Assalamualaikum wbt..
Hari ini merupakan hari yang ke-25 wanie berpantang dan baby Dhiya juga sudah berumur 25 hari..Hari ini wanie nak ceritakan cabaran untuk menyusukan baby. Maksud wanie menyusu badan a.k.a breastfeeding. memang sebelum melahirkan anak sulung, wanie berniat untuk menyusukan Dhiya dengan susu badan sepenuhnya, tak kisahlah secara esklusif ataupun tak..janji susu ibu..
setelah dhiya dilahirkan..memang wanie bagi breast milk..tetapi macam ibu-ibu muda yang lain, susu wanie tak banyak, tapi wanie rasa cukup la untuk perut baby yang kecil.
Sewaktu wanie kecil dahulu pun, mama menyusukan wanie (BF) dan perbezaannya amat ketara dari segi kasih sayang, perasaan antara ibu dan anak sangat kuat antara mama dan wanie..itulah antara kelebihan menyusu secara BF .
Wanie ingin terus menyusukan Dhiya dengan susu ibu dan sekarang ni wanie sudah mula melatih diri untuk pam susu. insyaAllah nak sediakan stok susu untuk Dhiya bila wanie tinggalkannya sekejap untuk membeli keperluan mahupun pada masa kecemasan.
Sekarang, wanie tengah survey jenis botol susu untuk menyimpan susu perahan.
wanie harap sangat Dhiya dapat minum susu menggunakan puting sebab 2,3 hari kebelakangan ini, Dhiya sedikit meragam dan tidak mahu menggunakan puting sehingga menyebabkannya menangis dengan kuat...haizz...anak ibu...
Baby Dhiya Days 25.. |
Dalam menyusu badan, banyak cabaran yang ada. Antaranya..:
1. Cabaran dari segi emosi si ibu waktu berpantang
2. Kurang maklumat berkenaan dengan penyusuan susu ibu terutama bagi mereka yang pertama kali bersalin
3. Dikelilingi mereka yang kurang menyokong BF
4. Kurang mendapat sokongan orang lain
Hmm...bagi wanie semangat yang tinggi untuk BF baby insyaAllah akan mengatasi semua kelemahan itu...Pernah lewat tidur dek kerana bersemangat mencari maklumat untuk baby sehingga terlupa masa yang berlalu...okay..ayuh, BF your baby...
sekian..daa..
0 comments:
Post a Comment