sayyidul istighfar



Monday, November 9, 2009

senyum tak ek?

Salam silaturrrahim..Alhamdulillah..exam utk 'keselamatan kimia' telah pun selesai tepat jam 5.30 ptg tadi di dectar..oh, awal pagi tadi, (bermula semalam) pelajar KIY mengalami krisis air lagi! kena turun pergi foyer untuk berwudhuk..pagi ini nyaman sekali..udaranya sungguh segar..waah..nikmatnya suasana pagi.. hm..untuk exam tadi, Wanie sengaja berjalan kaki menuju ke dectar kerana rasa sudah lama badan ini tidak bersenam..jadi, apa salahnya berjalan seketika menikmati keindahan kawasan UKM seorang diri..hee..ya, seorang diri..kawan2 seangkatan yang ambil subjek ni semua dari kolej lain..Dalam perjalanan tadi, wanie ada terjumpa beberapa orang yang ada antaranya berbeza sekali responnya..respon? hu..ya, respon la..respon untuk membalas senyuman...hee..mungkin ada antara pembaca post ini, berpendirian seperti wanie dan ada juga yang sebaliknya iaitu tidak ambil berat sangat tentang attitude 'senyum' ini..tapi ia sangat berharga bagi wanie..walauapapun,sila teruskan membaca..:)




Alkisahnya, wanie ikut jalan yang melalui Kolej Ungku Omar kerana laluan melalui Pusat Kesihatan agak sunyi bagi wanie..hm, pada mulanya, wanie terjumpa seorang perempuan ni, sebaya kot..ok je penampilan dia..dan wanie pun senyum la kat dia sebab kami terlebih dahulu berpandangan dari jarak 4 meter (lebih kurang)..tapi, bukannya nak membalas senyuman, tapi siap buat 'derk' je..huh..'tak apa lah' wanie berkata dalam hati..meneruskan perjalanan, terserempak la pula dengan seorang amoi ni, well, same attitude..haih..tak apalah, mungkin diorang belum diajar dan mungkin mereka tidak kisah akan hal ni dan mungkin juga hal ini remeh sahaja pada pandangan mereka berkelakuan begitu, 'ala bukan kenal dia pun nak senyum2'..


Di tepi sebuah pokok, ada beberapa orang makcik yang sedang bekerja ( cleaner), mereka sedang menuangkan bahan pencuci dari bekas yang besar ke dalam bekas yang lebih kecil untuk memudahkan kerja-kerja pembersihan..Mereka dah agak berumur..bila salah seorang daripada mereka tengok je wanie yang berjalan melintasi mereka, makcik tu terus senyum..waah..sukanya, walaupun hanya senyum.. Wanie pun cepat tegur makcik-makcik tu..dalam hati wanie, hm, warga dari seberang (bunyi percakapan mereka dari Indonesia) ke yang perlu tunjukkan kemesraan sebegitu? Kenapa orang kita sendiri langsung tidak peduli? Kata nak membentuk masyarakat harmoni, nak mempunyai soft skill yang baik dan hebat..tapi senyum yang dikira 'sedekah' tu pun tak dapat nak beri..? Senyum yang dimaksudkan adalah bertempat..bukannya macam buat2, senyum kat kaum berlainan jenis untuk menarik perhatian dan yg seumpamanya tu..Simboliknya senyum ni adalah seakan bertanya khabar tanpa bersuara..kalau bila bertemu dengan bukan muhrim dan bimbang berlakunya maksiat, eloklah tundukkan pandangan..tu baru kena pada tempatnya..Yang jadi peliknya, ada segelintir seakan hairan memandang kita..mereka yang seperti ini mungkin mempunyai persepsi tidak mahu bergaul dan bersosial, seperti yang diperkatakan di atas..Cubalah fikir, kalau tengah penat buat kerja contohnya memberi perkhidmatan pada orang ramai ( driver, receptionist, cleaner, peniaga dll..) selepas itu, org yang menerima perkhidmatan tu ucap terima kasih dan senyum..mesti pekerja itu berasa dihargai dan penat akan beransur hilang..kalau dengan orang sendiri pun susah nak mesra, apatah lagi dengan para pelancong atau orang luar..alahai, bukan kena bayar pun, murah rezeki lagi ada,insyaAllah..oh ya, wanie pernah terbaca artikel motivasi yang mengatakan, mulakanlah pagi anda yang ceria dengan senyuman kepada orang sekeliling (bila bertemu) kerana ia boleh meransang sifat positif untuk hari itu..Senyuman merupakan perkara pertama yang dilihat pada seseorang individu. Ia menggambarkan kesihatan dan personaliti empunya. hm, lebih-lebih lagi senyuman adalah sunnah Rasulullah tau..sahabat Rasulullah yang bernama Abdullah bin Al-Harist menyatakan, “Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah s.a.w.” (Riwayat At-Tirmidzi)..


Malahan baginda Rasulullah s.a.w berkata, “Tersenyum ketika bertemu dengan saudara kalian adalah termasuk ibadah.” (Direkodkan Imam Tirmidzi, Ibnu Hibban, dan Al-Baihaqi)..nah, kenapa kita mensia-siakan perkara yang begitu mudah untuk dilakukan??


Senyumlah, kerana ia membuatkan diri kita lebih bahagia, disamping dapat mengembirakan kehidupan orang sekeliling. Tetapi, bertegaslah pada hal-hal yang berkaitan agama, jangan biar ia diperkotak-katikkan..kerana diri kita sungguh berharga!p/s: Senyum seindah suria yang membawa cahaya..anda tentukan!:)

0 comments:

Post a Comment

Doa buat ibu bapa yang dikasihi

Doa buat ibu bapa yang dikasihi
Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers Create your own banner at mybannermaker.com!
Daisypath Friendship tickers