sayyidul istighfar



Monday, July 5, 2010

Calon ibu mithali

Boleh jadi ibu mithali!!!

Itulah yang boleh wanie ungkapkan buat seorang makcik yang duduk bersebelahan dengan mama wanie  di Stesen Bas Langgar, Kota Bharu..
Wajah tua si ibu melambangkan usaha penat lelah beliau selama ini menggalas tugas membesarkan 9 orang anak yang ditinggalkan ayah..ya ibu tunggal.

Pada mulanya, mama yang berbual dengan makcik itu..mama wanie memang selalu ramah dengan orang..samalah dengan nenek wanie..wanie pun harap dapat jadi peramah macam tu dan pandai bercakap dengan orang sekeliling..bagus tu, daripada senyap sahaja..sampaikan orang sebelah boleh berkata dalam hati ' eh, ada orang tak di tepi aku ni..senyap je..' hee..:p

eh, kejap, kenapa wanie ke stesen bas?
Sebenarnya, kak ngah pulang ke UIA hari ni..bermulalah semester barunya selepas exam nanti..selamat berjaya adikku..:)

 Mak cik ni pun turut menghantar anaknya ke Pulau Pinang...mesra sungguh anak beranak..rupa-rupanya anak sulung nya itu lah yang membantu beliau menanggung kos pelajaran adik-adik..sampai kakak tu kahwin lambat supaya dapat menanggung adik-adiknya sampai berjaya..wah..hebatkan kakak mereka, anak mak cik tu..

Dahulu, dengan menjual hasil di kebun lah yang dapat menampung anak-anaknya..ya, hasil seperti sayur-sayuran dan buahan seperti pisang..
 Mama teliti mendengar kisah mak cik yang boleh dipanggil mak itu..:)..ah, macam wanie juga, cepat tersentuh..:)

Kini, setelah kesemua anaknya berjaya, mereka pula yang menolong si ibu..Alhamdulillah..mak cik itu dapat kehidupan yang lebih selesa sekarang dan yang beliau tambah bersyukur ialah kesemua anaknya menjadi anak yang baik dan berbudi, tiada yang membuat onar dan beliau berdoa semoga ianya berpanjangan..Semuanya kerana limpah kurniaanNya kepada hambaNya yang bersabar..

Cerita mak cik ni boleh membuatkan diri ini bersyukur dengan kurniaan Allah selama ini..
rezeki yang Allah bagi menjadikan kami sekeluarga dapat menikmatinya mengikut kemampuan kami..tidaklah mewah, tapi sempurna..Alhamdulillah..

Ya Allah, berilah perlindungan kepada mereka yang sentiasa bersyukur dengan nikmatMu itu..

Jadi, para sahabat...tidak rugi kita meluangkan masa, biarpun sedikit untuk mendengar kisah sebegini sebagai panduan..bagi mereka yang masih mempunyai ibu, ayah, nenek, datuk mahupun sesiapa saja, dengarlah cerita mereka, cerita tentang kegigihan mereka dalam mengharungi hidup ini..ia boleh membuatkan kita berfikir dan cuba menilai diri sendiri..itu lah pesan mama wanie.

Bila difikirkan lagi, lebih baik bercakap dengan mereka seperti ini daripada memperuntukkan masa berjam-jam mencari video kegemaran dalam Youtube mahupun bersembang dan menulis diari sendiri melalui FB kan..sekadar peringatan untuk diri dan pembaca setia bintang hati..:)

ibuku..bidadariku..

p/s: malam semalam, mataku bengkak..alahai...

0 comments:

Post a Comment

Doa buat ibu bapa yang dikasihi

Doa buat ibu bapa yang dikasihi
Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers Create your own banner at mybannermaker.com!
Daisypath Friendship tickers