sayyidul istighfar



Sunday, December 20, 2009

si malas

Apa itu malas? Gabungan suku kata ‘ma’ dan ‘las’. Bila dihubungkan ia menjadi satu perkataan yang sebenarnya sering diungkapkan dalam kehidupan seharian. Perasaan yang timbul bila berfikir tentang kerja bertimbun, mungkin juga belum tiba ‘deadline’, atau juga bila sedang berhadapan dengan kebosanan melakukan perkara sama ataupun..hmm..banyak lagi. ‘ah, malasnya nak pergi kuliah hari ni’, ‘petang-petang macam ni malas pula nak berkerja’..’ nak buat apa ni ya, baca buku malas , kemas rumah letih pula..’

haih..macam-macam lagi alasan untuk jadi malas..kenapa sering kali memilih untuk malas? Sedangkan begitu susah untuk jadi malas. Ya lah, ia memerlukan pelbagai alasan untuk malas. Bukankah mencari-cari alasan itu memenatkan? Tambahan pula perlu disertai dengan emosi untuk menguatkan malas itu, contohnya mengerutkan dahi sambil memberikan alasan, memegang perut sambil menyatakan sebab tidak dapat berkerja dan macam-macam lagi. Hmm..apa kata anda teruskan pembacaan anda di bawah yang mana ia berdasarkan pengalaman wanie sendiri . Jom..



Pernahkah anda mengunjungi pasar borong? Pasar borong adalah tempat orang menjual dan mendapat pelbagai barangan makanan mentah secara pukal,namun ada juga penjual yang menjualnya secara runcit kerana tidak semua pelanggan di situ merupakan peniaga. Biasanya semua barangan di pasar borong segar-segar belaka, tangkapan hasil laut, sayuran yang baru dipetik dan buah-buahan yang baru masak ranum diambil dan terus dijual kepada pelanggan. Harga barangan di situ adalah berpatutan dan jika pandai tawar-menawar, boleh mendapat harga lebih rendah. Ah, adat peniaga dan penjual..
(gambar hiasan)


Peraih barangan tersebut lazimnya tiba pada waktu pagi dan ada juga pada sebelah malam. Wanie pernah mengunjungi sebuah pasar borong yang sangat terkenal di Kelantan iaitu Pasar Borong Wakaf Che Yeh, Kota Bharu bersama keluarga. Besar juga.. Tidak hairanlah pendikir yang terkenal iaitu Megat Nordin pernah mengadakan video klip untuk lagunya di sini.Benarlah kata orang, sebut sahaja pasar, keadaannya amat bising tetapi ceria. Pekikan dan laungan para peniaga yang ingin melariskan jualan ada di mana-mana. Pelbagai tarikan yang dapat dilihat. Beli satu percuma satu. Beli dua percuma tiga.aik?



Ah, di kiri kanan pun ramai peniaga di sini. Begitu juga dengan permbeli. Ada yang sedang tawar menawar. Semuanya berjalan dengan sempurna seolah-olah para peniaga di sini sudah mengetahui kehendak pelanggan yang sentiasa mahukan harga yang murah. Tetapi hendak tawar menawar pun tengoklah barangnya juga ya. Apa pun, pembeli dan penjual di Kelantan ni semuanya pandai dalam urusan jual beli, terutamanya kaum hawa..lihat saja di Bandar Kota Bharu, Pasar Siti Khadijah yang sarat dengan peniaga wanita..cekapnya mereka! Pasar Siti Khadijah,Kota Bharu
Di celah-celah laluan orang ramai tersebut, pasti ada yang sedang menadah tangan meminta kepada setiap orang yang melalui jalan itu. Ada yang kemas pakaiannya, tetapi matanya tidak dapat melihat. Ada juga yang begitu teruk keadaannya untuk mendapatkan sesuap nasi. Tetapi ada juga yang tidak mudah untuk meminta kecuali membuat sesuatu seperti menjual tisu, mancis dan bermain alat muzik. Hm, semoga Allah sentiasa melindungi hamba-hambanya.



Suasana larut malam mula menjengah ke waktu pagi..tetapi perjalanan mereka di situ bagai tidak mahu berhenti. Mencari rezeki untuk keluarga. Apa yang diharap oleh mereka, mereka pulang dengan tangan berisi untuk anak-anak yang menanti. Ini yang hendak dikaitkan dengan malas. Kesian bila melihat peniaga yang telah tua, masih lagi bersemangat mencari sesuap nasi. Mereka bukannya tidak berwang, tetapi semangat untuk berkerja tidak pernah padam. Kalau begitu pemikiran orang yang sudah tua yang tidak mengenal erti malas, bagaimana pula pemikiran yang muda belia? Masih ada lagi alasan untuk tidak berkerja dan berajakan malas? Nah..kita sepatutnya kagum dan menjadikan mereka motivasi untuk kita tidak malas.


Wanie juga terpegun dengan budak yang baru setahun jagung sudah pun dilatih untuk berniaga dan membantu keluarga. Mereka tidak sedikit pun berasa malas sebab mungkin mereka fikir yang kalau mereka tidak mahu menolong keluarga sendiri, siapa lagi? Wah, besar juga pengorbanan mereka, di saat rakan sebaya masih bermain dan berkejar-kejaran, mereka terpaksa membanting tulang selepas waktu sekolah untuk meringankan beban keluarga. Insaf juga diri ini yang melihatnya. Alhamdulillah, kita sentiasa diberi peluang untuk menginsafi diri..Sementara kudrat masih ada, janganlah kita menjadikan malas itu sesuatu yang akrab dengan kita. Bahaya tu. Jika sudah tidak berdaya, macam mana untuk membahagiakan mereka yang selalu bersama kita? Fikirkannya dari sekarang..




Ya, wanie sendiri pun selalu rasa malas lebih-lebih lagi jika telah membuat banyak kerja. Tetapi selalulah ingatkan diri untuk membuat yang terbaik. Boleh untuk berehat sebentar, tetapi biarlah ada matlamat dan berusaha ke arah matlamat itu ya..Post ini untuk mengingatkan diri wanie sendiri yang kadang-kadang terlupa dengan matlamat untuk melakukan sesuatu . Ianya juga bukan hanya ditujukan kepada mereka yang sudah bergaji sahaja mahupun yang bercucuk tanam atau para suri rumah yang bekerja siang dan malam, malah post ini turut diajukan kepada mereka yang masih menuntut di bangku sekolah . Seharusnya mereka sudah boleh berfikir untuk masa depan bermula dari sekarang. Kita boleh lakukannya..tentukan sendiri..! oh ya, anda sebenarnya tidak malas kerana anda berjaya menghabiskan bacaan 'post' ini..tahniah..teruskan usaha..:) p/s: Kalau pergi ke pasar borong, buah mempelam yang tidak dilupakan, maklumlah buah
kegemaran tuu..


2 comments:

motivation Hijacked said...

tajuk simalas tu ada merujuk kpd sesiapa ke?

Nur Hazwani Binti Pauzi said...

hee..xde merujuk kepada sesiapa..sy terfikir jgk beberapa kali untuk letak tajuk apa..lastly,terfikir tajuk tu..hee..peace..

Post a Comment

Doa buat ibu bapa yang dikasihi

Doa buat ibu bapa yang dikasihi
There was an error in this gadget