sayyidul istighfar



Sunday, October 14, 2012

Waktu mengepam

Salam pagi Ahad semua..Alhamdulillah..hari ni rasa segar je..Dhiya masih lena, sesekali menggerak-gerakkan badan dia..Alhamdulillah Dhiya dah semakin kurang meragam. Segala puji bagi Allah..
Pagi-pagi ni elok la untuk pam susu bagi ibu yang breastfeeding anaknya. Sebelum tu, jangan lupa minum air yang banyak sebelum dan selepas mengepam..

Hari ni wanie pam guna tangan je sebab terasa kurang selesa dengan pam yang digunakan sebelum ini. InsyaAllah dalam usaha untuk membeli pam yang baru. Kali ini, wanie lebih prefer untuk beli yang manual sebab senang nak pam dan bunyi tidaklah dapat didengari manusia sekitar kita yang tengah syok mengepam ni kan..he..

Oh ya, Alhamdulillah..hasil pagi ni bertambah kepada 3Oz untuk perahan tangan sahaja.. Maklumlah ibu muda nak breastfeed anak, kenalah sentiasa positifkan diri dan tidak menghiraukan pandangan negatif sekeliling..InsyaAllah berjaya..
Nanti bila dah penuh peti sejuk mama wanie kat dapur tu, ( tumpang peti mama masa berpantang di kampung), wanie snap picture ya..

Cuma masalahnya sekarang, Dhiya kurang gemar hisap guna puting botol..Sampai menangis teresak-esak bila diberi/ diletakkan puting tu kat mulutnya...alahai anak ibu, tak boleh la macam tu, nanti ibu kerja, kena jugak minum dengan botol...Mudah-mudahan Dhiya dapat menerima puting botol tu secepat mungkin, InsyaAllah...:) Aminn..

Hari ni Dhiya Nur Khalisa sudah 62 hari...<3 br="br">

0 comments:

Post a Comment

Doa buat ibu bapa yang dikasihi

Doa buat ibu bapa yang dikasihi
Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers Create your own banner at mybannermaker.com!
Daisypath Friendship tickers