sayyidul istighfar



Tuesday, December 1, 2009

setemku..

Salam..Sebelum pulang ke rumah untuk bercuti hari tu, wanie sempat menonton filem sambil mengemas bilik dan barang-barang. Filem itu boleh dikatakan baru juga, lawak, dan ianya adalah sebuah karya pengarah terkenal . Tajuknya? He..tajuknya.. ‘SETEM’..wanie suka bahagian yang masing-masing bertanding merebut sekeping setem yang amat bernilai kerana hanya satu di dalam dunia..ha2..yang lawaknya, warga Indonesia yang tidak bersalah turut diheret serta mencari setem itu. Pastu, oleh sebab keadaan terdesak, orang buta pun boleh pandu kereta..Tapi akhirnya, kisah setem yang sebenarnya berjaya dibongkar. Wanie bukannya hendak menaip tentang sinopsisnya dengan panjang dan menganalisis cerita ini, kalau hendak mengetahui dengan lebih lanjut lagi tentang filem ini, saksikannya sendiri ya! Hee..
Hm, pertama kali mendengar tentang filem ini bersama tajuknya, wanie sangat teruja kerana ianya SETEM! Anda suka setem? Wanie suka setem, jangan tak percaya yang suatu masa dahulu, hobi wanie ialah mengumpul setem..ada yang sudah gelak tu..betul, ianya bermula masa wanie darjah 5 apabila seorang kawan menghadiahkan wanie sekeping setem rama-rama ungu yang sangat cantik..minat untuk mengumpul semakin bercambah bila ianya senang diperolehi di pasar raya, di sampul surat dan boleh bertukar-tukar setem dengan kawan. Masa tu, ada juga beberapa rakan sekelas dan kawan berhampiran rumah yang turut berkongsi minat yang sama. Setem-setem wanie adalah dari koleksi tempatan dan luar Negara.. yang paling besar saiznya adalah dari Negara Korea..ah, masa terus berlalu, sekarang wanie tidak seaktif dulu kerana tidak menemui rakan yang meminati hobi yang sama di sini. Oleh itu, setem-setem yang ada hanya menjadi kenangan. Sekarang, hobi mengumpul setem amat jarang didengar.. ye la, orang lebih senang mengutus surat melalui e-mail, bertanya khabar dan berhubung melalui telefon, laman sosial dan lain-lain kerana ia lebih mudah dan cepat..penghantaran surat dan kad-kad raya melalui pos pun tidak semeriah dahulu. Sebab itu, Pos Malaysia berusaha mewujudkan pelbagai jenis setem yang cantik untuk peminat-peminat setem, yang paling baru adalah bermotifkan bunga bungaan kalau tidak silap wanie la. Tapi wanie percaya, di luar sana masih ramai lagi yang mahu meneruskan hobi yang bermanfaat ini, tidak hairan lah kalau Perpustakaan Tun Seri Lanang (PTSL) ukm ada mempamerkan koleksi setem yang sangat mengujakan..waah..cantiknya! Mengumpul setem ni banyak manfaatnya..anda setuju? Haa..wanie masih ingat yang wanie mengetahui nama saintifik bagi padi iaitu oryza sativa melalui setem lah! He2..selepas belajar bab yang memperkenalkan nama saintifik bagi padi di kelas, wanie sudah mengetahuinya lebih awal..alhamdulillah..
Walauapapun, wanie masih menyimpan koleksi setem dengan baik, ianya tidak lah banyak, tapi cukup untuk menceriakan hati apabila melihatnya kembali. Yang penting, setem pertama menjadi koleksi wanie masih tersimpan dengan baik, insyaAllah sampai bila-bila..
Waallahua’lam..

0 comments:

Post a Comment

Doa buat ibu bapa yang dikasihi

Doa buat ibu bapa yang dikasihi
Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers Create your own banner at mybannermaker.com!
Daisypath Friendship tickers