sayyidul istighfar



Tuesday, December 15, 2009

Yang mana satu?

Are you ready kids? Oh ya captain..I can’t hear you..

Haa..anda tentu pernah menonton siri kartun pilihan ramai ini kan? Spongebob squarepants. Lawak dan sungguh menghiburkan watak-watak di dalam kartun tersebut. Suara yang digunakan pun sesuai dengan kartunnya. Di dalam lautan pun masih ada tepian pantai yang mendamaikan. Siap ada sekolah memandu lagi, lengkap dengan kehadiran si tupai Sandy yang begitu cekap berenang menggunakan ciri keselamatan iaitu kelalang udaranya. Ha2..lawaknya mereka. Tetapi bagi wanie, ada sesuatu di dalam kartun itu yang menarik perhatian wanie. Wanie tidaklah gemar sangat rupa bentuk watak mereka. Sekadar nak membezakan yang mana tapak sulaiman, penyu dan ketam, memang dapat dibezakan dengan ciri yang ada pada mereka.



Tapi apa yang menyebabkan wanie gemarkan siri kartun ini? Hmm..Perwatakannya?oh ya, perwatakannya! Wanie ada juga terfikir yang diri ini tergolong di dalam kartun yang mana di dalam kehidupan dan pergaulan seharian? Mari kita teliti beberapa watak dan perwatakan kartunnya.




Spongebob,si kuning empat segi yang sangat jujur dalam bersahabat. Setiap yang dilakukan pasti untuk kebaikan semua pihak dan dia begitu ‘innocent’. Disebabkan kejujurannya, selalu diperkecilkan orang . Tetapi, dia tidak pernah bersangka buruk kepada kawan-kawannya. Bagaimana pula Patrick star? Oh, si merah jambu yang sungguh lucu..dia adalah tapak sulaiman yang selalu mengikut keadaan. Pernah meninggalkan kawan baiknya sendiri kerana terpedaya dengan pihak lain. Tetapi dia cepat sedar kerana pertolongan spongebob juga dan kembali ke pangkal jalan. Kadang-kadang dia agak ekstrim dalam perlakuannya yang boleh memalukan diri sendiri. Hmm..duit,percuma,baki..ah encik crab..adakah anda suka encik crab? Bos yang terlalu mementingkan keuntungan dan wang..kalau untuk ahli perniagaan memang wajar seperti itu supaya tidak mudah tertipu. Dia selalu disedarkan oleh spongebob juga. Kadang-kadang dia mudah diperdaya juga kerana wang..haih.. Hm..mana dia resepi crabby patty?? Ish, ish si plankton yang tidak jemu-jemu merancang strategi mendapatkan resepi rahsia. Walaupun badannya sangat kecil, tetapi bijak, dalam menipu.taktik dia yang selau menyamar itu langsung tidak berjaya untuk mendapatkan resepi idaman..ewah-ewah..Dalam kehidupan ini, kita akan berhadapan dengan pelbagai ragam manusia. Ada yang boleh dijadikan kawan, ada yang makan kawan. Walauapapun, kita kena muhasabah diri sendiri dulu. Adakah kita serupa dengan perwatakan spongebob yang tidak jemu menolong,atau Patrick yang cepat lupa pertolongan kawan, atau encik crab yang tiada kawan lain selain kekayaan, atau pun si plankton yang rela memusuhi kawan untuk mendapatkan apa yang diingini. Tetapi zaman kian berubah. Kita tidak boleh terlalu membiarkan diri kita diperkotak-katikkan, kerana di dalam Agama Islam pun menyarankan kita untuk membela diri jika kita benar. Hendak menolong orang memang sangat digalakkan kerana kita bersaudara. Tetapi biar ada batasnya. Jangan pula diri sendiri yang merana ya. Semoga kita selalu berada di dalam keadaan yang boleh membuat orang gembira dan senang hati, baik dari segi akhlak, stail dan pergaulan seharian. Tepuk dada tanya iman..



p/s: seronoknya kalau dapat menikmati keindahan pulau nan indah..waah…

0 comments:

Post a Comment

Doa buat ibu bapa yang dikasihi

Doa buat ibu bapa yang dikasihi
Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers Create your own banner at mybannermaker.com!
Daisypath Friendship tickers