sayyidul istighfar



Tuesday, December 8, 2009

4 Perkara..

Menarik tak tajuk post ini? Rasa nak tahu apakah ia 4 perkara itu? Sebenarnya ia adalah antara amalan yang boleh kita lakukan dan juga patut kita elakkan..wanie dapatkannya dari sumber bacaan buku yang ditulis oleh Ustazah Siti Nor Bahyah..semoga ia boleh menjadi tips berguna untuk diri wanie sendiri dan juga anda..jom semak..

a) 4 PERKARA MENGUATKAN BADAN
· Makan daging. Ia kan sumber protein..tapi pastikan ia halal dan dimasak secukupnya ya..
· Memakai haruman. Eloklah jika hendak pergi ke masjid dan majlis-majlis ilmu jika
kita memakai haruman. Tetapi, bagi wanita jangan sampai berlebihan ya..tak baik pula
kan..
· Kerap mandi.
· Berpakaian daripada kapas.

b) 4 PERKARA MENAJAMKAN MATA
· Memandang benda yang hijau
· Duduk menghadap kiblat
· Bercelak sebelum tidur
· Berpakaian bersih

c) 4 PERKARA MEROSAKKAN MATA
· Memandang najis
· Melihat orang dibunuh
· Melihat kemaluan
· Membelakangi kiblat

d) 4 PERKARA MENAJAMKAN FIKIRAN
· Tidak banyak berbual kosong
· Rajin bersugi (menggosok gigi)
· Bercakap dengan orang soleh
· Bergaul dengan para ulama’ (orang yang berpengetahuan agama yang tinggi)

Wah, ada antaranya amat senang untuk kita lakukan dan tinggalkan untuk hidup sihat kan? Ah, cakap memang senang tapi buat tu susah la pula nak praktikkannya..tapi..kalau nak hidup sihat, amalkannya cepat..

0 comments:

Post a Comment

Doa buat ibu bapa yang dikasihi

Doa buat ibu bapa yang dikasihi
There was an error in this gadget