sayyidul istighfar



Wednesday, August 26, 2009

salam..

Terasa nak kongsi sesuatu pada malam ni..entahlah,mungkin ianya secara spontan ataupun hanya sekadar renungan dalam kenangan..apa2 pun,wanie mulakan dengan satu doa ni...

سم الله الرحمن الرحيم
"Ya Allah, sesungguhnya Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul untuk mencurahkan mahabbah hanya kepadaMu, bertemu untuk taat kepadaMu. Bersatu dalam menyeru satu jalanMu dan berjanji setia untuk membela syariatMu. Maka Ya Allah eratkanlah ikatan pertaliannya. Abadikanlah kasih sayangnya,tunjukkanlah jalannya & penuhilah dengan cahayaMu yang tak pernah redup,lapangkanlah dadanya dengan iman dan keindahan tawakal kepadaMu,hidupkanlah dengan makrifatMu & matikanlah dalam syahid di jalanMu, Sesungguhnya Engkau sebaik baik pelindung dan penolong..”amiin

Walau apa yang berlaku, terima sahaja dengan ikhlas dan redha..kerana hikmahnya mungkin tersembunyi disebalik keikhlasan dan keredhaan hati kita..sungguhpun kita rasai keperitan, kesedihan dan kelemahan diri.hmm, mungkin dulu kita xpernah sedar kesalahan yang kita lakukan sehingga mungkin kesannya kita baru rasa hari ini. Semalam mungkin berbeza dengan hari ini..tak semua yang kita harapkan dengan mudahnya kita dapat. mungkin ianya ujian yang mesti kita tempuhi sebelum mendapat halawah yang ditakdirkan untuk kita kan.. Bila gagah melangkah, hati membunga riang, sesekali rebah, sakitnya tidak tertahan..kerana ianya memerlukan pengorbanan,teruskanlah berjalan menuju kehadapan..Bila cinta dianggap anugerah, raihlah ia dengan restu Allah..sesekali diri diuji,ianya untuk mematangkan diri,mengajar diri,memujuk diri untuk menjadi insan yang mendambakan cinta Allah suatu hari nanti..

"Jika Syurga menjadi idaman, jalannya seluas mata memandang..Jika keampunan yang didamba,gerbangnya setia menanti..Usah gusar dugaan dihadapan..andai hati nekad mengejar Cinta Ilahi..." tu adalah kata-kata yang wanie ambil dari artikel2 islam..

'bersama kita mengusahakan iman..' kata2 ini adalah dari salah seorang sahabat wanie yang banyak membantu diri ini mengenali erti cinta dan...pengorbanan.


p/s: Jika kenangan yang dibina dirasakan kembali, jika sesuatu perasaan yang hadir,datang dgn tiba2 setelah berfikir tentangnya, kuatkan diri untuk mempercayainya sebagai petunjuk dari Allah..hanya hati memahami..hmm,hidup mesti selalu ceria ! :)

Tuesday, August 25, 2009

ujian yang datang..

Hidup ini penuh dgn cabaran..ada kalanya,kita berada di atas,bahagia sepanjang masa,ada kalanya kita akan berasa sedih dan kecewa..mengapa terjadinya semua tu? dan kenapa kita diuji?? hmm, Islam adalah agama yg paling suci, tepat dan syumul. Al-quran dan hadis menjadi pegangan setiap umatnya..semua persoalan yg timbul ada jawapannya..sahabat2 sekalian..
KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3
KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216
KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. "
- Surah Al-Baqarah ayat 286
KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139
KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). "
KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45
KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ?
- Surah At-Taubah ayat 111
KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku
bertawakkal. "
- Surah At-Taubah ayat 129
KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." - Surah Yusuf ayat 12

p/s: kalau hati terasa susah n xtenang,,jgn lupa baca Al-quran..insyaAllah itu adalah penawarnya..pesanan ini dituju utuk diri sendiri dan untuk sahabat sekalian
wanie dpt artikel ni dari web..tq vmuch..:)

Tuesday, August 18, 2009

al-mubarak..

