sayyidul istighfar



Sunday, September 5, 2010

Pizza, anyone??

Akhirnya, dapat juga wanie masak makanan kegemaran sendiri ni..dah lama wani cuba cari resepi yang agak senang nak ikut, maklumlah 'beginner'..2 hari lepas, wanie terjumpa resepi ni dari internet..oh ya, ada kat tepi sidebar tu dalam ruangan 'JOM MASAK'..hee..

Jadi, petang tadi selepas solat asar, wanie memulakan aktiviti memasak..PIZZA.
hmm..bagi nama la senang kan sebab wanie ada ubah sikit dari segi 'topping' pizza tu..PIZZA ALA WANIE.
 
jangan jeles cik jah..

Jom, wanie kongsi sikit aktiviti di dapur tadi..

Bahan-bahan di atas adalah antara bahan utama untuk 'topping' iaitu untuk ditabur di atas 'doh pizza'. Ada lagi sebenarnya, seperti cili capsicum dan cendawan butang..alamak, lupa nak beli semalam..

Oh ya, untuk bahan utama menyediakan 'doh pizza', sila semak ruangan Jom Masak kat tepi ni ya kalau nak tau lebih lanjut..

Ni pizza yang dah sedia untuk di letak dalam oven..Keju mozarella yang sudah diparut ditabur di atas. Boleh je letak keju yang belum diparut..

Taraaa....ni la dia pizza yang dah siap! pizza ala wanie...

Ok lah juga rasanya..cuma bahagian dalam lebih lembut berbanding pizza yang dibeli di kedai..:)
Alhamdulillah..dapat juga keluarga wanie rasa ni..penat menguli tadi..hee..

hmm, syoknya masak..Tapi..huhu..banyak lagi yang tak tahu..so, kena belajar dari mama! he..

p/s: teringat orang jauh bila masak ni..haih...:)

Saturday, September 4, 2010

With you..

Seusai moreh tadi, laptop di'on' untuk meng'update' blog kesayangan ini..maklumlah, time rajin..kena rajin betul-betul..he..Hujan renyai-renyai di luar..dari tadi sudah menampakkan hari akan hujan..Tak apa, rahmat dari Allah di malam-malam terakhir ramadan..
Sambil menunggu my sis sampai dari Kuantan lepas ni (sekarang masih kat Pasir Puteh katanya) ..apa kata kita imbas sesuatu..

Alahai cik wanie..mau imbas apa? sukanya kitak main imbas-imbas ni..Mun sik imbas sik boleh ka?
( ok tak, Bahasa Sarawak ku? :p)

hee..hari tu, wanie konvo kan, asyik gambar wanie konvo je kan..haa..sekarang, gambar wanie bersama rakan-rakan yang konvo pula..tahun lepas pun boleh la..ramai sahabat wanie yang buat ijazah untuk 3 tahun sahaja, jadi konvo tahun lepas (2009).

ni tahun lepas, pai konvo..

dengan Nashriq..

konvo Faizal dan Pushpa..

bersama keluarga Aishah..

kak isa, my senior..

ei eh, termasuk pulak..ni konvo encik badio 2 tahun lepas..ehehe..nak balas balik entri dia buat untuk saya hari tu..:)

last but not least..my convocation day..(interframe sikit)

Gambar kenangan dengan sahabat yang lain tak ada dalam my Sony..tapi, memori manis itu tetap diingati, insyaAllah..

p/s: seronok dapat berbuka puasa bersama pelajar tahfiz hari ini...Alhamdulillah..:)

Wednesday, September 1, 2010

Iklan untuk kita!

Kita sudah pun berada dalam 10 malam terakhir ramadhan..cepatnya..
Baju raya sempat dijahit ke cik jah?

Menjahit tu menjahit jugak, tapi jangan lupa usaha dalam meningkatkan ibadah ya..:)

Ok..kembali menceriakan suasana ramadhan anda..apa khabar pengunjung Bintang hati? Wah..terima kasih ya atas sokongan anda melalui email dan komen-komen bernas terhadap Bintang hati..
Ada juga yang memberi cadangan untuk memperkembangkan minat tentang tudung, menjadi usahawan tudung..opps..jadi usahawan pula? nanti I fikirkan..he..

Kepada 'silent readers' cik wanie, janganlah segan untuk jadi 'follower' wanie..tekan je button follow tu..:)


Sebenarnya, wanie tertarik sangat dengan satu iklan yang wanie baca dalam sebuah buku ni..iklan yang sangat bermakna..macam poster gitu..Boleh juga wanie letak di sini ya untuk pembaca setiaku..

Jom beramai-ramai memeriahkan acara tahunan  malam sejuta pengertian!! malam yang akan mempesonakan anda..

        Masa     : waktu malam di bulan ramadhan sahaja
        Hari      : 10 malam terakhir bulan Ramadhan sahaja
        Apa yang perlu dilakukan  : mencari satu malam yang lebih baik dari seribu bulan.
        Ganjaran   : Mendapat keampunan Allah swt..

Jangan lepaskan peluang ini!!!


p/s: iklan diadaptasi dari buku 'Life is an open secret: Ramadan Special by Zabrina A.Bakar'

Doa buat ibu bapa yang dikasihi

Doa buat ibu bapa yang dikasihi
Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers Create your own banner at mybannermaker.com!
Daisypath Friendship tickers