sayyidul istighfar



Monday, February 8, 2010

Going green..

Kitar semula? kerap kali dengar perkataan ini..masih ingat iklan tarian ballet seorang budak perempuan untuk memasukkan sampah ke dalam tong kitar semula? haa..menarik juga kan iklan tu..hee..oh ya, wanie teringat ceramah oleh Dr Ezlin dari Fakulti Kejuruteraan UKM pagi tadi kat dewan kuliah, 'last word' nya lebih kurang macam ni :
'kamu sebagai guru hendaklah mengajar dan memberi teladan kepada para pelajar untuk mengamalkan sikap yang baik demi menjaga alam sekitar..'
hmm..besar juga tanggungjawab tu..sebagai guru, semuanya bergantung kepada kita untuk memberi contoh..wah..ala-ala model gitu..glamor la kan..tapi model yang memberi contoh yang baik la..baru lah betul-betul 'guru harapan bangsa'..ye tak?


Bayangkan, dalam satu hari, sebanyak 20 000 tan matrik sampah dibuang oleh rakyat Malaysia! what a large number! itu baru satu hari, kalau seminggu? setahun? argh..bayangkan keadaan bumi yang dipenuhi sampah..ngeri tak? Tapi mungkin boleh terjadi seperti itu kalau kita yang menjalani kehidupan sekarang tidak mempraktikkan cara membuang sampah yang betul..alahai..cara buang sampah pun kena betul? Ya, kita sebagai pengguna, boleh membantu pihak yang berusaha dengan kuat untuk melupuskan sampah sarap. Caranya dengan mengasingkan sampah mengikut kategorinya seperti kertas, plastik dan kaca..bila memasak di dapur tu, jangan sewenang-wenangnya membuang minyak ke dalam sinki dengan harapan minyak akan cepat mengalir masuk ke longkang ya..ia boleh dikumpul dulu dan membuangnya ke tanah. Kulit-kulit bawang yang dikupas, boleh dikumpul dan dibuat baja..maksudnya ia boleh diletakkan di bawah pokok-pokok dan biarkan ia diuraikan secara semulajadi..menarik? Pensyarah wanie yang memberi cadangan tentang itu..
Satu perkara yang membuatkan wanie tergelak kecil tadi di dalam kuliah ialah bila Dr Ezlin menunjukkan gambar polisterina yang kita buat bungkus makanan tu, tapi di bawah gambar polisterina itu ditulis 'the white coffin' maksudnya, 'keranda putih..' aih, seram pula..tapi kalau difikirkan, penggunaan polisterina yang sangat berleluasa sekarang ini memang akan memberikan impak yang buruk, kalau bukan sekarang, nanti. waktu mula-mula terdengar akan bahaya penggunaan polisterina ni dulu, ada terfikir juga nak bawa bekas makanan sendiri bila hendak bungkus makanan..tapi, memandangkan ia mungkin menyusahkan peniaga dalam 'scanning' harga makanan, jadi salah satu langkah mudah, makan saja di kafe kerana ia menggunakan pinggan, bukan polisterina..mudah kan? sebab tu, wanie suka makan di kafe..hee..

Bercakap tentang sampah sarap di Malaysia, eh, dah masuk part kebersihan pula ni.. cuba perhatikan di sekeliling kawasan..kalau ada sesuatu pesta, majlis mahupun pasar malam, pasti akan ada sampah sarap di situ..agak memalukan bila sesetengah pasar malam yang beroperasi di tepi jalan meninggalkan banyak sampah sarap keesokkan harinya..tak baikkan macam ni, bukan seorang saja yang membuang sampah itu, maksudnya, semua kena bertanggung jawab..barulah negara bersih, rakyat sihat..setuju? kalau tengah makan gula-gula ke, kerepek ke, guna tisu ke, pastu tiada tong sampah untuk dibuang, simpanlah dulu dalam poket sendiri atau dalam beg, pastu buang la bila terjumpa bakul sampah..mudah aje, nak buat tak nak buat je..Sebenarnya, sikap pembersih ni bermula dari rumah, ia mencerminkan keperibadian kita..Rasulullah saw junjungan kita amat pembersih orangnya..lebih-lebih lagi kebersihan kan separuh daripada iman..jadi, kita pun mesti ikut sunnah baginda..
Apa lagi, ada sampah kat kaki? cepat ambil dan buang ke dalam tong sampah ya..:)


p/s: Wanie sokong kempen hari tanpa beg plastik yang dilakukan oleh Watson dan Giant pada setiap hari Sabtu..tapi jika beg plastik digantikan dengan yang terbiodegradasi lagi bagus..bajet tinggi la pula..haih..

2 comments:

Anonymous said...

heee...br tau np cik wanie suka mkn kt cafe..hee...btl2, start dr mentaliti dan kepaktikkan seseorang individu 2 la br bumi boleh menjadi hijau semula..makin pns kn wanie skg..aiiih..... (ainur)

Nur Hazwani Binti Pauzi said...

tu r pasal..hee..:)

Post a Comment

Doa buat ibu bapa yang dikasihi

Doa buat ibu bapa yang dikasihi
There was an error in this gadget