Salam..Ramadhan akan tiba tidak lama lagi..hmm sudah pastinya ramai yang menanti2 kedatangan bulan penuh keberkatan..di bulan ni, Al-Quran diturunkan, ditutup segala pintu neraka dan dibuka seluas-luasnya pintu syurga..Allah akan memberi ganjaran besar kepada hambaNya yang memuliakan ramadhan..


p/s: selamat menyambut bulan ramadhan dan selamat berpuasa..ahlan ya ramadhan..:)

rumput..


Ada cite pasal rumput..begini ceritanya..


Pada suatu pagi di sebuah sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :


Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?
Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.
Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?
Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.
Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.
Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?
Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.
Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah yang paling cantik kita jumpa dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas..


p/s: hati kita memahaminya..

Sunday, August 16, 2009

Holiday at Paka....

Pada 5 jun 2009 yang lepas,wani dan family pergi Kuala Terengganu..untuk majlis perkahwinan sepupu wanie,suraya kat rumahnya di Paka..kiranya,sambil pergi kenduri,famili wani and uncle2 yg lain pn holiday la jgk..kitorang pergi 3 family..sepupu yg nk kawin ni, anak bongsu arwah ayah long ( keluarga sebelah abah wani).masa tu, cuti sekolah, jadi apa lg, happy sgt2 lah kitorang..
Mula perjalanan lbh kurang kul 12 pm..nak sampai destinasi tu punyalah lama...ha2..kul 6 baru sampai..nak tau sebab pe? kitorang asyik berhenti je tepi jln, ada yang nak tgk pantai, pastu berhenti lagi nak minum air kelapa tepi pantai..berhenti lagi nak cari chelet..n dll..hu2..dah sehati sejiwa..ayah ngah yang jadi penunjuk jalan,tapi abg cik ( anak ketiga ayah ngah) yang drive..maklumlah orang dah dapat lesen..he..huh,wanie kat dalam kereta,ambik gambar je keje nya..kak ngah plk tukang posing..he..abg cik faiz n adik plk cameraman..suka je ambk gambar..pandai plk tu shot yang diorang ambik..
ni famili wanie n famili ayah ngah...ayah su dah ke depan..ke gerai satu lagi...


Pastu,bila mula perjalanan lagi, semua orang nak pergi tgk stadium terengganu yang runtuh tu..ambil peluang la pergi tengok kan..bila sampai sana, ramai jgk yang datang semata2 nk tgk runtuhan yang agak dasyat juga..
ni bahagian yang runtuh..


ni pun sama..


kak ngah posing berlatarkan bangunan kat sebelah stadium yang runtuh tu..


Kiranya,puas hati la jgk dapat tgk sendiri kan. hmm..dah sampai rupanya rumah mak long..kami stay kat Paka Resort. dekat je ngan rumah Mak Long..suasana hotel tu, cantik sangat terutama pada waktu pagi..boleh tgk matahari terbit..
permandangan dari balkoni bilik..


Pada 6 jun 2009, sepupu wani pun diijabkabulkan dengan jejaka pilihan hatinya..jeng3..
eh2..kitorang plk yang ada dalam gambar..pengantin kat belakang tu..


Selepas majlis perkahwinan tu, kami pun beransur pulang..dalam perjalanan pulang ke kelantan, Ayah Su membawa kami ke tempat pelancongan yang terkenal di Terengganu..kat mana lagi,Masjid Kristal la..he..cantik masjid tu..








pandangan hadapan masjid kristal..






































kami adik beradik..mama yang ambik gambar ni..nice!




















Selepas penat berjalan-jalan sekitar taman dan memorial, kami pun mengabadikan gambar kami sekeluarga..tapi macam biasalah, cik dan adik cameraman nya..he..
say cheese everybody..

