Iman melewati jambatan kecil merentasi sebatang sungai yang airnya tidaklah terlalu dalam dan tidak pula cetek.
Anak-anak kampung suka mandi-manda di sini, aktiviti memancing juga tidak kurangnya, ditambah pula kawasan tepian sungai yang redup, maka ramailah yang suka bersantai..anak muda kampung yang belum berhijrah ke bandar, lebih suka melepak di situ..sesekali terdengar petikan gitar yang kadangkala mengundang amarah orang berdekatan..mengganggu ketenteraman mereka saja. Bila ditegur, ada juga yang menjawab "kami sedang berlatih untuk membuka studio sendiri nanti pakcik..".
Ada juga yang terus beredar bila mengerti yang perbuatan mereka itu kurang disenangi..hm..macam-macam perangai..

Hari itu, cuaca agak baik..Iman memberhentikan langkahnya di tengah-tengah jambatan itu. Dia ternampak bayangnya sendiri di dalam air..
Teringat pula lagu P.Ramlee..Tetapi seketika memandang diri sendiri, ada sesuatu yang membuatkan dia..sebak.
" Aku bukan tidak mahu menolong ibu dengan mencari pekerjaan lebih, bukan tidak mahu ke laut untuk bergelar nelayan, bukan tidak mahu memberikan ibu menantu..tetapi bagaimana aku hendak membuat semua itu, sedangkan diriku ini cacat!?..kakiku..Ya Allah..aku bukan tidak mahu berjalan lebih jauh dari rumah untuk mengutip tin kosong, aku sakit Ya Allah untuk berjalan lebih jauh dari itu..Ya Allah, aku bukan tidak mahu mengikuti mereka ke laut, tapi bagaimana aku nak mengharungi badai laut yang memerlukan aku kuat secara fizikal..Ya Allah, aku nak sangat memberikan ibu menantu untuk menjadi peneman dan membahagiakan kami, tetapi ada kah perempuan yang inginkan seorang lelaki yang hanya mempunyai satu kaki?
Ampunilah dosa ku Ya Allah..kuatkan semangat aku..diriku ini hanya mengharapkan pertolongan dariMu..buatlah ibuku bahagia.."
Idris terharu dan sebak mendengar rintihan doa iman sebentar tadi. Dia tahu sahabatnya itu dalam kesusahan..kesusahan untuk membuat keluarga bahagia..sungguh mulia hati Iman. Lantas dia mendapatkan sahabat sebayanya itu dan meredakan kegusaran hatinya.
'bersabarlah Iman, setiap hambaNya pasti ada rezeki masing-masing yang sudah ditetapkan..' 'suatu hari nanti kau pasti mendapatkan apa yang kau hajatkan, insyaAllah..'
' amin..amin Ya Rabb'. mereka mengaminkan bersama.
Suatu hari, sebuah kereta mewah Sedan melalui kampung Pekan Jeti itu..Tuan empunya kereta tersebut tampak kaya tapi begitu rendah hati bila berbahasa dengan orang sekeliling. siapa lagi kalau bukan Encik Osman, orang kaya kampung seberang. Rupa-rupanya beliau dalam perjalanan pulang dari berjumpa temannya di kampung itu atas dasar urusan perniagaan dan sedang mencari-cari sebuah masjid mahupun surau untuk melaksanakan perintah Allah memandangkan waktu asar sudah pun tiba..
Seketika, sewaktu mencari-cari tempat berwudu', langkah Encik Osman terhenti apabila mendengar suara qari mengaji dari arah surau tempat yang beliau tuju..
'sedap sungguh suara itu..sangat menarik hati untuk menghayati setiap baris ayat yang dialunkan..' hati kecilnya berkata.
Lantas, selepas berwudhu', beliau menuju ke saf solat..alunan ayat suci itu terhenti..
Selepas itu, Encik Osman tidak lagi mendengar suara merdu itu..yang pasti ianya milik seorang lelaki yang fasih..

0 comments:
Post a Comment