sayyidul istighfar



Friday, July 30, 2010

Beautiful girl..

haa..ada yang tersenyum tu bila baca entri wanie kali ni..ehehe..terutamanya untuk kaum perempuan..ala..untuk kita-kita aje..eh, yang lelaki?? hmm..boleh..untuk mak dan isteri boleh..

jadi, macam mana nak jadi cantik??

ai cik wanie ni, nak jadi beautician pula? he..tak adalah, sekadar berkongsi tips-tips berguna..

Kalau pasal kecantikan..mestilah nak dari dalam dan terpancar di luar..ye tak?

Tapi..kali ni bukan pasal makeup dan makeover okey..

bukan pasal ni ya.. :)

Ianya mudah kalau dimudahkan, dan mungkin juga susah kalau disusahkan..

Bagi wanie, kalau nak cantik:

1. kena selalu senyum...ha..senyuman yang ikhlas tau..bukannya senyuman sinis, senyum buat-buat mahupun senyum kambing..eh?

2. kena berfikiran positif..maksudnya, tidak terlalu memikirkan benda yang tidak-tidak..

3. selalu mengambil wuduk..haa..amalan ni memang mujarab, insyaAllah..secara tidak langsung, kita sentiasa dalam keadaan suci dan bersih kan..

4. memandang ibu bapa dengan pandangan kasih sayang..sejuk hati kan..

5. tidak ego dan sombong dengan kelebihan yang dianugerahkan Allah..

6. menutup aurat..percayalah, ianya lebih cantik..

7. sentiasa berfikir untuk berzikir..macam mana tu?? kita lihat sesuatu kejadian tu dengan rasa agungnya ciptaan Allah dan memuji kebesaranNya..

8. memakai pakaian yang bersih dan harum..pakaian yang lama tak apa, asalkan bersih..

9. sentiasa memohon maaf dan memaafkan kesalahan orang lain..ianya salah satu akhlak yang mulia. Bukankah berakhlak mulia akan menjadikan kita tenang? dan hati yang tenang itu cantik..

10. makan dan minum dari sumber yang halal..

11. tidak berhias dan makeup secara berlebihan..cukup untuk penampilan yang segar dan memberi keyakinan pada diri..

Sebenarnya banyak lagi tips yang nak disampaikan..tapi, wanie hanya senaraikan 11 perkara untuk panduan bersama..

Anda nak cantik? anda tentukan!

p/s: Kepada adik wanie, Adik Faisal, semoga cepat sembuh ya! :)

2 comments:

Amirah Madihah said...

yes..u're right kak..nak cantek sng jek..hehe..

Nur Hazwani Binti Pauzi said...

ehehe..betul3..

Post a Comment

Doa buat ibu bapa yang dikasihi

Doa buat ibu bapa yang dikasihi
There was an error in this gadget