Itu adalah antara kenangan yang sangat indah buat kami sekeluarga..jarang kami dapat bercuti bersama seperti ini..


Last but not least..For my cousin, i still remember our childhood together when gathering at our late grandma's house at Jerteh..we were so shy to each other for that time, moreover we were living far away from each other.. i take this opportunity to wish you once again..selamat pengantin baru..jadilah isteri solehah,anak yang baik dan ibu yang mithali selamanya..amin..
p/s: Balik je dari terengganu ni, ada JPJ driving test..hu2..alhamdulillah Wanie lulus...:)

Friday, August 14, 2009

Dr. SMS

Masa awal-awal kembalinya Dr. sms ni ke bumi, beliau ada buat program ke MRSM seluruh Malaysia ni, beliau pun dari MRSM juga dulu,tapi wanie lupa dah MRSM yang mana..pastu, masa wanie balik cuti semesta hari tu, uncle wanie n pertubuhan alumni MRSM bitara Pengkalan Chepa ajak la wanie,uncle wani yang lain dan sepupu turut serta dalam program ceramah beliau..seronok bukan main sepupu wani yang paling kecik tu sebab dia minat sangat2 kt Dr SMS..
Rasa teruja juga sebab ceramah beliau mmg bagus dan menarik perhatian ramai untuk bertanyakan soalan berkaitan perjalanan beliau ke ISS..apa yang menarik dan gembiranya kami sebab dapat makan sama ngan beliau dan guru-guru MRSM PC ni..he..thankyou Uncle Qusyairi!

sewaktu memberi ceramah

                                                                            smile....


                      p/s: semoga lebih ramai lagi anak Malaysia yang dapat ikut jejak langkah beliau..

Brain teasers....

salam..kat bawah ni ada beberapa tekateki yang mencabar la jgk...wanie dpt dlm buku yang wani beli masa nk pergi fieldtrip untuk program kimia hari tu..


kelakar juga..nk cuba?

1. A man and his son are in a car accident. the father dies at the scene ,but the child is rushed to the hospital. when he arrives the surgeon says.' i can't operate on this boy. he is my son!'
how can this be?


2. A man went to a party and drank some of the punch. he thenn left early. everyone else at the party who drank the punch subsequently died of poisoning.
why didn't the man die?


3. A man is wearing all balck-balck shoes,socks,trousers,shirt and gloves. he is walking down a black street with all the street lamps off. A black car is coming towards him with its lights off but somehow manages to stop in time.
how did the driver see the man?


Mesti nak tau jawapanya kan??
ni ha..


1.The surgeon was his mother


2.The poison in the punch came from the ice cubes. when the man drank the punch, the ice was fully frozen. when it melts,poisoning the punch.


3.It was day time...




p/s: juz joking...he2

selected..

serba sedikit tips memilih pasangan hidup...he2..
"Kasih manusia sering bermusim, sayang manusia tiada abadi. Kasih Tuhan tiada bertepi, sayang Tuhan janjinya pasti."Itulah sedikit dari lagu Raihan.
Lantaran kasih manusia yang sering bermusim dan sayangnya yang tak kekal lama, kita perlu sentiasa berwaspada terutamanya dlm memilih pasangan. Andainya sakit daripada cinta itu hendak diberi pada seseorang yg boleh digelar suami, pilihlah seorang lelaki yang….

