Hm..sedapnya bau...agak-agak sedap tak ni? eh, mestilah sedap kot sebab buat dengan hati penuh ikhlas..
hee..
ish, puasa...tak boleh cium bau makanan lebih-lebih tau..
Sebenarnya, wanie cuba buat biskut raya kali ni..my handmade..
Namanya...(selalu ada nama) biskut cinta kasih..
kelas gitu..
Biskut ni diilhamkan wanie sendiri..tapi, bahan asasnya dipelajari dari mama, the best chef ever..
Sementara biskut tu masak, update blog jap..maklumlah, masa itu penting..lebih-lebih lagi dah nak hari raya..macam-macam nak dibuat..
Nak kemas rumah, nak lap itu ini, gubah bunga, ubah itu ini, basuh langsir dan lain-lain..
Hari-hari biasa pun ada buat, cuma kalau hari raya ni, semangatnya lebih sikit cik jah..
Apa? nak tengok 'biskut cinta kasih' wanie? haa...sabar..nanti wanie tunjuk di entri-entri akan datang ya (tak pasti bila)..
Nantikan kemeriahan aidilfitri wanie bersama keluarga dan sanak saudara yang akan di'update' dari semasa ke semasa sepanjang kami menyambut syawal ini..
p/s: Selamat beribadah di hari-hari terakhir ramadhan ini..sayunya bila ia pergi..gemerlapkan ia dengan tasbih, zikir memuji ilahi..semoga ramadhan kali ini benar-benar memberikan semangat dan keyakinan pada diri..insyaAllah..
3 comments:
duit raya utk saya dah sedia x? (dgn nada penuh harapan dan mata sin chan)
hm..kalau dtg rumah sy ada la dapt kan...by the way, sape yg sepatutnya sediakan duit raya utk sape ya??? =p
SELAMAT HARI RAYA.....smoga raya tahun ini memberi makna kepada anda.....
Post a Comment