Hari ni wanie serba hijau..hee..sempena majlis makan malam Kolej Ibrahim Yaakub, oleh sebab tidak terjumpa warna baju pilihan hati, maka kebaya labuh hijau la penyeri malam ni..
Seketika tadi, majlis berjalan dengan lancar, cuma ada gangguan dari segi teknikal..ye la, bukan semua dapat berlaku seperti yang telah dirancangkan walaupun 'rehearsal' telah dilakukan..
Walauapapun, majlisnya memang mantap dan hiasannya cukup menarik!Boleh jelajah satu dunia tuu.. lebih-lebih lagi buat yang gemar beraksi di lensa kamera..hmm, seperti siapa ya? siapa lagi...ehehe..peace..
Di sini, wanie sertakan beberapa foto yang menarik bagi wanie..jom layan..
Kami disambut dengan 'deko' yang menarik..boleh tahan..:)
Sampai di meja saja, terus bergambar..haih...ni dengan Mirah..
eh, sudah ke depan la pulak..ni dengan Salihah, Ainur dan Nurul Syahada..
Pengetua, Dr Ruslin bersama isteri mempersembahkan nyanyian khas kepada warga KIY..hebat juga Dr!
Kenapa la 3 orang ni..apa pun, kami sekadar ber'posing' je ya..ha2..
Teruja! cantik kostum dari Negara China ni..apa lagi, 'sudikah bergambar dengan saya?'..rupa-rupanya junior BSMM sendiri..
State of Liberty..wah2..
Sebelum pulang, kita bergambar ramai-ramai..
hmm..begitu lah aksi-aksi malam yang bertemakan 'Warisan'..Satu Malaysia, satu dunia, satu warisan..
Ok lah, sudah penat senyum..dah..jom balik..
p/s: 23 Mac ni ada lagi satu majlis makan malam di Fakulti Pendidikan..eh, selang 1 hari je dengan...hmm.. :p
0 comments:
Post a Comment