1-KUAT AGAMANYA.Biar sibuk macam mana sekalipun, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yg kuat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yang tinggi biarpun dia pemuda paling miskin.
2-BAIK AKHLAKNYA.Ketegasannya nyata tapi dia lembut dan bertolak-unsur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada keluarga begitu ketara.
3-TEGAS MEMPERTAHANKAN MARUAH.Pernahkah dia menjengah ke tempat2 yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam seperti ‘rumah urut’, disko, pub dan bar?
4-AMANAHJika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia.
5-TIDAK BOROS Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikonsi bersama mereka yang berhak.
6-TIDAK LIAR MATANYAPerhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.
7-TERBATAS PERGAULANSebagai lelaki dia tahu dia tak mudah jadi fitnah orang, tapi dia tak amalkan cara hidup bebas. Inilah yang sepatutnya iaitu dia tidak mudah mengambil kesempatan atas kelebihannya sebagai lelaki.
8-RAKAN PERGAULANNYA.Rakan-rakan pergaulannya adalah mereka yang sepertinya.
9-BERTANGGUNGJAWAB Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya utk ibu bapa dan keluarganya. Jika keluarganya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tak bertanggungjawab terhadap keluarganya.
10-TENANG WAJAHApa yang tersimpan dalam sanubari kadang-kadang terpancar pada air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak. Dia tidak mudah melenting dan tidak panas


hmm..kita sebagai perempuan mesti tahu ciri yang sepatutnya ada pada seorang lelaki untuk dijadikan pasangan hidup..begitu juga dgn lelaki..anda ada guideline yang Rasulullah sendiri pernah ajarkan..


Apapun, jodoh pertemuan di tangan Allah..semua yang ditakdirkan untuk kita adalah yang terbaik dan ada hikmah terindah disebaliknya..wallahua'lam...:)

cinta..love..pyar..mohabbat..

'"begitu banyak cerita..ada suka ada duka..cinta yang ingin ku tulis..bukanlah cinta biasa.."

Cinta bagi wanie satu anugerah..cinta pada Allah, cinta pada Rasulullah..cinta pada diri, ibubapa dan keluarga,cinta sesama manusia n cinta pada alam yang diciptakanNya..
Ada orang x percaya pada cinta sesama manusia ( lelaki n perempuan)setelah dia kecewa dengan seseorang, ada orang cuba utk cari cinta baru bila dah putus cinta pertama, ada orang masih belum jumpa orang yang dapat memenuhkan hatinya, ada juga yang hanya menunggu jodohnya tanpa membuat apa2 persediaan..dan ada yang x tahu langsung dia dah jatuh cinta or hanya suka or hanya perasaan yang sekejap ada sekejap xde..mcm chipsmore..hu..
wani ada baca satu artikel..dah lama dh, tapi wanie masih simpan..:


Adakah tapak tanganmu berkeringat, hatimu berdebar kencang dan suaramu tersekat di dadamu?Itu bukan Cinta, itu SUKA.
Adakah kamu tidak dapat melepaskan pandangan mata darinya?Itu bukan Cinta, itu NAFSU. Adakah kamu menginginkannya kerana kamu tahu ia ada di sana?Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.
Adakah kamu mencintainya kerana itulah yang diinginkan semua orang?Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN.
Adakah kamu tetap mengatakan kamu menyintainya kerana kamu tidak ingin melukaihatinya?Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.
Adakah kamu menjadi miliknya kerana pandangan matanya membuat hatimu melompat?Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.
Adakah kamu memaafkan kesalahannya kerana kamu mengambil berat tentangnya?Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.
Adakah kamu mengatakan padanya bahawa setiap hari hanya dia yang kamu fikirkan?Itu bukan Cinta, itu DUSTA.
Adakah kamu rela memberikan semua perkara yang kamu senangi untuk kepentingan dirinya?Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI.
Tetapi
Adakah kamu tetap bertahan kerana campuran antara kesakitan dan kegembiraan yang membutakan dan tak terfahami … menarikmu mendekati dan tetap bersamanya?ITULAH CINTA.
Apakah kamu menerima kesalahannya kerna itu bahagian dirinya dan siapa dirinya?Jika demikian, ITULAH CINTA.
Adakah kamu tertarik dengan orang lain tapi setia dengannya tanpa penyesalan?Jika demikian, ITULAH CINTA.
Adakah kamu menangis kerana kesakitannya walaupun saat itu dia kuat?ITULAH CINTA.
Adakah hatimu sakit dan hancur ketika dia bersedih?ITULAH CINTA.
Adakah hatimu gembira ketika dia berbahagia?ITULAH CINTA.
Adakah matanya melihat hatimu dan menyentuh jiwamu begitu mendalam sehingga menusuk?Yang demikian itulah namanya CINTA.


