sayyidul istighfar



Wednesday, July 14, 2010

Experiences collector..2

Semalam wanie mengajar tuisyen lagi..Alhamdulillah..dapat mengisi masa terluang bersama anak murid tersayang selama 2 jam..mereka memang happening..semalam ajar subjek sains tingkatan 4 dan Sains tingkatan 5..

Pengalaman praktikal sewaktu tahun 3 dulu sangat membantu..ye la, kelas dapat dikawal dan mereka nampaknya gembira belajar bersama..


InsyaAllah, "cikgu akan ingat nama-nama students.."
Bagi wanie, itu sangat penting..walaupun hanya kelas tuisyen, tapi mereka tetap bergelar pelajar yang sedang belajar dengan seorang guru..jadi, biarlah kita 'treat' mereka dengan sebaik mungkin, supaya mereka berasa selesa dan gembira semasa belajar..insyaAllah..

Bila melihat ibubapa yang menghantar dan menjemput anak masing-masing, terdetik di hati ini..betapa mereka megharapkan anak-anak menjadi orang yang berguna. Duit boleh diusahakan, tapi pelajaran mesti yang terbaik untuk anak-anak..ya, tidak semua dari golongan berada yang pergi tuisyen, ada juga dari golongan berpendapatan rendah masih berusaha untuk belajar..gembira tengok semangat mereka!

Kak ngah (adik wanie) pernah cakap " dulu abah hantar kakak pergi tuisyen sebagai pelajar, sekarang abah hantar kakak pergi tuisyen sebagai cikgu.." hee...ya, tepat sekali ngah..

p/s: best dengar lagu 'kebahagiaan dalam perpisahan' dari shahir..

0 comments:

Post a Comment

Doa buat ibu bapa yang dikasihi

Doa buat ibu bapa yang dikasihi
Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers Create your own banner at mybannermaker.com!
Daisypath Friendship tickers