sayyidul istighfar



Saturday, February 20, 2010

kampung girl..

Semalam wanie balik ke kampung abah..sudah lama tidak melihat-lihat kampung..lebih-lebih lagi nak melihat perkembangan rumah..hm, bila di kampung, abah suka buat macam-macam kerja termasuklah membersihkan kebun rambutan kami kalau berkesempatan..sambil melihat-lihat kawasan sekitar, wanie sempat memerhatikan beberapa orang pekerja yang tekun bekerja di bawah terik mentari..dari pagi mereka turun, dan pulang ke rumah bila mentari mulai terbenam..mereka berusaha untuk mencari rezeki untuk keluarga..kalaulah anak-anak mereka dapat melihat penat jerih ayah mereka bekerja, pasti mereka akan bertambah rasa kesedaran untuk mengembirakan kedua ibu bapa dan berjaya dengan cemerlang di dalam pelajaran..
eh, bukan mereka sahaja, semua anak pun wajib menghargai kedua orang tua, pengorbanan dan kasih sayang mereka kepada anak-anak yang tidak terbalas itu..
hm, bila balik ke kampung abah, wanie akan teringatkan arwah nenek (sebelah abah). Rindunya..Al-fatihah..nenek terlalu baik, baik dengan anak dan menantu apatah lagi dengan cucu-cucu..kini, teratak nenek, tiada yang menghuni memandangkan semua makcik dan pakcik mempunyai kediaman sendiri..ah, rindunya saat dulu-dulu..Alhamdulillah, kami masih mempunyai seorang nenek(sebelah mama) yang amat penyayang..
Oh ya, wanie dan faisal sahaja yang mengikuti abah dan mama balik kampung, kami merakamkan gambar pelbagai aksi dan suasana sambil melihat kawasan sekitar..alahai..faisal ni memang suka ambil gambar..kakaknya pula suka diambil gambar..ha3..

pemandangan desa..

ehehe..akhirnya dapat snap gambar pepatung ni..:p

dari tempat kami berehat..

hehe..ni study betul ni..

rajinnya adik..cat apa tu? :)

ok lah, nak balik dah..daa..

Seharian di kampung memang seronok. Tapi kali ni, wanie tidak berjumpa dengan sepupu-sepupu pun sebab semuanya sudah pulang ke tempat kerja/belajar masing-masing setelah bercuti sempena tahun baru cina..hu..walaubagaimanapun, wanie sempat berbual dan makan tengahari bersama mak saudara yang sangat rapat dengan kami..maklumlah, berkongsi makanan kegemaran yang sama..hee.
Kami bertolak pulang ke Kota Bharu selepas solat asar..

0 comments:

Post a Comment

Doa buat ibu bapa yang dikasihi

Doa buat ibu bapa yang dikasihi
Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers Create your own banner at mybannermaker.com!
Daisypath Friendship tickers