p/s; cinta kpd Allah dan rasul adalah cinta paling agung..jangan sesekali mengurangkan rasa cinta pada Nya disebabkan cinta yang mengkhayalkan sesama manusia..manusia sering lupa apa yang ada padanya sehinggalah dia kehilangannya, baru dia sedar betapa berharganya apa yang dia miliki sebelum ini..
Kepada yang masih ingin bercouple( tiada istilah couple dlm islam), jaga keperibadiaan mu.. jadilah wanita solehah yang indah seperti permata yang dibaluti beberapa helai kain yang diletakkan di dalam kotak dan disimpan di dalam almari berkunci..
Think positive..whatever..:)

tidur oh tidur...

Sebut shj psl tidur mesti ada yang tengah mengantuk ketika membaca post wanie ni kan? he..hmm, biasanya orang mesti terbayangkan tidur pada waktu mlm yang mendamaikan,tanpa gangguan atau dgn kata lainnya,tidur lena..
Wanie ada satu cerita..pensyarah wanie ni masa dia belajar dulu,dia suka study waktu awal pagi..kiranya dalam kul 2 pagi dia dh bangun study sampai pagi..then,lps berita pagi kat TV tu,dia akan tidur..tu mmg rutin dia..masa dia sambung master pun mcm tu jadual dia..respect lah lecturer wanie ni..tapi yang jadi masalah pada dia plk, bila dah selalu sangat mcm tu, dah x dpt tidur mlm plk bila dh keje...hu..
Wanie plk, dulu masa msh sekolah, masa tidur mmg fix..maklumlah abah selalu suruh kami tidur awal klau hari sekolah..mama plk,selagi kami semua tak tidur, mama tak akan tidur..Pastu,bila masuk matrikulasi, wanie antara yang paling awal tidur dalam bilik C4.1.2 tu..ha2..kul 11 dh mmg kna prepare nk tidur..tapi..bila masuk UKM ni..wanie join BSMM( nama baru untuk PBSM), wani masuk PPC( pertandingan pertolongan cemas), semua berubah..mana taknya, tido kul 3 tu perkara biasa..ha2..tapi bila terkenangkan memori dgn kwn masa PPC tu,sgt seronok..pernah tidur 1 jam shj bila dah dekat dgn pertandingan..sungguh penat,tapi berbaloi sb kami jadi JUARA lagi untuk kali ke 10...he2...sekarang, waktu tido jadi tak menentu tapi kena balance..
tahu x yang selain tidur mlm yg lena,tidur siang juga banyak manfaatnya? ia bagus untuk kesihatan dan produktiviti kerja..dah terbukti tau!


"tidur yang sedikit pada waktu tengahari tidak keji. Rasulullah ada melakukannya"
-Misykatul Masabih-


Seorang pakar tidur ada menyatakan,tidur sekejap pada waktu siang amat berkesan utk meningkatkan tenaga dan tumpuan..tidur dalam lebih kurang 15 hingga 20 minit sudah cukup utk mengembalikan tenaga..kalau dah sampai berjam2 tu, x bagus plk..
Pernah Tun Dr Mahathir ditemuramah berkenaan dgn cara hidup dan keje beliau..bila ditny,bagaimana beliau dpt bekerje dgn ckp dan berkesan tanpa kelihatan penat, beliau menjawab,beliau hanya perlu mendapatkn rehat yg ckup. beliau akan cuba mendapatkan tidur sekejapnpada waktu tengahari antara 10-20 minit. selepas itu,beliau memulakan keje2 sbg perdana menteri dgn lebih bertenaga.hmm..jadi, kita perlulah memanfaatkan waktu kerja dan waktu rehat dengan secukupnya..ok!
p/s: so,think positive..n whatever..

