'sesungguhnya ketulusan sebuah doa muncul tatkala kesakitan yang perit dan ketulusan tasbih yang sentiasa terucap datang dari hati yang sakit'...Dr. 'Aidh Abdullah Al-Qarni
hm..dari petang tadi melayari internet, mencuba untuk menukar template blog yang baru. Tetapi tiada yang berkenan..Seketika, mama menelefon. rindunya. Kata mama, nenek akan menjalani pembedahan di lututnya yang dijadualkan pada 14 Januari ini..semoga selepas pembedahan itu nanti, nenek dapat berjalan tanpa rasa sakit lagi di lutut beliau. ah, rindunya mereka..baru beberapa hari pulang ke ukm. Tak apa lah, nanti boleh balik kampung lagi.
Bila ketenangan dicari, hanya satu yang perlu dikembali. Perlu lebih mendekatkan diri kepada Allah, banyakkan berdoa memohon petunjuk. Hari-hari yang dilalui, begitu banyak dosa yang telah dilakukan. Selalu terlupa dan memungkiri janji untuk melakukan kebaikan. Ada saja yang mencacatkan kekuatan hati yang dipinta dalam doa. Azam yang sering dilupakan. Sememangnya manusia sebegitu. Tetapi Allah ada memberikan khabar gembira dalam ayatNya iaitu 'dengan mengingati Allah, hati kan menjadi tenang'.. kenapa sering melupakan ganjaran ini? niat tidak mahu membuat dosa, tetapi masih ada yang menjadi penyumbangnya tanpa disedari..Ya Allah, aku hambaMu yang lemah, kerdil. ampunilah dosa-dosaku..semoga kita sentiasa beroleh ketenangan hati..insyaAllah.
Oh ya, di bawah ini, ada wanie sertakan doa ketenangan jiwa. jom kita baca..
Oh ya, di bawah ini, ada wanie sertakan doa ketenangan jiwa. jom kita baca..
4 comments:
banyaknya baca buku..:)
hmm..xde la,biasa saja..tq..:)
best tak buku tu??
best..tapi yang wanie baca ni baru buku yg pertama..publisher buat 3 buku yang kecil2..:)
Post a Comment