sayyidul istighfar



Saturday, September 12, 2009

kagum

Sudah tiga hari wanie tak letak post yang terbaru untuk dikongsi dgn sahabat sekalian..hmm..minggu lepas, semasa menghadiri kuliah kewarganegaraan untuk subjek fakulti pendidikan, pensyarah wanie ada menunjukkan video klip yang sgt menyentuh perasaan wanie (dan juga kawan yang lain) tentang kebesaran Allah swt. video yang memberi tahu tentang laungan azan yang tiada hentinya diseluruh pelusuk dunia..subhanallah..Begitu agungnya petunjuk yang diberikan Allah supaya umat manusia sedar akan cara hidup yang sebenar..iaitu islam. Bayangkan pada saat ini, azan dilaungkan oleh muazzin berkumandang memuji Allah dan mengajak manusia untuk menuju kejayaan ( keimanan dan ketakwaan kepada Allah)..hmm, sehingga pada suatu ketika, laungan azan berhenti, tidak lagi berkumandang secara berterusan saban hari dan masa, maka akan berlaku lah hari yang amat digeruni makhluk ciptaanNya..hari kiamat..hari itu, tiada guna lagi bertaubat memohon keampunan..maka,wanie menasihati diri wanie sendiri dan sahabat dan sesiapa jua yang membaca catatan ini supaya bersegeralah menunaikan solat apabila masuk waktunya..kadang-kadang kita leka dengan kerja yang tidak pernah selesai dan selalu membuatkan kita alpa..hmm,jom tengok video kat bawah ni!


p/s: semoga kita,keluarga kita dan hamba-hambaNya yang lain sentiasa diberi petunjuk..amiin..:)

1 comments:

Anonymous said...

subhanallah
Alhamdulillah, terima kasih kepada pensyarah yang telah menayangkan video 'Fenomena Azan' ini.semoga menginsafkan diri kita dan ketahuilah 'solat itu tiang agama'...semoga kita sentiasa dalam rahmatNYA

Post a Comment

Doa buat ibu bapa yang dikasihi

Doa buat ibu bapa yang dikasihi
Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers Create your own banner at mybannermaker.com!
Daisypath Friendship tickers