Tuesday, August 11, 2009

1,2,3,4

Ni lagu favourite wani masa kecik2 dulu..sekarang pn minat lagi...harap ada yang ingat lagu ni...

satu,kasih nan abadi..
tiada tandingi
DIA yang satu..


dua,sayang berpanjangan
membawa kesyurga kasihnya ibu..


tiga,lapar dan dahaga
rela berpayahan
setianya ayah..


empat, mudah kau ketemu,berhati selalu
beza antara..
kasih dan kekasih..


ibu,
kuingat dahulu
menyisir rambutku
kemas selalu..


ayah,
menghantar kesekolah
bergunalah ilmu
bila dewasa..


sayang,
dengar lagu ini
untuk kau sandarkan
buat pedoman..


jangan,
manis terus ditelan
pahit terus dibuang
itu bidalan..
harus kau renungkan..
andai
kau beroleh bahagia
ingat itu bukan
untuk selamanya..


andai,
kau dalam sengsara
ingat itu bukan
untuk selamanya
hidup ini untuk sementara..


ooh...ooh...
p/s: thank you mama,abah..


vokal: aris ariwatan
lagu: 1,2,3,4

Monday, August 10, 2009

EMPAT PERKARA sebelum tidur??

Rasulullah s.a.w berpesan kpd Aisyah r.a : "ya Aisyah, jangan engkau tidur sebelum melakukan 4 perkara iaitu:



1. sebelum khatam Al-Quran


2. sebelum membuat aku memberimu syafaat untukmu di hari akhirat nanti


3. sebelum para muslimin meredhai kamu


4. sebelum kau laksanakan haji dan umrah.





Bertanya Aisyah" ya Rasulullah...bagaimana aku dapat melaksanakan 4 perkara seketika? Rasulullah tersenyum dan bersabda:

'sebelum engkau hendak tidur bacalah Al-Ikhlas 3 kali. amalan ini seakan-akan kau mengkhatamkan Al-Quran. Bacalah selawat ke atasku,maka aku akan beri syafaat untukmu di hari akhirat kelak. beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu..dan banyakkanlah bertasbih,bertahmid,bertahlil,bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah...'


p/s: hmm...jgn lupa baca doa tidur b4 tido ya..;)..n mulakan hari kita dengan doa juga..semoga hari yg dilalui ceria dan dipermudahkan urusan oleh Allah...

Saturday, August 8, 2009

bunga-bunga cinta...

Hari ni..wanie,ain n mirah ( xde nama lain dah) p pesta flora kat putrajaya...wani n mirah merempit lagi hari ni..x serik2..hu,biasalah kan..kitorang ni peminat bunga..dah kami ni bunga..wah2..hmm,sebenarnya,bunga bagi wani adalah kecantikan, kelembutan, keindahan dan keunikan...bunga boleh express sume benda..perasaan, mood, bahasa dan bangsa, pemikiran dan prinsip..contohnya,bunga mawar/ros,melambangkan kasih sayang dan persahabatan...bunga teratai plk mewakili simbol keagamaan..Bunga Raya, bunga kebangsaan Malaysia..


some snapshots...




























wani ada sedikit info tentang bunga kebangsaan negara...:




1. Malaysia-bunga raya




2. Brunie-bunga simpor




3. Kemboja-bunga rumbul




4. Indonesia-orkid




5. Laos-bunga kemboja




6. Myanmar-bunga paduak




7. Filipina-bunga melati




8. Singapura-bunga anggerik vanda




9. Thailand-bunga ratchaphruek




10. vietnam-lotus





p/s: jadilah bunga yang selalu memberi kebahagian kepada semua orang..wanita ibarat bunga..wanita solehah adalah sebaik2 wanita..seindah hiasan adalah wanita solehah!! insyaAllah...

si kembar..xsama pun...







