Salam.. Masa kian berlalu, nampaknya cuti semester kali ini sudah hampir ke penghujungnya. Semua pelajar UKM akan kembali untuk melakukan aktiviti sebagai seorang pelajar. Wah..seronok rasanya, mana tidaknya, dapat berjumpa dengan kawan-kawan dan junior –junior BSMM kesayangan. Apa khabar kalian? Diharapkan semuanya dalam keadaan sihat walafiat.
Hm, pejam celik-pejam celik, banyak juga aktiviti yang wanie telah lakukan di rumah bersama keluarga. Hampir setiap petang adik wanie akan membawa wanie mengelilingi kampung dan kawasan perumahan dengan menunggang motorsikal abah.Haih, wanie tak reti menunggang motorsikal ke? Hee..maaf ya, wanie bukan sahaja tidak ada lesen motorsikal, malah tunggang motorsikal pun tidak tahu. Membonceng boleh lah.hee.. Lesen kereta ada. Tapi, setakat nak hirup udara segar kampung lebih seronok menggunakan motorsikal. Kadang-kadang kami pergi membeli aiskrim di kedai runcit 24 jam berhampiran rumah. Ewah2..kalau hujan turun sewaktu menunggang , kak ngah yang paling suka sebab lebih mencabar katanya. Ada-ada saja..
Haa..Wanie juga ada menambah koleksi buku bacaan sendiri. Pesan mama dan abah,aktiviti berfaedah jangan dilupakan. Walaupun bercuti, ilmu tu mesti kena tambah kan? Sambil ambil angin di halaman rumah, apa salahnya kita membaca..Hee..peace..
Oh ada lagi, masa cuti juga, ada belajar masak dengan mama,tidaklah banyak, namun, ianya boleh menambah pengetahuan sedia ada. Penting tu..mama selalu pesan, walaupun ada kerjaya, bergaji besar sekali pun, sebagai seorang perempuan, kita mesti tahu selok belok di dapur. Tidak rugi kita belajar memasak, kerana ia sebahagian dari hidup kita, lebih-lebih lagi bila berkeluarga sendiri. Hm..
Oh ya, sewaktu kami menghantar kak ngah pulang ke kampusnya di kuantan, kami dikejutkan dengan berita kecelakaan yang berlaku di KBMall, Kota Bharu,Kelantan pada petang Ahad, 6 Disember lalu. Wanie sangat terkejut, ye la, baru sahaja pergi membeli belah di situ dua tiga hari sebelum kejadian. Malang tidak berbau, kadang-kadang bila difikirkan balik, macam tidak masuk akal kejadian itu. Tetapi, semua itu kekuasaan Allah dan Dia maha mengetahui. Semoga roh mangsa iaitu Pelajar Masterskill tersebut dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan mereka yang solehah. Semoga keluarga mereka tabah menghadapi dugaan ini.Al-fatihah.
Berbalik kepada cerita wanie, sepanjang cuti ni kan, sepupu wanie yang nakal-nakal dan comel-comel tu selalu datang ke rumah nenek. Jadi, tidaklah sunyi sangat bila berjumpa mereka. Di tambah pula dengan jiran yang baru menyewa di sebelah rumah. Anak-anaknya yang masih kecil tersebut turut menghiburkan hati. Setiap petang mereka akan bermain di halaman rumah. Adam nama yang paling bongsu, sangat menarik perhatian dengan matanya yang berwarna coklat keperangan. Comel!Selain itu, masa juga terisi dengan menghadiri kenduri jiran tetangga. Ada juga kawan satu sekolah yang menjemput untuk menghadiri kenduri mereka, namun wanie tidak dapat turut serta kerana ada hal lain yang dirancang lebih awal, tambahan pula jaraknya agak jauh dari Kota Bharu. Tak mengapalah, wanie doakan mereka berbahagia selalu. Sewaktu berada di tempat kenduri jiran itu, wanie dikejutkan dengan kehadiran kawan lama yang merupakan rakan sepermainan dahulu..waah..sudah lama tidak berjumpa. Biarpun jarak antara rumah kami tidak sampai pun 1KM, masing-masing sibuk dengan hal sendiri dan berbeza universiti menyebabkan kami ‘lost contact’. Sahabat wanie ini menuntut di UiTM Machang. Jadi, susah untuk bertemu menyebabkan kami tidak berhubung. Alhamdulillah, kami berjumpa lagi dan pelbagai kisah menarik dibualkan, termasuk kenangan bermain cikgu-cikgu, main pertandingan menyanyi dan tali getah yang juga permainan wajib kami setiap petang..haih, lawak juga..
Hm, balik ke UKM ni mesti rindu keluarga pula..tetapi semangat perlu ada untuk menghabiskan satu semester lagi, insyaAllah..:) p/s: selamat menyambut Hari Krismas dan selamat menyambut tahun baru 2010 ! (semakin bertambah usiaku..)
0 comments:
Post a Comment