sayyidul istighfar



Wednesday, December 23, 2009

si 'road runner'

Pagi tadi wanie memulakan kuliah yang pertama untuk semester baru ini iaitu 'kepelbagaian biologi'..kami dipertontonkan video-video menarik yang bertemakan kursus ini, seperti cara pergerakan haiwan dari peringkat di dasar lautan sehinggalah peringkat haiwan di daratan.weird! Subhanallah..sungguh menakjubkan! bayangkan semua makhluk di dunia ini mempunyai cara pergerakan yang berbeza samaada untuk mencari makanan, melindungi diri sehinggalah ke peringkat penyamaran..yang menariknya, video-video tersebut membandingkan pergerakan haiwan dengan pergerakan manusia. Jadi, ia mudah untuk difahami dan diteliti. Seperti menonton rancangan National Geographic. Antara hidupan yang dipertontonkan ialah kuda laut, ikan buntal / puffer, ketam yang suka berhias, 'skunk', sotong kurita dan banyak lagi.


Oh ya, ada satu yang paling mencuit hati.hmm.. ingatkah anda dengan karakter kartun road runner? haiwan yang berlari sangat laju tu..? burung tu cuba mengatasi kelajuan motorsikal berkuasa tinggi yang dipandu sangat laju di sebuah jalan yang gersang..tetapi apabila tiba di pertengahan jalan, penunggang motorsikal tersebut ditahan oleh polis yang membuat sekatan jalan raya. Road runner yang begitu laju ini dengan pantas menukar laluan dan berlari mengikut jalan yang dilalui tadi sebaik sahaja menyedari kehadiran polis di situ..lawaknya..tak boleh lupa ni..haih..


Kuliah yang mengambil masa selama hampir 2 jam itu berlalu dengan gelak ketawa. ooh..baru wanie tahu, macam itu rupanya yang dikatakan 'ular terbang'..dan kuda laut ada mempunyai bahagian seakan 'kipas' di belakang untuk pergerakan..lagi satu, monyet boleh berjalan di dalam air.Ini adalah untuk melindungi anak dan makanan yang dibawanya menyeberangi sungai..


Sewaktu perjalanan pulang ke kolej, huu..kerongsang wanie yang berbentuk hati(pink) terjatuh. wanie menyedarinya ketika ia sudah hilang..hm..tak mengapa lah, kalau terjumpa lagi, alhamdulillah..kalau tak, redha saja..


Sebenarnya, wanie baru sahaja pulang dari meninjau aktiviti junior PPC..wah, bersemangatnya mereka berkawad..bagus..oh, tadi juga kami dipaksa menyanyi lagu batch sendiri. segannya..tambahan pula hanya dua orang..hentam saja lah labu..tetapi bila dilihat kembali rakamannya oleh Su Li, haih..lucunya wanie..


hmm..penat, sudah lewat rupanya..daa..


p/s: sakit pinggang..

2 comments:

Anonymous said...

lawaknya si road runner tu..

Nur Hazwani Binti Pauzi said...

ha'ah..lucu..xtahan.

Post a Comment

Doa buat ibu bapa yang dikasihi

Doa buat ibu bapa yang dikasihi
There was an error in this gadget