Nur Farahana Binti Pauzi..20 tahun, pelajar jurusan sains kesihatan(radiologi) di UIA..(banyak nya nk kena tulis pasal budak ni..)hmm..ni adik wani,kak ngah nama komersial kat rumah...orang cakap kami like a twin...twin?biar benar...xsama pn wajah...kalau sama pn,adik beradik,mesti ada iras kan...tapi ye lah,orang yang melihat mesti lain pendapat dengan empunya diri..ha2..masa kat rumah dulu2 kan,klau p jln2...n bila terjumpa kwn2 mama or abah,mesti mereka ckp..'eh,kembar ke?''adik nampak mcm kakak.."he..sampai je kat rumah,kami trus tgk cermin..huh,tang mana yang sama ngah? hmm..mewarisi mama n abah...biasalah..well....


kami secara jujurnya ada banyak persamaan..nak tau?



1. kami suka cerita hindustan,hero n heroin yang sama..

2. kami suka menyanyi n uji suara (dlm bilik je, x pnh show off dpn public pn...)

3.warna bilik yang sama...(guess what colour?) ha2

4. result UPSR, PMR n SPM sama banyak bilangan A..

5. tuisyen di tempat yang sama

6.masa sekolah rendah, dua2 jadi pengawas sekolah

7.dua2 tak makan sayur

8.memiliki handphone yang sama,warna sama,dibeli pada masa yang sma..

9.dapat masuk MRSM tapi dua2 xpergi...stay kat sekolah masing2

10.suka tidur sama2 ngan nenek(mak abah) masa arwah masih ada..al-fatihah..


hmm..banyak juga persamaan kitorang..ada lagi..tapi orang kata 10 tu ngam2..last but not least..kak ngah,u are the most best sister that i can't get it from anybody else...ever..thank you my sis..hope you will success in everything you wish for..our family is our paradise...insyaAllah...;)

sharing,maybe....


Assalamualaikum..good morning buddies..so fresh today rite? sun rising very nice and so the sky, looks like very compatible...hmm..its time to give somekind of advice..no,no..i don't want to use that sentence..but then..it's time to share some kind of spices of our daily life..





hmm..thinking about the work to do..so many!! from morning till the end of the day..fuuh..what a tiring day to go through..but..do you notice that all the works,assignment, housechores and so on so forth are the things that can make us to be more independent, sincere in our life and also can give us the opportunity to show the best that we can..at last,we did it!!





Alhamdulillah,Allah still shower us with lots of 'rahmat' and yet, we are still living on this earth!! going to be a khalifah..always be a khalifah..so,show our gratitude with always say alhamdulillah..thank you Allah..for all the infinity rahmat n rahman that U give me forever..





so,frens,come, start our day with 'doa' and trigger our mind and ourself to do the best thing,so that our positive ions will make it..dont forget to take care of ur self...have a great breakfast, lunch,dinner and supper if u want..please have an enough rest..sleep on time...the most important, don't forget to ask for ur parents to pray for u..remember, "there is no hijab for parents'doa to reach Allah..."

 

love each other and always forgive the others each day..before going to bed,prepare what u should bring for the next day..if possible,jot down what do you feel for that day as a muhasabah diri( i did it)...say some doa,then....zZz..,zZz...sweetdream.....;)

p/s: sooner or later...the other sharing will come across..wait for it...thank you..

kenapa pink?

pink? merah jambu? kalas? semua tu merujuk kpd warna yg sama..kalau kat sekolah dulu2, kwn2 yg kenal wanie sume ckp wanie ni mmg minat pink..diorang akn cakap, 'ala,tgk brg pn tau' ha2..hmm, ada setengah anggap org yg minat warna pink seorang yang gedik,manja n mungkin mengada-nagada..ye ke?ada ke macam tu? entah, bak kata nabil, 'lu pikir la sendiri'..


