sayyidul istighfar



Wednesday, December 23, 2009

'La Tahzan'

Mencari ketenangan begitu susah sekali. Hari-hari memikirkan sesuatu menjadikan diri belum tepat dalam mencari ketenangan hati. Figura diri sendiri sewaktu berada di alam sekolah menengah agama naim dulu, masih diingati. lengkap bertudung labuh. memang memenuhi kriteria bertudung labuh. Diri ini sekarang juga dikatakan agak sopan cuma tidaklah bertudung labuh. Kenapa perasaan bercampur dari tadi? apakah diri menyukai penampilan sebegitu? pernah mencuba untuk memakainya lagi di rumah. Tetapi, mungkin ia memerlukan masa..Petang tadi juga sebelum asar, ada menyambung pembacaan buku 'la tahzan'..tajuk sambungannya 'kesengsaraan itu penuh hikmah'..

'sesungguhnya ketulusan sebuah doa muncul tatkala kesakitan yang perit dan ketulusan tasbih yang sentiasa terucap datang dari hati yang sakit'...Dr. 'Aidh Abdullah Al-Qarni

hm..dari petang tadi melayari internet, mencuba untuk menukar template blog yang baru. Tetapi tiada yang berkenan..Seketika, mama menelefon. rindunya. Kata mama, nenek akan menjalani pembedahan di lututnya yang dijadualkan pada 14 Januari ini..semoga selepas pembedahan itu nanti, nenek dapat berjalan tanpa rasa sakit lagi di lutut beliau. ah, rindunya mereka..baru beberapa hari pulang ke ukm. Tak apa lah, nanti boleh balik kampung lagi.


Bila ketenangan dicari, hanya satu yang perlu dikembali. Perlu lebih mendekatkan diri kepada Allah, banyakkan berdoa memohon petunjuk. Hari-hari yang dilalui, begitu banyak dosa yang telah dilakukan. Selalu terlupa dan memungkiri janji untuk melakukan kebaikan. Ada saja yang mencacatkan kekuatan hati yang dipinta dalam doa. Azam yang sering dilupakan. Sememangnya manusia sebegitu. Tetapi Allah ada memberikan khabar gembira dalam ayatNya iaitu 'dengan mengingati Allah, hati kan menjadi tenang'.. kenapa sering melupakan ganjaran ini? niat tidak mahu membuat dosa, tetapi masih ada yang menjadi penyumbangnya tanpa disedari..Ya Allah, aku hambaMu yang lemah, kerdil. ampunilah dosa-dosaku..semoga kita sentiasa beroleh ketenangan hati..insyaAllah.
Oh ya, di bawah ini, ada wanie sertakan doa ketenangan jiwa. jom kita baca..

4 comments:

Anonymous said...

banyaknya baca buku..:)

Nur Hazwani Binti Pauzi said...

hmm..xde la,biasa saja..tq..:)

Fathi Adha said...

best tak buku tu??

Nur Hazwani Binti Pauzi said...

best..tapi yang wanie baca ni baru buku yg pertama..publisher buat 3 buku yang kecil2..:)

Post a Comment

Doa buat ibu bapa yang dikasihi

Doa buat ibu bapa yang dikasihi
Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers Create your own banner at mybannermaker.com!
Daisypath Friendship tickers