"banyaknya keje ni..assignment lagi..arrh.kuliah.." seringkali kita terdengar kata2 sedemikian bila ianya dijadikan alasan untuk tidak solat..eh, solat la..tapi dah nak hbs waktu..berkejar-kejar plk tu..tapi khusyuk ke? tepuk dada tanya iman..
Ditanya oleh sahabat kepada Rasulullah, "apakah amalan yang paling utama?" Dijawab oleh Rasulullah, "solat di awal waktu." Dikatakan waktu solat itu terbahagi kepada tiga : Iaitu awal, pertengahan dan akhir. Dan solat yang utama dianjurkan oleh Rasulullah ialah solat di awal waktu.Yang dikatakan utama pada awal waktu solat adalah kira-kira bila masuk waktu dapat diperuntukkan waktu untuk azan, solat sunat dua rakaat dan iqamat. Dipandang baik seseorang terhadap solatnya apabila masuk waktu solat, dia sudah pun berada di atas tikar sembahyang. Kemudian daripadanya ialah orang yang bila masuk masuk waktu solat, dia sedang berwudhuk dan bersiap-siap untuk berada di tikar sembahyang. Kemudian daripada orang-orang tersebut ialah orang yang bila masuk waktu, dia pun tersedar lalu bersiap untuk wudhuk dan mengerjakan solat. Tersebut dalam hadis, orang yang sempat bertakbiratul ihram bersama imam pada rakaat pertama setiap kali solat, selama 40 hari berturut-turut, dia itu terhindar daripada penyakit nifaq. nifaq? apa tu?Nifaq adalah penyakit hati yang menyerang hati manusia. Orang yang mempunyai penyakit ini dipanggil munafiq. Maksud nifaq umumnya adalah menzahirkan kebaikan dan menyembunyikan kejahatan. Orang yang munafiq kebiasaannya menyembunyikan kejahatannya dan melakukan kebaikan di hadapan manusia.
Post wani kali ni bertujuan untuk mengingatkan diri wanie dan juga sahabat sekalian (yg membacanya) tentang kewajipan solat. memang benar kita solat..tapi kdg2 kita hanya melaksanakan kewajipan itu tanpa kita mengetahui fadhilat di dalamnya..pernah juga wanie terbaca dlm buku bahawasanya, solat diperintahkan untuk umat Nabi Muhammad sahaja kerana kita adalah umat yg istimewa..umat nabi-nabi sebelum Nabi Muhammad pun ada diperintahkan utk beribadat kepada Allah tp ada cara mereka tersendiri..cuba kita renung, kewajipan solat ni begitu besar tanggungjawabnya sehinggakan Rasulullah dibawa berjumpa Allah yang Esa utk mendapatkan perintah itu..sebab itu juga dikatakan kita adalah umat yg istimewa,maka rugilah org2 yang tidak mengerjakan solat, padahal begitu besar pahalanya..
Ditanya oleh sahabat kepada Rasulullah, "apakah amalan yang paling utama?" Dijawab oleh Rasulullah, "solat di awal waktu." Dikatakan waktu solat itu terbahagi kepada tiga : Iaitu awal, pertengahan dan akhir. Dan solat yang utama dianjurkan oleh Rasulullah ialah solat di awal waktu.Yang dikatakan utama pada awal waktu solat adalah kira-kira bila masuk waktu dapat diperuntukkan waktu untuk azan, solat sunat dua rakaat dan iqamat. Dipandang baik seseorang terhadap solatnya apabila masuk waktu solat, dia sudah pun berada di atas tikar sembahyang. Kemudian daripadanya ialah orang yang bila masuk masuk waktu solat, dia sedang berwudhuk dan bersiap-siap untuk berada di tikar sembahyang. Kemudian daripada orang-orang tersebut ialah orang yang bila masuk waktu, dia pun tersedar lalu bersiap untuk wudhuk dan mengerjakan solat. Tersebut dalam hadis, orang yang sempat bertakbiratul ihram bersama imam pada rakaat pertama setiap kali solat, selama 40 hari berturut-turut, dia itu terhindar daripada penyakit nifaq. nifaq? apa tu?Nifaq adalah penyakit hati yang menyerang hati manusia. Orang yang mempunyai penyakit ini dipanggil munafiq. Maksud nifaq umumnya adalah menzahirkan kebaikan dan menyembunyikan kejahatan. Orang yang munafiq kebiasaannya menyembunyikan kejahatannya dan melakukan kebaikan di hadapan manusia.