bagi wani plk,pink memberi makna yg sgt istimewa..warna yg lembut tu memberi ketenangan..sesuai dgn jiwa n kelembutan wanita..pink juga bermaksud kesucian..bukan putih je tau..pink sering dikaitkan dengan warna bayi..perasan x,rata-rata bayi mesti dipakai kan pakaian warna pink..sb,pink itu sensitif..sensitif? ya, disebabkan warnanya yg lembut,mudah terkesan,tercalar..terguris orang kata..he2..tapi yang pastinya,pink membawa kegembiraan pada wani..




jadi,orang yg minat pink x boleh dianggap gedik,mengada-ngada..sb pink pun mcm warna lain yang ada di muka bumi ni jgk...


wow,ipod...bestnya kalau dapat..tapi samsung wanie punya cantik juga..thanks tu Badio...;)















hu2...laptop ni antara laptop idaman wani....tapi dh dpt acer...alhamdulillah..

















adik wani,faisal tu suka n nk sgt PSP..tapi dia ckp ' klau warna pink xnak..'ha2...





















he...dah dapat bilik warna pink kat rumah...tapi ni bukan bilik i tau..hu,i miss my room....
ok lah..sekian saja pasal 'pink' ni..

p/s: ada seorang kwn kat matrik dulu panggil wani , pink panther!

wanie...wanie...

Hmm...hari ni wani p ramunia cafe ngan kwn..nk p ambk hadiah cabutan bertuah..dpt 1st prize..teruja la p ambk..nk jadi ke hal nya,kitorang salah masuk highway...lucu..dh la merempit..highway tu pjg..sampai2 je kt cyberjaya..punyalah jauh kitorg p..ntah knp masa dlm prjalanan tu kn,kepala wani sakit sangat..mcm ditarik rambut kt depan..padahal kwn wani bwk standard je kt highway..sangat2 sakit..klau ckit lg,blh pengsan..pastu,kwn wani pn berhenti la kt tepi jln..(ni d masuk kajang balik).nasib baik kwn tu tau jln kt putrajaya..hu..nk kata helmet tu yg buat hal,takkan la ..sbnya helmet tu wani slalu guna..nk p mana2 ngan moto,mesti pnjm helmet tu..tp yg surprisenya,lps buang je helmet tu dari kepala,trus rasa sakit tu hilang..





Jam dh pkul 4.30 ptg..x sampai2 lagi sungai long..still kajang..ha2..apalah kitorang ni,mcm stat balik la perjalanan kul 3 tadi..hu2...rupanya2 bila p balik simpang highway tu,highway ke sg long dpn ckit je...kitorang pn stat sdpkan hati..kononnya..signboard x jls la,slh estimate la..huh,perjalanan diteruskan akhirnya...sampailah ramunia cafe kul 5..huh,kjp je rupanya..





hmm,nk tau pe hadiah wanie dpt??


jeng3... a rice cooker!! he..ok la,sederhana besar..wani trus terfikir nk bagi mama balik nanti...






kul 5.20 kitorg balik ukm..singgah solat kt kajang..then makan2..kul 7 lbh sampai kt bilik..


penatnya...tapi alhamdulillah berbaloi jgk..


anyway,thank you very much mirah for ur kindness,willingness n whatever....;)

Saturday, August 1, 2009

kata-kata pilihan wanie hari ini...

Dari Almarhum Haji Abdullah Mohammad, seorang aktivis masyarakat di Pantai Timur...



jadilah benih yang bernas,

seribu tahun dijemur panas,

digetus digetas binatang buas,

tetap tumbuh mencetus tunas..

Doa buat ibu bapa yang dikasihi

Doa buat ibu bapa yang dikasihi
Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers Create your own banner at mybannermaker.com!
Daisypath Friendship tickers