Pagi tadi adalah pagi yang cukup tenang..damai dan sunyi seperti biasa..wanie bangun dengan begitu bersemangat..selepas bersihkan diri,wanie bersiap sedia untuk bersahur..almaklumlah,dh biasa makan nasi kalau sahur kat rumah,jadi memang dah beli siap2 untuk sahur pukul 11 mlm tadi..Nasi dan ayam goreng kunyit ( berbunyi la pulak perut ni..).. Walaupun nasi sudah menjadi bubur..eh silap,nasi dah sejuk..tetapi masih sedap bila difikirkan tentang keberkatan dalam sahur tu..Nak dijadikan cerita, wanie nak makan dengan 'kicap kipas udang' yang baru dibeli di kedai makcik KIY, huh, macam mana nak buka penutup botol ni??Guna gigi boleh patah ni..wanie cuba gunakan macam2 alat yang ada..haa teringat 'multiuse handknife' yang abah bagi hari tu..tapi oleh sebab ia tersimpan di tempat yang sangat selamat, jadi wanie tak dapat nak cari dengan mudah..hu2..tapi wanie terus berusaha dengan cuba menggunakan 'stapler'..lucu..tapi alhamdulillah,penutup botol tu dapat dibuka! TAPI............disebabkan wanie menggunakan tenaga yang kuat disertai dengan tindakan inersia yang ada,uwaaa....kicap terpercik keluar..terkena seluar slack pink yang wanie pakai..tidak cukup dengan itu, satu palitan ditinggal pada cadar dan paling banyak dekat sarung bantal....tragisnya..dengan cepatnya,wanie terus merendamkan kain2 tu semua( nanti kesan kicap akan kekal) Gunalah vanish..(tetiba ada iklan)..selepas siap menikmati kicap tadi, waktu subuh pun tiba...masa tengah bersedia nak ambik wudhuk, tiba2 baru perasan yang lengan baju wanie pun turut terkena kicap tu..!haiz....
p/s: alhamdulillah,dapat bersahur seperti biasa lepas tu..hee..
2 comments:
hee.. tu la akibatnya xmulakan dgn membaca Bismillah
sy dh baca la..hu
Post a Comment