sayyidul istighfar



Friday, December 11, 2009

Bismillah..

“Dimulakan dengan Bismillah..disudahi dengan Alhamdulillah..begitu lah sehari dalam hidup kita, mudah-mudahan dirahmati Allah...”


Salam ukhuwah..bila mendengar nasyid Raihan..hmm, lagu-lagunya bagus belaka..yang ini, ia mengajak kita untuk sentiasa membaca bismillah..kalimah ‘bismillahirrahmanirrahim’ membawa maksud ‘dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani’.. nak baca satu cerita tentang bismillah tak? "Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejek, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu." Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan." Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja." Subhanallah..begitu besar peranan bismillah ini dalam kehidupan kita. Mana tidaknya, kita memulakan sesuatu perkara dengan nama pencipta yang agung..jadi, maniskan mulut dan basahkan lidah dengan menyebutnya. Bukan sahaja mendatangkan pahala, malah ia akan menunjukkan kita hanya berharap kepada Allah dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan..bila kita nak ucap? Bila-bila sahaja asalkan bukan untuk tujuan yang tidak baik seperti mencuri dan mengumpat. Hee..tu tidak kena pada tempatnya pula la kan..kalimah yang baik untuk yang baik dan pada masa yang baik..ok!



0 comments:

Post a Comment

Doa buat ibu bapa yang dikasihi

Doa buat ibu bapa yang dikasihi
Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers Create your own banner at mybannermaker.com!
Daisypath Friendship tickers