Marvellous!! 'one day trip' yang sangat menyeronokkan hari ini..
Hari ini, Kumpulan 11 dalam Kursus Sains Kehidupan mengadakan satu lawatan akademik ke Negeri Bersejarah iaitu...ah, mana lagi kalau bukan Melaka..
hmm..sebut saja Melaka, wanie mesti teringatkan kisah Hang Tuah, perdagangan di pelabuhannya suatu ketika dahulu yang pernah tercatat dalam Sejarah, dan juga zaman kesultanannya..hmm..wanie memang cepat tersentuh jika belajar tentang sejarah ni..
ok2..Haa? apa tujuan pergi ke sana? hmm..kumpulan wanie yang terdiri daripada 9 orang ahli ingin mengetahui sejauh mana industri pelancongan di mata/persepsi para pelancong..
Ya, maknanya, kami perlu menemubual para pelancong untuk mendapatkan maklumbalas mereka..
Pada mulanya, kami mendapat responden dari Terengganu..ok juga responnya..Selepas itu, apa lagi..bergambar la kerjanya..hee..hm, akhirnya 'pi mai pi mai' kami dapat juga 20 orang responden..dari Kedah, Melaka, Cape Town, Jepun dan lain-lain..
"Assalamualaikum cik..kami dari.." ataupun..
"Excuse me sir..Hello, my name is...bla2.."ha3
Seronok menemubual mereka..kami juga ingin meningkatkan 'soft skill' sendiri ketika berhadapan dengan masyarakat..maklumlah bakal guru, insyaAllah..
Nak layan gambar? let's scroll down...
Kami singgah di Taman Mini Asean dahulu..tengok-tengok lebah dan rasa madu..memang menakjubkan bila dapat tengok sarangnya yang original..
haa..dah sampai pun Bandar Hilir..ok, setiap kumpulan buat kerja masing-masing ya..jangan nakal2..ha3..:p Nurul, Aidah dan Kak Ma, jom kita mulakan kerja..
Selalu tengok dalam buku teks sejarah saja bangunan ni..kali ni, kat depan mata..Alhamdulillah, dapat dijadikan kenangan..
Tadi dah dapat dua orang responden, tempatan dan luar negara..haih..penat ni..jom berehat jap..
Alhamdulillah..dapat lagi seorang responden..Encik ni datang dah banyak kali ke Melaka ni..suka datang sini katanya..:)
Kereta Chevrolet milik Tunku Abdul Rahman yang dibeli pada tahun1957..BE 52..
Sekarang berpecah kepada dua kumpulan kecil pula ya..
haa..nampaknya ada seorang lagi berpotensi menjadi responden cikgu wanie dan cikgu Hazma ni..tu, kat belakang tu..agak-agak dapat tak? jom cuba..
Alhamdulillah..dapat juga..Encik ni datang bersama keluarganya untuk tujuan melancong semata-mata..comelnya anak dia..:)
Sambil-sambil tu, jom jalan-jalan cari barang..hee..cantiknya..tapi wanie tak beli ni tau..suka dengan kecomelannya saja..
Wanie suka sangat bangunan ni..teruja dapat tengok semua ni! haa..sudah ada barang yang dibeli nampaknya..dah, boleh balik la ni..oh ya, tentu ada yang tertanya-tanya, siapa jurugambar semua gambar ni kan? hm, Kak Ma yang ambik..dia sudah dipaksa bergambar bersama, tapi tak nak pula..kak ma..huu..
Kincir air zaman kesultanan dulu..antara ayat yang wanie ingat tertulis dekat keterangan di situ ialah lebih kurang macam ni 'kincir air ni umpama semangat yang tidak akan pudar..terus ada sepanjang masa..' menarik kan? jadi, begitulah dengan kita..kalau sudah tidak bersemangat macam mana nak bergerak, ya tak? eh, macam pantun pula..
Tiba-tiba handset wanie berbunyi..alamak, zaim panggil la..tak sedar sudah 2.30 petang..cepat..
Bersama pensyarah kami, Cik Raden Siti Aishah. oh ya, ni kat Pantai Tanjong Bidara..isi perut dulu..
2 orang kat tepi Aidah tu kawan satu kumpulan 11 juga..gembira dapat bekerjasama bersama..:)
ok lah, nak pulang dah..daa..
Alhamdulillah..program pada hari ini berjalan dengan lancar..ye la kan, sambil menikmati panorama indah bumi bersejarah..lebih-lebih lagi kepada pencinta sejarah..
Terima kasih tidak terhingga kepada encik pemandu Bas Kiffah yang sudi membawa kami ke destinasi, Jutaan terima kasih kepada para responden yang terlibat..Kepada Zaim, Faizal, Nurul, Aidah, Kak Ma, Mees U, Sow Ken dan Clareena, terima kasih ya..nanti kita buat presentation sama-sama..:)
P/s: Dapat juga tonton filem 'Avatar' dalam bas tadi..skrinnya pun cantik..bagus la Bas Kiffah..:)
0 comments:
Post a Comment