sayyidul istighfar



Friday, December 4, 2009

jalan-jalan lagi..

Semalam wanie pergi jalan-jalan ke KB Mall dengan adik. Sebenarnya kami mahu ke Bandar Kota Bharu, tetapi memandangkan hujan yang sangat lebat, kami hanya meminta mama menghantarkan kami ke KB Mall sahaja..kiranya, dekat sikit la..hm, suasana di KBMall sangat sibuk..ah, orang ramai ada di mana-mana sahaja. Oh ya, semalam merupakan hari pertama ‘PC Fair’.. wanie memang menunggu PC Fair ini..tetapi ianya tidaklah sebesar PC Fair di tempat lain, mungkin kawasan di hadapan pentas itu tidak besar sangat ..hm, begitu ramai yng celik IT di sini, rata-rata mereka nampaknya mempunyai banyak pengetahuan tentang ICT. Para promoter sibuk melayan pertanyaan pelanggan, huh, sama situasinya di Lowyatt, Kuala Lumpur. Wanie ada juga membeli beberapa barang keperluan untuk laptop kesayangan ni. Selepas itu, kami terus ke tempat yang hendak dituju..eh, ada minggu derma darah juga di sini..ada juga yang sudi menderma darah..kelihatan jururawat bertugas sedang memeriksa keadaan penderma darah..wanie pun menerangkan serba sedikit tentangnya kepada adik wanie..aih, kan ahli Bulan Sabit Merah..hee..hm,bagusnya mereka, ye la, setidak-tidaknya, mereka sudah pun menderma..wanie bila lagi? Haih..
Sudah lama tidak ke Muda Osman. Kedai buku yang sangat popular di Kelantan. Wanie sangat berminat dengan sebuah buku ni, waah..bagus isi nya, tidak hairanlah dapat menyandang ‘best seller’, penulisnya hebat..jadi, wanie membelinya. Lagipun, waktu cuti-cuti ni, lebih baik kita manfaatkannya kan? Aduh, perut minta diisi pula..kami pun ke medan seleranya, apa lagi, seronok merasa makanan dengan menikmati pemandangan sekitar KBMall dari atas. Ternyata, hujan masih lebat.berhenti. lebat lagi..sudah musimnya begitu..walaupun keadaan sejuk, kami masih memesan minuman kegemaran kami, air jagung beraiskrim..sedapp..
Setelah itu kami pun bercadang untuk pulang..mama telefon menandakan kami perlu cepat ke tempat menunggu..ramainya orang! Memang hujan di luar lebat, tetapi takkan ramai sangat orang, seakan-akan ada pesta..hm, tidak mengapalah..kami menunggu mama di salah sebuah kerusi panjang yang cantik di tepi bangunan. Tiba-tiba ada seorang kakak ( hati mengatakan dia lebih berumur dari wanie) ingin berkongsi kerusi dengan kami, silakan..
“akak tunggu orang datang ambil?” wanie memulakan bicara..rupa-rupanya, kakak itu datang dengan sekumpulan rakan sekolej nya..mereka sedang menunggu bas untuk datang menjemput mereka pulang..kami sempat berbual..ooh…patutlah..yang ramai tadi rupa-rupanya pelajar kolej yang datang bersama pensyarah mereka ke sini, untuk aktiviti riadah bermain boling..patutlah.. Lebih kurang jam 3, kami pulang ke rumah..waah..seronok kerana dapat membeli barang-barang yang dihajatkan, begitu juga dengan kak ngah..alhamdulillah..ehehe..

0 comments:

Post a Comment

Doa buat ibu bapa yang dikasihi

Doa buat ibu bapa yang dikasihi
Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers Create your own banner at mybannermaker.com!
Daisypath Friendship tickers