sayyidul istighfar



Friday, July 30, 2010

Beautiful girl..

haa..ada yang tersenyum tu bila baca entri wanie kali ni..ehehe..terutamanya untuk kaum perempuan..ala..untuk kita-kita aje..eh, yang lelaki?? hmm..boleh..untuk mak dan isteri boleh..

jadi, macam mana nak jadi cantik??

ai cik wanie ni, nak jadi beautician pula? he..tak adalah, sekadar berkongsi tips-tips berguna..

Kalau pasal kecantikan..mestilah nak dari dalam dan terpancar di luar..ye tak?

Tapi..kali ni bukan pasal makeup dan makeover okey..

bukan pasal ni ya.. :)

Ianya mudah kalau dimudahkan, dan mungkin juga susah kalau disusahkan..

Bagi wanie, kalau nak cantik:

1. kena selalu senyum...ha..senyuman yang ikhlas tau..bukannya senyuman sinis, senyum buat-buat mahupun senyum kambing..eh?

2. kena berfikiran positif..maksudnya, tidak terlalu memikirkan benda yang tidak-tidak..

3. selalu mengambil wuduk..haa..amalan ni memang mujarab, insyaAllah..secara tidak langsung, kita sentiasa dalam keadaan suci dan bersih kan..

4. memandang ibu bapa dengan pandangan kasih sayang..sejuk hati kan..

5. tidak ego dan sombong dengan kelebihan yang dianugerahkan Allah..

6. menutup aurat..percayalah, ianya lebih cantik..

7. sentiasa berfikir untuk berzikir..macam mana tu?? kita lihat sesuatu kejadian tu dengan rasa agungnya ciptaan Allah dan memuji kebesaranNya..

8. memakai pakaian yang bersih dan harum..pakaian yang lama tak apa, asalkan bersih..

9. sentiasa memohon maaf dan memaafkan kesalahan orang lain..ianya salah satu akhlak yang mulia. Bukankah berakhlak mulia akan menjadikan kita tenang? dan hati yang tenang itu cantik..

10. makan dan minum dari sumber yang halal..

11. tidak berhias dan makeup secara berlebihan..cukup untuk penampilan yang segar dan memberi keyakinan pada diri..

Sebenarnya banyak lagi tips yang nak disampaikan..tapi, wanie hanya senaraikan 11 perkara untuk panduan bersama..

Anda nak cantik? anda tentukan!

p/s: Kepada adik wanie, Adik Faisal, semoga cepat sembuh ya! :)

Wednesday, July 28, 2010

So. tell me about yourself..?

Syukur alhamdulillah..tempat temuduga untuk calon Guru Sandaran Terlatih keluaran IPTA sudah diketahui..wanie dapat tempat temuduga di SM Teknik Pengkalan Chepa pada 5 Ogos ini..ya, sebelum tarikh konvokesyen ku..
Sahabat wanie, mirah a.k.a miyau pun dapat tempat sama..ai..apa yang mereka akan soal ya? tapi, dengar kata, yang dapat biasiswa KPM, tak perlu temuduga sangat kecuali ujian INSAK sahaja..hm..tapi kami pun tak pasti..jadi, kena bersedia lah..

" kakak kena get ready, tengok balik paper yang ada tu pasal isu semasa, cari dalam internet maklumat pasal tu..gunalah pengalaman mengajar tuisyen sebaiknya.." pesan ayahanda wanie yang tersayang..Baiklah abah..

Kepada kawan-kawan, selamat menduduki ujian INSAK dan temuduga itu ya..

Lets say..question like this : "So, tell me about yourself..?"

simple right?? hee..All the best...:)



GURU PEMBINA BANGSA BERJAYA..insyaAllah..

p/s: "Berikan ilmu kepada akal supaya tahu, suntikkan iman kepada hati supaya mahu dan berjihadlah menundukkan nafsu supaya mampu.." ---Hasrizal Abdul Jamil @ Murabbi Cinta

Sunday, July 25, 2010

Bila bergelar cikgu


Bergelar seorang guru..dari kecil ingin diletakkan perkataan ‘cikgu’ di pangkal nama yang diberi oleh mama dan abah. Alhamdulillah, dipermudahkan Allah untuk meraih cita-cita…

Wanie sering ditanya oleh mereka yang mengenali diri ini termasuklah anak-anak murid, kenapa ingin menjadi cikgu sedangkan keputusan SPM wanie 10A?

Haa..soalan yang cukup senang dijawab namun susah nak difahamkan..

Bila sudah banyak kali menggantikan cikgu di tuisyen, banyak subjek yang telah diajar dan dikongsi termasuklah fizik, matematik, bahasa inggeris dan sains…hm, ternyata..menjadi cikgu banyak keistimewaannya!

Kenapa ya?

Secara sedar atau tidak…bila bergelar guru, anda juga turut bergelar ahli fizik bila mengajar tentang ilmu fizik..anda telah menjadi pakar pemakanan bila menerangkan tentang sistem pencernaan dalam manusia, lagi…anda diberi peluang untuk berdakwah menyampaikan nasihat dan panduan..ya, ia boleh diselit dalam pengajaran dan pembelajaran anda…dan anda juga turut menjadi kaunselor bila diminta memberi pendapat tentang sesuatu…Alhamdulillah..

Wanie suka bercakap..suka menyatakan pandangan…jadi, dalam sesuatu masa, kita juga sebagai personaliti di depan para pelajar dalam menyampaikan ilmu..tips: kena jaga lah penampilan, komunikasi dan cara gaya yang meyakinkan dan mesra..

Kata orang, kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam usah diduga…

Ya, wanie masih terlalu muda dalam dunia pendidikan..terasa segan dan kagum bila melihat guru-guru yang sudah lama menabur bakti dengan bekal minda..uban-uban yang mulai tumbuh di kepala seorang cikgu yang sempat berbual bersama, menyatakan beliau dengan dunia pendidikan sudah memang sebati..

Pengalaman adalah ‘guru’ berguna! Ya, wanie setuju.

Mencari pengalaman adalah salah satu cara kita mematangkan diri dalam menjejakkan kaki ke alam karier kita yang sebenar..Jadi, jangan segan memohon kerja sambilan yang boleh menaikkan semangat, kredibiliti, dan ilmu anda untuk masa depan..


Niat ikhlas kerana Allah dan mulakan langkah pertama anda..
semoga sentiasa dalam keberkatanNya..aminn..:)

Doa buat ibu bapa yang dikasihi

Doa buat ibu bapa yang dikasihi
Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers Create your own banner at mybannermaker.com!
Daisypath Friendship tickers