sayyidul istighfar



Tuesday, September 11, 2012

Penuhi masa luangmu..

Salam bahagia buat semua..
Hari ini merupakan hari ke-28 wanie berpantang..masih berdisiplin dalam menjaga pemakanan. Bimbang Baby Dhiya yang terkesan. Mana taknya, masih takut dengan apa yang berlaku pada minggu pertama berpantang, wanie makan roti, banyak la juga sebab roti antara salah satu makanan utama wanie sebelum ini. huh, malam tu Dhiya tak dapat tidur (ibu, ayah dan wan sekali tak tido ) dan asyik menangis kerana perutnya kembung (colic). Wanie tanya Dr tempat bersalin hari tu, Dr cakap dalam roti ada yis, sebab tu ia menyebabkannya kembung.

Tapi ia tak memberi kesan kepada mereka yang tak alah..lain orang lain kesan terhadap sesuatu makanan tu kan..hm, alahai..kesian anak ibu..tak nak sentuh roti pun dalam masa pantang ni..
Tapi mama kata, insyaAllah lepas berpantang, boleh cuba makan sikit-sikit..

Oh ya, sewaktu berpantang ni, wanie akan cuba menjaga kesihatan dan kecantikan diri sebaiknya. ini lah masa yang sesuai untuk memanjakan diri. Berpantang bagi wanie bukan bermakna kita tidak boleh buat semua kerja, asyik baring saja. Bagi wanie, waktu 'cuti panjang' sebeginilah boleh kita gunakan untuk memanjakan diri dan membuat perkara yang berfaedah.
 (Badan perlu rasa sihat dan bertenaga la kan).

Antara yang boleh dilakukan ialah:

a) 'Spa' sendiri di rumah. Apabila si manja sudah lena tu, ambil la masa ni untuk membelai diri kita pula. Boleh buat masker muka, (nantikan entri yang menunjukkan cara-cara menyediakan masker dengan bahan semulajadi) skrub badan, bertungku, berurut dan sebagainya.

b) Belajar menjahit. Sekadar belajar jahitan asas tiada masalah bagi wanie. Ini untuk menambah pengetahuan dan kemahiran kewanitaan kita. Kalau yang sudah mahir tu, boleh cuba menjahit baju untuk anak-anak pula.

c) Membaca buku dan majalah yang berinformasi. Haa..ini memang tidak boleh dipisahkan dari wanie. MEMBACA. boleh dikatakan, setiap kali keluar, wanie akan membeli buku-buku/ majalah baru untuk dibaca di masa lapang. Ia penting, walaupun dalam berpantang, ilmu mesti selalu di 'update'.

d) Membalas emel dan komen rakan-rakan di facebook. Sebelum ni, memang malas nak mengadap laptop semata-mata untuk ber 'facebook'. Tapi, bila ada waktu terluang ni, apa salahnya bertanya khabar mereka yang sudah lama tidak dihubungi dek kerana sibuk bekerja..

e) Melengkapkan ilmu pengetahuan berkenaan dengan keibubapaan. Seperti wanie yang baru pertama kali bergelar ibu ni, pelbagai persoalan yang ada di fikiran, Alhamdulillah selain keluarga yang banyak membantu, wanie selalu juga mencari pelbagai info di internet..ya, ia sungguh membantu!!


ok..itu saja entri kali ni...baby Dhiya dah bangun..hee..

p/s: oh ya, wanie sudah beli storage bottle for breastmilk, brand Bumble Bee...comel..:)

0 comments:

Post a Comment

Doa buat ibu bapa yang dikasihi

Doa buat ibu bapa yang dikasihi
There was an error in this gadget