Seusai melawat bapa saudara mama yang terlantar di Wad ICU Hospital Raja Perempuan Zainab 2, wanie duduk di deretan bangku yang disediakan oleh kakitangan hospital. Ramai juga para pelawat yang datang. Memanglah sebab masa tu waktu melawat..
Kali terakhir ke hospital ini bila ya? ooh..waktu nenek menjalani pembedahan hari tu..
Bila ada kesempatan memerhatikan gelagat orang yang lalu lalang di hadapan, hati wanie tersentuh bila melihat begitu ramai yang sedang menderita pelbagai penyakit..ah, kuatnya mereka melawan penyakit itu..
Seketika, ada yang dibawa masuk ke bilik pembedahan, diiringi oleh ahli keluarga yang memberikan kata-kata semangat buat pesakit itu..kelihatan seperti ibunya yang mententeramkan anaknya yang sedang dibawa ke bilik pembedahan..
"kuatkan hati mak cik. Anak makcik begitu sabar menghadapi dugaan Allah, semoga beliau cepat sembuh..insyaAllah.."
Macam-macam yang dapat dilihat bila berada di hospital..yang lebih teruk di wad ICU..uhh..yang sudah tidak sedarkan diri sudah lama pun dapat kita lihat..
Peluang menziarahi orang sakit jangan diambil remeh ya..sebab, agama islam memang menggalakkan kita mengunjungi dan melawat mereka yang sakit..ia dapat meningkatkan keimanan kita bila kita bersyukur dianugerahkan kesihatan yang baik..
Nikmat kesihatan adalah satu nikmat yang tidak terhingga dari Allah..
Bersyukurlah jika hari ini kita masih mampu menjamah makanan menggunakan tangan, merasa manis masam masinnya makanan, kita masih dapat berjalan dan memandu kereta menggunakan sepasang kaki ini..
Sungguh Allah maha pemberi nikmat..Alhamdulillah Ya Allah..dengan kesihatan yang baik ini, hambaMu dapat beribadat kepadaMu dengan lebih sempurna dan dapat menjalankan rutin harian seperti biasa..
"jangan mengeluh jika kita tidak mempunyai sepasang kasut kerana ada orang yang tidak mempunyai kaki pun.."
2 comments:
akak..tu la..sedih jek kalo g spitel..tmbh2 kalo yg kat ICU,CCU,Emergency..sayu jek hati tgk dorg fight utk hidup..
ya, tu r..semua peringkat umur pn ada..dr yg kecik smpai yg sudah uzur..hm, mmg memberi keinsafan kan..
Post a Comment