Di sini aku dilahirkan,
Juga tempat aku dimanja dan dibesarkan,
Permulaan ilmu di Kelantan juga aku dapatkan
Aku dididik oleh ibu bapa dan guru yang kupanggil ilmuan
Aku suka makanan yang digemari rakyat tempatan
Budu lah, tak lain tak bukan.
Aku bangga bila ia menjadi sebutan.
Aku lebih memilihnya walau sushi menjadi taruhan.
Rugilah rakyat Kelantan kalau tidak makan
Kerana budu, orang mengenali Kelantan.
Aku suka apa sahaja yang berwarna merah jambu
Eh, tapi bukan makhluk itu,
Kalau terpandang benda rona merah jambu mesti terpaku
Silap hari bulan, penuh troli aku.
Aku sekarang menuntut di UKM, Universiti terbilang
insyaAllah aku akan bergelar seorang guru kimia yang tidak garang
opps, untuk sekilas pandang.
oleh itu, aku harus cemerlang,
Agar cita-cita tidak terbuang.
Hajat di hati ingin berbakti di sini,
Mengajar jadual berkala unsur, persamaan kimia dan pelbagai teori,
Tetapi ia bergantung kepada KPM yang menjadi juri,
Ke mana agaknya diri ku untuk menabur bakti
Kalau nun jauh di sana, tidak apa lah, air asia penghubung negeri
Gaya penaipan kali ini macam gurindam pula
Ah, biarkan saja kalau itu mood aku dapat adanya
Sekali sekala apa salahnya
Kita berubah gaya, stail dan cita rasa
Esok lusa yang lain pula ya..
Blog ku ini tidaklah sepertinya
Mungkin ada yang tidak mengerti,mungkin ada yang suka
Setiap apa yang dikongsi bersama,
Ianya dari diri ku yang serupa
Teruskan melawat bila terluang masa
Semoga anda mendapat sesuatu darinya..
ehehe..peace..
0 comments:
Post a Comment