sayyidul istighfar



Tuesday, March 2, 2010

Bukan Si Tanggang. ( bahagian 1)

'kalau mahu berjaya jangan malas-malas Iman. Kau tu bukannya budak kecik lagi..sudah besar panjang anak ibu ni..esok lusa dah boleh terima menantu ni.." .

Berkali-kali Mak siti berbicara sedemikian dengan anak tunggalnya itu, Iman.
Bukannya Iman tak faham celoteh ibu kesayangannya itu, namun apakan daya, ada sebab yang menjadikan Iman malas memikirkan hal itu. Ya, siapa yang tidak mahu membina mahligai impian sendiri. Lebih-lebih lagi dia anak tunggal, lelaki pula tu. Ibu sudah tentu menjadi tanggungjawabnya. Tetapi..

Hari berlalu, bulan silih berganti..sakit mak siti semakin menjadi-jadi. Bekalan makanan di dapur sudah berkurangan. hm, itupun simpati jiran tetangga. ah, manusia, sekali dua masih boleh menghulur dengan rasa ikhlas. Bila sudah berkali-kali memberi, terasa beban agaknya. Mulalah sebarkan cerita itu cerita ini..

'eh, anak Mak Siti tu, manalah dapat bawa mak sendiri pergi klinik, kerja pun tiada..harapkan orang je, penat juga'.

Sakit kata-kata itu. Tapi sudah agak sebati dengan kehidupan mereka. Lantas, mak siti kurang gemar lagi menerima pemberian orang selain Jabatan Kebajikan Masyarakat. Duit persaraan ayah Iman juga turut membantu, buat bekalan dua beranak.

Orang cakap Iman molek rupa parasnya..berkulit cerah, hidung mancung dan sedikit kumis, persis arwah Pak Nik. Mak siti hanya tersenyum bila orang kampung memperkatakan keelokkan wajah iman. Iman sungguh bertuah.

Saban hari, Iman hanya mengutip tin-tin kosong di tepi jalan dari rumahnya hingga ke simpang menuju ke pekan.Bila tiba hari minggu, Tauke Lim akan datang mengutip tin-tin kosong itu. Jadi, adalah sedikit upah yang Iman dapat..tapi tak banyaklah tempat yang dia pergi. Tak larat katanya untuk pergi lebih jauh.

 Kadang-kadang dia ambil upah membersihkan perahu dan kapal orang laut. Nak menjala ikan? Kalau ada peluang dia teruja sangat untuk pergi menjala dan menimba hasil laut. Memandangkan belum pernah ke laut, dia selalu mendengar cerita dari kawan baiknya, si Idris tentang laut. Ia damai tetapi kadang-kadang bergelora. Hari itu, dia asyik mendengar cerita Idris tentang tangkapan ikan pari yang sangat besar saiznya itu sampai terlupa untuk mencuci perahu Wak Seman.

Mendengarkan kisah di laut, mulut si Iman tak henti-henti mengucap pujian pada Allah..Maha suci Allah menjadikan sesuatu kejadian. Semuanya ada hikmah dan manfaat. Dan dia selama ini pun bersabar dan tidak pernah berputus asa dengan janji Al-Khaliq kepada hambaNya yang bersabar.

"Iman, ibu rasa lebih elok kalau kamu keluar mencari kerja di pekan. Mana tahu rezeki kamu ada di sana. kamu jangan risaukan ibu kat sini. Makcik Limah dan Nek Kiah kan ada. lagipun sudah sihat badan ibu ni.."
Itulah bicara Mak si Iman dua tiga hari lepas, masih terngiang-ngiang di benak fikirannya. Ibu mana yang tidak sayangkan anak yang berusaha mencari rezeki untuk keluarga. Tetapi, melihatkan diri Iman yang kerjanya tidak menentu di kampung, Mak siti dengan rela menyuruh anak kesayangannya mencari peluang di pekan.

Iman pernah terfikir akan hal itu. Tetapi, bila terkenangkan peristiwa dia diejek dan tidak diterima bekerja sebagai pembantu restoran di pekan, niatnya terpadam begitu saja. Sudahlah dimalukan, diberi pula duit oleh tauke kedai.

 Suatu hari...

1 comments:

Anonymous said...

sambungannya..^^

Post a Comment

Doa buat ibu bapa yang dikasihi

Doa buat ibu bapa yang dikasihi
Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers Create your own banner at mybannermaker.com!
Daisypath Friendship tickers