Hari Ahad lepas, wanie dan keluarga pergi menghantar adik wanie, kak Ngah pulang ke kampusnya di Kuantan, Pahang..perjalanan mengambil masa lebih kurang 5 jam. Dalam perjalanan melalui Terengganu itu sungguh selesa kerana cuaca tidaklah terlalu panas. Pada mulanya, memandangkan cuaca yang tidak menentu dengan hujan lebat mencurah-curah, ia menyebabkan kami membatalkan hasrat untuk menghantar farah. Tetapi, Alhamdulillah, keadaan stabil dan air bah mulai surut, jadi kami meneruskan rancangan keluarga itu. Keadaan jalan raya kadang-kadang amat membahayakan kerana banyak jalan terjejas akibat banjir menyebabkan lopak-lopak yang dalam terbentuk.hm, boleh rosak tayar kereta ni..
Wah, gembiranya, ye la, sewaktu pendaftaran kak ngah, wanie tidak dapat turut serta. Jadi, kali ini, wanie mahu ikut serta meninjau kampus kesihatan UIA itu.. lebih kurang jam 1 tengah hari, kami sampai di mahallah kak ngah. Wah..besarnya UIA kat sini, pintu gerbang yang gah menyambut kami dengan senyuman mesra pegawai keselamatan di situ. Kak ngah memberitahu bahawa pakcik-pakcik pengawal di situ ramah dan murah senyuman..Mahallah (kolej kediaman) Talhah terletak berdekatan dengan kafenya yang besar..haih..kawasannya juga berbukit, patutlah tiada yang berbasikal di sini..kawasan UIA nya yang baru dan masih dalam pembinaan turut mempesonakan kami dengan rangka binaan bangunan masjidnya..cantik dan besar. Selepas proses ‘check in’ kak ngah selesai, kami pun bertolak ke ‘homestay’ yang telah ditempah awal-awal lagi oleh mama. Ianya terletak di kawasan perumahan, di dalam Bandar Kuantan. Keesokan harinya, kami bersiap awal kerana kak ngah ada kuliah pada waktu petang, sebelum itu, kami mengambil kesempatan untuk mengelilingi Bandar ibu negeri Pahang ini. Hm, besar. Banyak ‘Mall’ seperti East Coast Mall (ECM), Berjaya Mega Mall, Kuantan Parade..hee..Selepas jalan-jalan di ECM, kami pun bertolak ke UIA kakngah. Makanan tengahari di situ sungguh enak! Hm, kami memulakan perjalanan pulang lebih kurang jam 12.30 pm..jaga diri baik-baik ngah..love u..
Tuesday, December 8, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment