sayyidul istighfar



Sunday, July 25, 2010

Bila bergelar cikgu


Bergelar seorang guru..dari kecil ingin diletakkan perkataan ‘cikgu’ di pangkal nama yang diberi oleh mama dan abah. Alhamdulillah, dipermudahkan Allah untuk meraih cita-cita…

Wanie sering ditanya oleh mereka yang mengenali diri ini termasuklah anak-anak murid, kenapa ingin menjadi cikgu sedangkan keputusan SPM wanie 10A?

Haa..soalan yang cukup senang dijawab namun susah nak difahamkan..

Bila sudah banyak kali menggantikan cikgu di tuisyen, banyak subjek yang telah diajar dan dikongsi termasuklah fizik, matematik, bahasa inggeris dan sains…hm, ternyata..menjadi cikgu banyak keistimewaannya!

Kenapa ya?

Secara sedar atau tidak…bila bergelar guru, anda juga turut bergelar ahli fizik bila mengajar tentang ilmu fizik..anda telah menjadi pakar pemakanan bila menerangkan tentang sistem pencernaan dalam manusia, lagi…anda diberi peluang untuk berdakwah menyampaikan nasihat dan panduan..ya, ia boleh diselit dalam pengajaran dan pembelajaran anda…dan anda juga turut menjadi kaunselor bila diminta memberi pendapat tentang sesuatu…Alhamdulillah..

Wanie suka bercakap..suka menyatakan pandangan…jadi, dalam sesuatu masa, kita juga sebagai personaliti di depan para pelajar dalam menyampaikan ilmu..tips: kena jaga lah penampilan, komunikasi dan cara gaya yang meyakinkan dan mesra..

Kata orang, kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam usah diduga…

Ya, wanie masih terlalu muda dalam dunia pendidikan..terasa segan dan kagum bila melihat guru-guru yang sudah lama menabur bakti dengan bekal minda..uban-uban yang mulai tumbuh di kepala seorang cikgu yang sempat berbual bersama, menyatakan beliau dengan dunia pendidikan sudah memang sebati..

Pengalaman adalah ‘guru’ berguna! Ya, wanie setuju.

Mencari pengalaman adalah salah satu cara kita mematangkan diri dalam menjejakkan kaki ke alam karier kita yang sebenar..Jadi, jangan segan memohon kerja sambilan yang boleh menaikkan semangat, kredibiliti, dan ilmu anda untuk masa depan..


Niat ikhlas kerana Allah dan mulakan langkah pertama anda..
semoga sentiasa dalam keberkatanNya..aminn..:)

6 comments:

nurainie.ismail said...

sangat bermakna & menyentuh perasaan. semoga menjadi cikgu yang diberkati Allah dan disayangi oleh semua pelajar :)

motivation Hijacked said...

semoga menjadi cikgu yg kaya raya blh beli nikon D3s utk sy

Nur Hazwani Binti Pauzi said...

kak wan: tqvm..amiin..:)

Nur Hazwani Binti Pauzi said...

dia:ooh ya..cikgu yg kaya..baiklah, tp sy beli utk sy dulu k..kongsi pun blh gak...:p

motivation Hijacked said...

tp cikgu math sy form 3 xjd ahli matematik pun, jd warden penjara

Nur Hazwani Binti Pauzi said...

MH: hm..sy rasa dia jd ahli matematik jgk, tp "warden penjara" tu part time dia...kalau x pcaya cuba tny k..:p

Post a Comment

Doa buat ibu bapa yang dikasihi

Doa buat ibu bapa yang dikasihi
There was an error in this gadget