sayyidul istighfar



Saturday, February 13, 2010

Jumpa kawan!

Alhamdulillah..wanie sudah sampai di rumah..perjalanan kali ini ok dan kurang memenatkan..ingatkan jalan akan 'jamm' teruk memandangkan perayaan tahun baru cina yang akan tiba..namun, ianya seperti biasa..Dari kajang, bas yang dinaiki mengambil penumpang di Stesen Putra pula..wanie yang sangat mengantuk ni bersedia untuk menerima penumpang yang akan duduk di sebelah wanie..alamak, kalaulah penumpang tu lelaki..8 jam yang seterusnya ni kena tahan la wanie..tapi..ditakdirkan Allah, tiba-tiba datanglah seorang perempuan ni kat sebelah..wanie pandang je lah, masih mengantuk sangat, senyum dan berpandangan..Ya Allah! rupa-rupanya itu kawan lama wanie semasa di sekolah naim dulu!
 Boleh dikatakan rapat kerana kami tidak tinggal di asrama..izati namanya..dia sekarang sedang menjalani praktikal selepas menamatkan pengajiannya..kami dipertemukan kembali di dalam sebuah bas, bersebelahan tempat duduk pula tu..hah, apa lagi, kami terus bertanya perkembangan diri masing-masing, lepas tu, semuanya senyap..alahai..tertidur pula.

ni la izati..
Akhirnya, kami sampai di destinasi yang dituju iaitu Kota Bharu agak lambat dari waktu biasa kerana bas lewat  tiba di Kajang tadi..apabila sampai, mama dan abah sudah menunggu untuk menjemput wanie..:) penat..

0 comments:

Post a Comment

Doa buat ibu bapa yang dikasihi

Doa buat ibu bapa yang dikasihi
Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers Create your own banner at mybannermaker.com!
Daisypath Friendship tickers