sayyidul istighfar



Saturday, December 19, 2009

perjalanan hari ini..

Alhamdulillah..Sekarang wanie sudah pun tiba di ukm..sambil merehatkan diri, elok wanie 'post' kan sesuatu sebagai 'post' pertama @ bintang hati setelah tiba di ukm..





Lebih 9 jam perjalanan tadi..penat. ya..sungguh penat. sebenarnya bas dijadualkan akan bertolak pada jam 8.30 pagi..(awalnya wanie)..tetapi..seperti biasa bas akan tiba lewat dari jadual asal..bukan 15 minit mahupun 40 minit..tetapi, lewat 1 jam! kesabaran jelas terpancar. Sepatutnya, pihak yang terlibat harus mengambil berat akan pengurusan masa yang tidak efisyen ini. Ia melambatkan masa orang lain juga. Alasan selalu diberi tetapi jika ada kes-kes tertentu, perlu disertai dengan cara alternatif yang telah dirancang. Untuk kesekian kalinya, wanie sudah lama menjadi mangsa kelewatan bas terutama kalau masa perjalanan waktu pagi. kalau sudah lewat tak mengapa lah, tetapi kenapa lah baru hendak mengisi minyak? wanie tertanya-tanya, kenapa lah mereka tidak mengisi minyak dalam masa 1 jam lebih mereka lambat tadi? Ia menambahkan lagi kelewatan masa. oh, ya, ini bukan kali pertama seperti ini, sudah banyak kali juga.. wanie percaya kalau mereka meningkatkan cara pengurusan, sudah pasti lebih ramai yang akan menggunakan pengangkutan awam ini.





Hari menunjukkan tanda-tanda hujan akan turun..rintik-rintik dari malam tadi..dalam perjalanan melalui Kuala Krai, bas dipandu begitu perlahan..rupa-rupanya, jalan dinaiki air banjir..jalan tersebut berada di antara ladang-ladang kelapa sawit. Apa yang dapat dilihat ialah pokok-pokok kelapa sawit tersebut seperti ditanam di dalam sungai..kampung-kampung di situ majoriti ditenggelami air..wanie dapat melihat dengan jelas kanak-kanak berenang dan bersampan..oh, begini rupanya keseronokkan bermain air banjir..





hm..perjalanan diteruskan..di kanan wanie selalu ternampak pokok-pokok pisang yang ditanam dan juga yang tumbuh meliar di dalam belukar dan semak samun..semua pokok tersebut tumbuh berkelompok. Kata orang, anak pokok pisang mesti berada berdekatan pokok induk..sambil memerhati keadaan itu, wanie teringat akan ceramah seorang ustaz dalam rancangan Halaqah (kalau tidak silap wanie). beliau menceritakan perihal ibu pokok pisang pun pandai menasihati anak-anaknya supaya terus menghasilkan buah pisang untuk manusia walaupun ibunya akan dicantas. sebab itu kita dapat melihat pokok pisang akan selalu mempunyai anak-anaknya. Penceramah itu ingin membandingkannya dengan sikap manusia dalam mendidik anak-anak..





hm..sambil melihat keindahan dan panorama, wanie mendengar lagu-lagu dari MP3 kesayangan sebagai halwa telinga..layan lah juga. Di dalam bas yang sama, terdapat ramai penumpang kanak-kanak bersama keluarga mereka. cuti sekolah belum berakhir, jadi mereka mengambil kesempatan itu untuk mengunjungi sanak-saudara. suasana sungguh riang dengan keletah mereka yang tidak henti-henti bercakap dan mundar-mandir..kelakarnya.


ooh..hujan lebat mulai turun. tetapi keadaan trafik yang tidak sesak memudahkan perjalanan..wanie tiba di Hentian Kajang kira-kira jam 7.30 pm..setelah membeli kudapan malam, dengan pantas, wanie mencari teksi dan pada jam 8 malam, wanie tiba di Kolej Ibrahim Yaakub, UKM..Alhamdulillah..





p/s: mama,abah, kak ngah, terima kasih tadi ya! love u.

Doa buat ibu bapa yang dikasihi

Doa buat ibu bapa yang dikasihi
There was an error in this gadget