sayyidul istighfar



Friday, August 14, 2009

tidur oh tidur...

Sebut shj psl tidur mesti ada yang tengah mengantuk ketika membaca post wanie ni kan? he..hmm, biasanya orang mesti terbayangkan tidur pada waktu mlm yang mendamaikan,tanpa gangguan atau dgn kata lainnya,tidur lena..
Wanie ada satu cerita..pensyarah wanie ni masa dia belajar dulu,dia suka study waktu awal pagi..kiranya dalam kul 2 pagi dia dh bangun study sampai pagi..then,lps berita pagi kat TV tu,dia akan tidur..tu mmg rutin dia..masa dia sambung master pun mcm tu jadual dia..respect lah lecturer wanie ni..tapi yang jadi masalah pada dia plk, bila dah selalu sangat mcm tu, dah x dpt tidur mlm plk bila dh keje...hu..
Wanie plk, dulu masa msh sekolah, masa tidur mmg fix..maklumlah abah selalu suruh kami tidur awal klau hari sekolah..mama plk,selagi kami semua tak tidur, mama tak akan tidur..Pastu,bila masuk matrikulasi, wanie antara yang paling awal tidur dalam bilik C4.1.2 tu..ha2..kul 11 dh mmg kna prepare nk tidur..tapi..bila masuk UKM ni..wanie join BSMM( nama baru untuk PBSM), wani masuk PPC( pertandingan pertolongan cemas), semua berubah..mana taknya, tido kul 3 tu perkara biasa..ha2..tapi bila terkenangkan memori dgn kwn masa PPC tu,sgt seronok..pernah tidur 1 jam shj bila dah dekat dgn pertandingan..sungguh penat,tapi berbaloi sb kami jadi JUARA lagi untuk kali ke 10...he2...sekarang, waktu tido jadi tak menentu tapi kena balance..
tahu x yang selain tidur mlm yg lena,tidur siang juga banyak manfaatnya? ia bagus untuk kesihatan dan produktiviti kerja..dah terbukti tau!


"tidur yang sedikit pada waktu tengahari tidak keji. Rasulullah ada melakukannya"
-Misykatul Masabih-


Seorang pakar tidur ada menyatakan,tidur sekejap pada waktu siang amat berkesan utk meningkatkan tenaga dan tumpuan..tidur dalam lebih kurang 15 hingga 20 minit sudah cukup utk mengembalikan tenaga..kalau dah sampai berjam2 tu, x bagus plk..
Pernah Tun Dr Mahathir ditemuramah berkenaan dgn cara hidup dan keje beliau..bila ditny,bagaimana beliau dpt bekerje dgn ckp dan berkesan tanpa kelihatan penat, beliau menjawab,beliau hanya perlu mendapatkn rehat yg ckup. beliau akan cuba mendapatkan tidur sekejapnpada waktu tengahari antara 10-20 minit. selepas itu,beliau memulakan keje2 sbg perdana menteri dgn lebih bertenaga.hmm..jadi, kita perlulah memanfaatkan waktu kerja dan waktu rehat dengan secukupnya..ok!
p/s: so,think positive..n whatever..

0 comments:

Post a Comment

Doa buat ibu bapa yang dikasihi

Doa buat ibu bapa yang dikasihi
There was an error in this gadget