sayyidul istighfar



Thursday, July 22, 2010

Mengapa kau..

Bila manusia dianggap boneka
Hilanglah halal dan juga haramnya
Mengapa dia dijadikan mangsa
Sewaktu diri dibelenggu dosa?

Mana akhlak dirimu yang didamba,
Mana peganganmu di saat tergoda,
Hasilnya kau buang merata
Mudahnya kau hilangkan derita

Buka lah pintu hatimu untuk bertaubat
Sebelum semuanya jadi terlambat
hidupmu akan menuju akhirat
Tidakkah engkau mahukan syafaat?

Andai diri tersedar kini
Segeralah memohon petunjuk Ilahi
Berkat usaha niat yang murni
InsyaAllah, ianya kan diberkati

nukilan,
Nur Hazwani Pauzi

Puisi di atas adalah sumbangan wanie kepada kempen kesedaran kepada jenayah pembunuhan bayi yang semakin berleluasa..Ya Allah, lindungilah mereka yang tidak bersalah..berikanlah kesedaran kepada yang telah berbuat dosa besar itu..Ya Allah, lindungilah kami dari kejahatan dan bisikan syaitan yang direjam..

0 comments:

Post a Comment

Doa buat ibu bapa yang dikasihi

Doa buat ibu bapa yang dikasihi
There was an error in this gadget