sayyidul istighfar



Friday, August 24, 2012

Hari ke-11

Salam Aidilfitri buat semua pengunjung Bintang Hati..
Alhamdulillah, hari ni hari yang ke-11 wanie berpantang di samping puteri kesayangan, Dhiya Nur Khalisa. Suami tercinta sudah pulang ke USM untuk menjalankan tugas sebagai pelajar Master..Sayu juga apabila memikirkan terpaksa berjauhan dengan suami tetapi kami selalu sabarkan hati dengan mengatakan bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian..insyaAllah, segalanya dipermudahkan oleh Allah..

Dhiya sudah semakin comel dengan pipinya mulai kembang..mudah-mudahan anak kami membesar dengan sempurna, sihat dan bahagia..amiinn..

Bercakap tentang pantang pula. Pertama kali berpantang, uhhh...sedapnya semua makanan..tetapi kena lah tahan untuk jaga kesihatan diri dan anak yang sedang menyusu. Alhamdulillah mama wanie yang sentiasa menyediakan makanan untuk wanie..dapat juga bermanja dengan ibu tersayang..
Setakat ini Dhiya masih lagi aktif pada waktu malam..alahai terpaksalah ibu dan wan berjaga malam menunggu Dhiya..Takpelah, demi anak..

Dhiya Nur Khalisa di katil comelnya...
 Ok lah, nanti wanie update lagi cerita terbaru..

p/s: tak sabar nak guna lunatots..tunggu Dhiya besar sikit dan wanie sihat dulu sebab kesian nanti mama kena basuh CD dhiya...ehee..:)

wassalam..

0 comments:

Post a Comment

Doa buat ibu bapa yang dikasihi

Doa buat ibu bapa yang dikasihi
Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers Create your own banner at mybannermaker.com!
Daisypath Friendship tickers