs up!..

Dari sambutan kali ini, apa yang pasti, semangat gotong royong dan ingat mengingati memang perlu diutamakan kerana dengan semangat sebegini lah dapat mengeratkan lagi kasih sayang dalam keluarga dan antara jiran tetangga bak kata mama.

wallahua’lam..

0 comments:

Post a Comment

Doa buat ibu bapa yang dikasihi

Doa buat ibu bapa yang dikasihi
Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers Create your own banner at mybannermaker.com!
Daisypath Friendship tickers