Hari ini, selepas semalaman rasa kurang sihat, wanie diajak rakan baik iaitu shahirah (sha) untuk mengambil angin di sekitar Bandar Kajang. Sebenarnya, saja menemani sha untuk mengambil gambar passport untuk borang yang perlu diisinya. Jadi, sambil itu, bolehlah wanie mencuci mata. Mana taknya, asyik terperap je dalam bilik minggu ini ditemani kesunyian memandangkan ramai pelajar yang pulang ke rumah sempena cuti Krismas.
Kami menunggu bas rapid tetapi oleh sebab masa yang agak lewat kerana kami keluar lebih kurang jam 2.30 petang, jadi kami mengambil keputusan untuk menunggu bas mini di luar UKM saja. Oh ya, masih kah anda ingat cerita tentang bas mini yang wanie pernah 'post' kan sebelum ini? hee..ini bermakna tadi merupakan kali ketiga wanie menaiki bas yang comel itu.
Tetapi keadaan dalam bas mini tadi amat berbeza dari sebelum ini. Kerusinya seperti ditukar baru, tingkap ditutup dan kebersihan dalam basnya terjaga, jauh dari yang sebelum ini. Wanie terfikir, "adakah 'post' aku hari itu dibaca oleh pengarah syarikat bas mini seMalaysia? ah, jauh sekali pemikiran wanie..hee..walaupun bunyi bisingnya tidak dapat dielakkan, namun perkara yang lain patut dipuji..
Sampai di Kajang, kami ke tempat tujuan terlebih dahulu sebelum berpeleseran ke tempat lain..Sambil menunggu gambar passport diproses, wanie berbual dengan 'auntie' merangkap tauke kedai tersebut.
'auntie..apa berita menarik hari ini dalam paper?' wanie memulakan perbualan setelah melihat akhbar berbahasa cina dibelek-belek olehnya..' hayya, bas yang accident semalam..itu bas Sani Express. kesian maa..' sambil menunjukkan keratan beritanya..oh, inilah berita yang kami nak tahu lebih lanjut tu semalam sewaktu berada di kafe..auntie tersebut menerangkan pada kami kejadian sebenarnya..hm, auntie juga sempat bertanya kami dari mana dan macam-macam lagi..haih, banyak cakap wanie ni (wanie bermonolog..hee)..mana taknya, auntie tersebut memang pandai melayan pelanggannya dan murah senyuman..
Setelah itu, kami ke Metro Point. ohh..di sini semua lagu dari seberang yang dijadikan halwa telinga..ah, lagu Peter Pan, mungkin nanti..teringat pula kenangan di matrikulasi dulu.. lagu itu selalu menjadi siulan..
Sha sudah mula terasa lapar..baiklah sha, jom kita cari makanan...uhh..'secret recipe' yang jadi pilihannya..hm..memang ramai orang gemar akan makanan dan menu di sini..tapi, bagi wanie tidak. Wanie tidak begitu gemarkannya..tetapi memandangkan orang tidak terlalu ramai dan sudah lama tidak merasa 'cheese cake' nya...masuk saja lah..
hm..'Hi-fiber cream cheese cake', 'chocolate cake' dan 'ice blended green tea' yang menjadi pilihan minum petang untuk hari ini..sebelum itu..jom kita bergambar dulu..layan...
Green tea yang sedap..cheese cake pun sedap..
chocolate cake lagi..
si perut bual hal pula (lakonan semata-mata)..wait, hee..seronoknya akak tu gelak..
hmm..kejap ya sha..freeze..
Oh ya, pelayan mereka mesra juga tetapi sempat menjeling juga tuu..haih..
haa..sewaktu makan-makan tadi, dari jauh kami nampak seorang 'uncle' yang sedang meminta-minta duit dari sesiapa sahaja yang lalu disekelilingnya..tetapi apabila uncle yang berbangsa cina itu hendak masuk ke tempat makan, dia dihalang oleh para pekerja..dan dia pun meneruskan perjalanannya ke tempat lain dan tidak sempat datang ke bahagian kami duduk..kesian..memanglah dia masih kuat bekerja dan mampu berjalan walau tidak berapa sempurna, namun, kadang-kadang sedih juga bila melihat mereka yang sedang menjamu selera, apabila diminta menghulurkan sedikit wang, mereka menolak begitu sahaja..hm..mungkin juga mereka takut ditipu..tapi, bagi sedikit sahaja pun tak apa..hm..itu pendapat masing-masing lah, yang penting keikhlasan hati si pemberi..
Selepas itu, kami meneruskan agenda..mungkin yang terakhir sebab jam menunjukkan sudah hampir lewat petang..Oleh itu, kami singgah di Watson iaitu destinasi yang boleh dikatakan wajib bagi wanie setiap kali keluar bersantai. Kami mencari-cari barang keperluan masing-masing dan beredar untuk pulang..Alhamdulillah..bas rapid sudah tersedia..opps..jangan lupa bayar tambangnya ya..ehehe..
hm..penat juga, namun dapat juga keluar melepaskan tekanan sebelum memulakan kuliah awal pagi esok..terima kasih sha..lain kali kita keluar sama lagi..insyaAllah..
p/s: Dapat juga gantikan penyepit rambut yang patah hari tu..he..oh ya, selamat berbuka puasa bagi yang berjaya berpuasa sunat hari ini. Thumbsup!
0 comments:
Post a Comment