Orang yang bila masuk waktu solat dan ada urusan yang tidak dapat tidak dielakkan dan dia mahu melewatkan solatnya, maka hendaklah dia memasang niat untuk mengerjakan solat tersebut. Dibimbangi dia meninggal atau uzur sebelum sempat mengerjakan solat sedang tidak ada dalam hatinya niat untuk melakukan solat.Ada beberapa keadaan yang dibenarkan untuk seseorang itu melewatkan solatnya seperti berikut:
1. Solat Zohor, dikala waktu panas terik yang hangat sehinggakan panas terik itu menghalang orang untuk datang ke masjid mendirikan solat jemaah. (InsyaAllah di Malaysia tak sepanas ini). Ditunggu hingga panas itu berkurangan lalu didirikan solat tersebut.
2. Solat Isyak, jika ada majlis ilmu atau majlis zikir maka dilewatkannya. Ataupun berkira-kira untuk tidur sebentar dan bangun semula mengerjakan solat Isyak berserta tahajjud. Namun sebahagian besar ulama' memilih keutamaan solat Isyak di awal waktu.( kuncilah jam atau alarm handset untuk tahajjud)
3. Apabila makanan sudah terhidang dan pada masa yang sama solat hendak didirikan, maka Rasulullah menganjurkan yang makanan itu diselesaikan dahulu, kemudian baru bersolat. Risau jika teringat-ingat makanan jika solat dahulu lalu mengundang tidak khusyuk dalam solat.
4. Bila bertemu keadaan kehendak membuang air kecil dan air besar sebelum takbiratul ihram, maka didahulukan perkara mendatang itu sehingga selesai dan berwudhuk kembali. Jika sudah takbiratul ihram, haramlah dia memutuskan solatnya kecuali kehendak itu jika tidak diselesaikan boleh mendatangkan mudharat, maka di waktu itu, bolehlah dia memberhentikan solatnya.
5. Seseorang dalam keadaan terlalu mengantuk dilarang oleh Rasulullah untuk mendirikan solat. Dia boleh tidur sekejap sekira-kira hilang mengantuknya dan kemudian dirikan solat. Dibimbangi jika dia bersolat dalam keadaan mengantuk dan dia tidak tahu apa yang dia ucapkan di dalam solatnya.
6. Seseorang yang berada di dalam masjid yang masjid itu punya imam yang dilantik hendaklah menunggu imam itu datang mengimami solat. Kerana hak imam itu adalah pada imam yang dilantik. Menunggu itu adalah mengikut perkiraan bahawa imam itu akan datang dan tidaklah terlalu lama hingga luput awal waktu solat. Tidaklah boleh seorang imam itu menunggu jemaah yang ramai sehingga luput awal waktu solat kerana ada pendapat terpilih ialah solat berjemaah dengan beberapa orang di awal waktu lebih utama daripada ramai orang di akhir waktu.
7. Orang yang wajib baginya solat Jumaat dan tiada keuzuran pergi ke masjid, jika dia tidak menghadirinya, maka hendaklah dilewatkan solat zohornya. Ditunggu sehingga selesai solat Jumaat di kawasannya, barulah dia mendirikan solat Zohor.
8. Boleh melewatkan waktu solat sehingga masuk waktu solat yang satu lagi dan ini disebut jamak taakhir. Ia adalah keringanan atau rukhsah kepada orang musafir. Namun bagi orang yang hendak jamak taakhir, dia hendaklah meniatkan untuk mentaakhirkan solat pertamanya dalam waktu solat kedua pada waktu solat pertama. Contoh, bila masuk waktu zohor, maka meniatkan untuk solat zohor dalam waktu asar. Dibolehkan baginya untuk berniat tersebut selagi waktu zohor tetap ada.
Demikianlah serba sedikit tentang kupasan permasalahan solat di awal waktu, moga-moga ada manfaatnya untuk kita bersama dan berusahalah solat di awal waktu...
Belum terlambat untuk kita sama2 baiki diri yang selalunya lemah ini..jadi,jom solat!
di'edit' dari Sumber: Taman Ilmu Islamp/s: "solatlah kamu sebelum kamu disolatkan".
0 comments:
Post a Comment