sayyidul istighfar



Sunday, December 13, 2009

raja sehari..

Ramainya yang telah mengakhiri zaman bujang pada akhir tahun ini..wah..termasuklah kawan-kawan satu sekolah dulu dan juga jiran wanie..hmm..para jemputan pun boleh tahan. Majlis yang diadakan serba sederhana tetapi agak meriah.


Bila berkunjung ke tempat kenduri, selalu terdengar kenalan bertanyakan tentang diri wanie , sebabnya, masa tu lah yang jauh bersua kembali, yang dekat bertambah erat..banyak cerita dibualkan, tidak kurang pula mereka yang lebih dewasa pun turut berkongsi ilmu dan pendapat. Ha2..contoh soalannya: ai, bila nak kahwin? Hmm, dah ada calon? Mesti kakak(nama manja di rumah) dah tak lama lagi kan?


Ah, selalu sangat mendengar soalan sebegitu..uh, wanie muda lagi, nak habis belajar dulu baru fikir tentang alam berumah tangga, lagipun masih ada tanggungjawab lain.. tapi, kalau ditanya pasal calonnya, insyaAllah yang itu. Tidak salah kita merancang. Bukankah kita disuruh memilih calon yang tepat untuk kita? Memilih calon yang tepat bukan mudah. Kalau yang mengatakan ianya mudah, mungkin mereka belum merasakan kesusahannya. Ye la, sudah tentu ada sikap yang kita tidak suka pada seseorang tu kan?



Kalau membujang lama sangat pun tidak elok. Rasulullah saw junjungan kita tidak menggalakkan umatnya membujang terlalu lama..dan kita dikira sudah sempurna separuh iman bila berumah tangga.yang selebihnya usaha amalan baik kita yang lain.. Tetapi, harus diingat, lengkapkan diri dengan ilmu dan persiapkan diri kita seadanya dahulu, barulah kita berhak memilih yang terbaik.. Wanie percaya pengunjung blog @ bintang hati ini yang dari Indonesia pun berpendapat seperti wanie..mencari pacar bukannya senang bukan? Bisa-bisanya jadi panasaran..Tak gitu Soleha?



Wanie tidak mahu menceritakan tentang adab memilih pasangan sebab wanie sudah berkongsi pendapat dan sumber bacaannya di blog ini yang terdahulu. Sila semak ya..

Hmm, bila tiba musim cuti sekolah, mesti ramai yang berkejar-kejar untuk menguruskan hal perkahwinan ini. Banyak barang yang perlu dibeli, tempahan pelamin, bunga telur, mak andam, makanan, cenderahati..ah, banyaknya..hmm, namanya pun kerja kahwin, mestilah belanjanya pun besar! Tapi janganlah sampai membazir..eh, membazir apa pula? Kan sekali seumur hidup?




Ya, memang betul sekali seumur hidup tetapi janganlah pula kita turut bergelar saudara syaitan dek kerana sekali seumur hidup itu.. Sudah tentu kita tidak mahu dilabel seperti itu kan? Istilah membazir dalam erti kata pengurusan yang tidak tepat. Maksud membazir bagi wanie ialah jangan sampai apa yang dibelanjakan menimbulkan riak dihati tuan rumah dan terbitnya rasa kecil hati di hati para jemputan.


Nak berbelanja sudah tentu boleh, tapi sepatutnya janganlah sampai benda yang tidak perlu diadakan pun kita adakan. Hm, majoriti mahukan sebuah perkahwinan yang gilang-gemilang kan? Sarat dengan hadirin yang turut mendoakan, ditambah dengan pelbagai set pakaian pengantin yang akan digayakan..fuh, glamor tuu…tetapi, lain padang lain belalangnya. Begitu juga penerimaan seseorang, berbeza-beza. Setiap apa yang dibuat mesti ada batasnya..Yang paling penting, ikutlah kemampuan .


Jangan pula sibuk nak mengadakan majlis penuh gemilang tetapi turut diseret hutang keliling pinggang..tak seronok la pula kalau macam tu kan..setuju? hm,walauapapun, niat yang ikhlas, perancangan yang rapi amat diperlukan supaya majlis akan diberkati dan mendapat kesejahteraan..



Jangan lupa kesyukuran pada Ilahi yang mengadakan pertemuan yang akhirnya membuahkan hasil yang dinanti-nantikan. Semoga mendapat zuriat penyejuk mata memandang dan akhlak yang mencerminkan peribadi mulia..insyaAllah,amiin..



p/s: Tahniah buat mereka yang baru bergelar raja sehari..selamat melayari bahtera perkahwinan yang berlandaskan keredhaan Allah SWT..

0 comments:

Post a Comment

Doa buat ibu bapa yang dikasihi

Doa buat ibu bapa yang dikasihi
Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers Create your own banner at mybannermaker.com!
Daisypath Friendship tickers