Salam petang rabu yang permai..
Apa cerita hari ni wanie?
hee..macam biasa lah, cik wanie mesti ada cerita..
Seusai membeli barangan keperluan termasuklah manik-manik untuk dijahit di baju mama, (pandai ke wanie ni jahit manik...? :p ), wanie berhajat nak singgah ke KFC, maklumlah dah nak puasa kan, jadi jom kita makan KFC..kereta pun dipandu ke tempat parking yang disediakan..hm..nasib baik lah tak ada orang sangat, jadi tak la lama nak tunggu untuk order makanan..Setelah itu, meja yang berkerusikan sofa menjadi pilihan..Fatin, duduk di sebelah wanie..
Tiba-tiba..wanie terkejut dengan satu adegan dalam KFC, berhadapan dengan meja kami..Alamak! silap tempat ke aku ni? huu..
Mula-mula..ingat mereka saja mahu ambil gambar bersama, tapi, ada pula aksi menyusul..
Ada seorang lelaki dan dua orang perempuan. Seorang tu duduk bersebelahan dengan lelaki itu. masih muda. Tak perlulah wanie menceritakan apa aksi yang dilakukan sebab wanie tak reti nak taip di sini. nantikan salah taip, salah cerita pula..Jadi, wanie terlintas di fikiran untuk cepat-cepat berkongsi di Bintang Hati..Mana tau, ada teladan dan pedoman untuk kita dalam pergaulan..
Dari segi tingkah laku, wanie tak rasa mereka berdua pasangan suami isteri..entahlah, kata hati macam tu..Yang seorang lagi tu, macam terpaksa saja menunggu..
Lepas tu, wanie terasa yang lelaki tu asyik pandang-pandang orang lalu lalang..wanie bukan nak tengok adegan mereka, cuma tak nak lah mereka sesuka hati berkelakuan demikian di tempat awam. Tambahan pula ada 2 orang budak sekolah di hadapan, orang cina. Mungkin mereka tidak segan dengan keluarga berbangsa cina yang sedang menjamu selera di hadapan, tetapi..malu lah sikit dengan budak sama bangsa dengan mereka ni..Wanita cina kat depan tu pun macam tengok-tengok mereka. Si lelaki dan perempuan tu perasan yang wanie pandang mereka..
wanie pun suruh fatin bergerak dan duduk bertentangan dengan wanie..bimbang kalau fatin ternampak..
wanie masih buat-buat jeling..tidak lama selepas itu, perempuan itu pun bergerak dan duduk bersebelahan dengan perempuan seorang lagi...seketika, mereka keluar.
alahai...
Para sahabat sekalian, jagalah perlakuan, jagalah tangan, jaga lah pandangan..insyaAllah niat hari ini untuk berkongsi sekadar memberi peringatan untuk diri sendiri dan pembaca..
p/s: Tahniah untuk abang cik (Faiz) kerana lulus dalam ujian JPJ motosikal hari ini...:)
0 comments:
Post a Comment