sayyidul istighfar



Saturday, December 26, 2009

Menariknya Kelantan Darul Naim?

' wanie, kat Kelantan semua board iklan yang ada artis dan model aku tengok semuanya pakai tudung..memang kena pakai tudung ke?'
hmm..ini adalah dialog pertanyaan kawan wanie yang pertama kali berkunjung ke Kelantan pada waktu cuti..ya, memang di Kelantan semua iklan di papan besar mahupun kecil, mewajibkan modelnya memakai tudung..malah, pertama kali melihatnya, wanie pun terkejut juga bila melihat 'model celcom' semuanya pakai tudung..Sebenarnya ia ditetapkan oleh kerajaan negeri sendiri..alhamdulillah, baguslah..:)


Oh ya, pernahkah anda melawat Kelantan, negeri kelahiran wanie ini? hmm..apa ada di Kelantan selain makanannya yang sedap-sedap dan warisannya? Kali ini, wanie nak cerita sedikit tentang tempat-tempat menarik di Kelantan terutamanya ibu negerinya iaitu Kota Bharu..baru je dapat ilham nak post blog tentang ni, nak tengok?
 ' lets scroll down to Kota Bharu in pictures'..

Bagi mereka yang menggunakan 'flight' untuk sampai ke Kelantan, ini adalah pintu masuknya..Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra yang terletak di Pengkalan Chepa, Kota Bharu


Bagi yang memilih jalan darat dengan menggunakan bas, inilah sebahagian kawasan di stesen bas..terletak di tengah-tengah bandar Kota Bharu..hmm..wanie rasa, ia perlu dicantikkan juga seiring dengan pembangunan yang sudah semakin ditingkatkan di Kelantan.

Kalau hendak menginap dengan penginapan yang agak mewah, tempahlah hotel di sini, Hotel Renaissance..Sebelahnya ada pusat membeli belah Billion..ada banyak lagi hotel yang pelbagai kriteria boleh didapati..cari saja! oh ya, di belakang bangunan ini terletaknya SMKA Naim Lilbanat, sekolah ku..hee

'caption through window'..hee..ini adalah salah satu hotel yang besar di Kota Bharu. Hotel Sutra Inn..ia berhadapan dengan Wisma Persekutuan yang bersebelahan dengan Hospital Raja Perempuan Zainab II.

Mercu tanda negeri serambi mekah..ia terletak di tengah-tengah Bandar Kota Bharu..ia menjadi tumpuan pelancong setiap kali mengunjungi negeri ini..

Mercu tanda terbaru Kelantan iaitu Kelantan Trade Center..merupakan dua menara berkubah yang mempunyai ruang-ruang pejabat dan pusat konvensyen moden. Terletak di hadapan stadium Sultan Muhammad IV
Antara masjid yang tercantik di Kelantan bagi wanie..ia terletak di Kubang kerian..berhadapan dengan pintu masuk istana mahkota..

haa..ini pula sebahagian daripada Balai Islam Negeri..besar dan cantik..di sini terdapatnya mahkamah syariah dan pelbagai jabatan lain..selalunya diadakan pelbagai pameran tentang islam dan pesta buku..

Sekarang, pusat membeli belah KB Mall ini menjadi tempat pilihan mereka yang ingin membeli belah dan bersantai bersama rakan..ia tidaklah terlalu berada di pusat bandar, jadi mungkin kurang sibuk berbanding 'supermarket' lain.

Tidak lengkap percutian di kelantan tanpa mengunjungi kawasan bebas cukai di Pengkalan Kubur ni( terutamanya wanita dan para ibu)..ia merupakan sempadan di antara Malaysia dan Thailand..barangan di sini agak murah tapi mesti berhati-hati ya ketika membuat pilihan..sudah lama wanie dan keluarga tidak ke sini kerana ketiadaan masa terluang untuk ke tempat sebegini..

Pasar Siti Khadijah..sudah dinaik taraf beberapa kali untuk kelihatan lebih cantik..ia merupakan tumpuan pelancong dalam dan luar negeri..ada pelbagai barangan di sini seperti pakaian, kraf tangan, makanan kering, sayur-sayuran, lauk pauk dan lain-lain..majoriti peniaganya ialah wanita..

Ini pula Stadium Sultan Muhammad ke-IV di Kota Bharu..gomo kelate gomo..hm..di luar kawasannya terdapat kawasan bersantai bersama keluarga dan medan selera yang sangat besar. kami sekeluarga selalu bersantai di sini..

haa..ini lah medan usahawan yang kami selalu kunjungi..ia hanya bersebelahan dengan stadium tadi..

ehehe..antara gambar yang sempat diambil ketika kami minum petang di medan usahawan..adik wanie, faisal..

Nak menikmati udara pantai dan desiran ombak..? jom ke Pantai Irama di Bachok. Pesta Air Kelantan selalu diadakan di sini.

Pantai Cahaya Bulan (PCB) yang sangat indah..di tepi pantai ini terdapat banyak gerai menjual makanan laut dengan harga berpatutan..sambil menghirup udara segar, boleh lah menjamu selera dengan sotong bakar kan? hee..

Gambar ni diambil sewaktu wanie, mama dan adik berjogging di Taman Tengku Anis..memang banyak haiwan diletakkan di sini seperti pelanduk, burung merak dan burung-burung lain. Di samping itu, terdapat replika-replika bangunan bersejarah di sekeliling tapak laluan jogging. menarik! 

hmm..begitu lah unik dan cantiknya Negeri Cik Siti Wan kembang ni..Sebenarnya, banyak lagi tempat yang menarik..jadi kalau ada peluang, datanglah ke Kelantan..

p/s: kebanyakkan gambar dari internet

1 comments:

Anonymous said...

nak dtg kelate...hu2..:)

Post a Comment

Doa buat ibu bapa yang dikasihi

Doa buat ibu bapa yang dikasihi
Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers Create your own banner at mybannermaker.com!
Daisypath Friendship tickers