sayyidul istighfar



Saturday, January 30, 2010

Istana untuk ayah

Kasihnya ibu
Membawa ke syurga
Kasihnya saudara
Masa berada

Berkorban raga
Rela binasa
Berkorban nyawa
Tanda kasihnya

Kasihnya ayah
Sanggupkah berpisah
Dan kasih anaknya
Berkorban nyawa

Biar pun jiwa
Akan tersiksa
Ikhlas dan rela
Asal kau bahagia

Istimewa sekali lirik lagu dari Sharifah Aini ini. Lagu dedikasi untuk kedua ibu bapa..Ibu, permata tiada tandingan. Segala susah senang, suka dan duka ditanggung ibu dalam membesarkan anaknya..Waktu dalam kandungan, Allah sahaja yang tahu betapa semangatnya ibu ingin melihat anak dilahirkan. Tekun mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran supaya zuriatnya itu mendapat rahmatNya jua. Dijaga pemakanan supaya bayinya sihat..Walau berbadan dua, kewajipan sebagai isteri tidak dilupakan..Makan pakai suami tetap dijaga, rumah dikemas rapi seperti sedia kala..ah, hebatnya insan bergelar ibu..
 Kasihnya ayah rela berkorban, membanting tulang, memerah keringat mencari rezeki..Mungkin ada kala ayah tidak mendapat upah seharian bekerja, namun dia tetap pulang dengan wajah ceria, mengubat hati keluarga yang menunggu dengan setia..Ayah sabar dalam karenah anak-anak..Kuatnya ayah seharian bekerja tetapi masih menunaikan tahajjud sepertiga malam. Memberi ilmu agama pada anak-anak supaya menjadi hambaNya yang soleh berbakti..ah, mulianya insan bernama ayah..

Wanie pernah menonton drama melayu yang disiarkan di TV3 suatu ketika dulu..cerita tentang ayah. Di sebuah kampung, tinggal dua beranak yang kehidupan mereka bergantung kepada hasil penat jerih si ayah sebagai seorang penarik beca. Setiap hari mengambil dan membawa penumpang ke destinasi yang diminta. Setiap kayuhan sungguh bermakna, walau terpaksa berkeringat di bawah sang mentari, tapi itulah periuk nasi mereka dua beranak. Kalau ada penumpang mahu menaiki becanya, adalah upahnya. Si anak tahu kesusahan mereka. Dibuatnya kuih untuk dijual di warung berdekatan rumah..kuih-muihnya laku..sedap kata orang kampung..hmm..rezeki dari Allah ada di mana-mana kan..Ada ketika ayahnya jatuh sakit. Jadi, terbiarlah beca di halaman rumah. Tetapi, dengan semangat yang ada, si anak yang menggantikan ayahnya mengayuh beca..Seorang perempuan mengayuh beca, hebatkan? Pada suatu hari, si anak terbaca tentang peraduan menulis cerpen untuk ayah sempena menyambut hari bapa..Dikarangnya cerita tentang ayahnya insan yang amat dikaguminya..benar, dia amat memandang tinggi ayahnya dalam membesarkannya, mendidik dan menjaganya tanpa isteri di sisi. Selepas siap karyanya, tidak diharap pun akan menang kerana peraduan tersebut terbuka kepada semua orang..difikirannya, mesti ramai lagi yang mempunyai bakat menulis dan menulis tentang ayah-ayah mereka yang berjaya, kaya dan dikenali ramai..Tetapi, dia tetap mengeposkan dengan hati yang gembira...Walaupun miskin, ayahnya tetap mementingkan pelajaran anaknya..masa si anaknya masih bersekolah, pernah dikatakan kepada ayahnya yang suatu hari nanti dia akan membeli rumah yang besar khas untuk ayah sambil menunjukkan sebuah rumah besar kepada ayahnya..ayahnya tersenyum.
Keadaan masyarakat kampung yang ada di antaranya begitu sombong seringkali memperkecilkan keluarga dua beranak itu. Dipinjamkan wang tapi sangat 'kedekut' dan sangat memandang hina dua beranak itu..haih..sikap manusia berbeza-beza..yang bakhil, tersangatlah bakhil pula..nauzubillah..
Suatu hari, si anak mendapat kejutan yang dia telah memenangi hadiah tempat pertama untuk pertandingan cerpen hari bapa..ah, apa lagi dipanggilnya si ayah kebanggaanya itu dan menceritakan segalanya. Hadiahnya? dia dapat sejumlah wang  untuk melanjutkan pelajarannya ke peringkat yang lebih tinggi..wah..gembira bukan kepalang si anak tetapi dukanya tetap ada bila terpaksa meninggalkan ayah di rumah. Demi mencari ilmu dan sokongan ayah, dia pergi mencari ilmu dengan harapan yang tinggi..Sampai satu ketika, dia pulang ingin memberikan satu khabar gembira buat ayah..ayahnya tercengang hadiah apa pula yang ingin diberikan oleh anaknya itu..Setibanya di satu tempat, anaknya membuka ikatan pada mata ayahnya dan...di saat itu ayahnya terkejut dan terharu kerana sebuah rumah besar dihadiahkan untuknya seperti yang dijanjikan oleh anak yang dikasihinya itu..Pertama kali merasa berada di rumah besar itu yang tidak pernah diimpikan selama ini. Alhamdulillah..itulah istana untuk ayah..
p/s: Anda semestinya teringatkan kedua ibu bapa anda juga kan? hmm..apa lagi jom doakan untuk ibu bapa kita kesejahteraan dunia dan akhirat..:)
Kakak sayang mama dan abah...love you so much!


Friday, January 29, 2010

Dapat hadiah..

Pagi tadi wanie ada amali (lab) untuk subjek 'biodiversity'..alahai, kena tengok bakteria dan juga eksperimen roti..ehehe..perlu sambung eksperimen kat bilik la ni untuk roti..Oh ya, ada satu kejadian pelik yang berlaku sebelum memulakan amali, sewaktu mendengar 'briefing' dari Dr.Nazlina, wanie terasa hendak pitam, badan seram sejuk..semalam dan pagi tadi memang terasa kurang sihat, kepala asyik pening..jadi, wanie duduk je kat kerusi dan mendengar Dr bercakap dari jauh..Alhamdulillah rasa hendak pitam tu berakhir setelah Dr memberi arahan boleh memulakan eksperimen dan wanie dapat melakukan amali tu dengan baik hingga waktu tamat..syukur sangat, kalau tak, mahunya tidak dapat buat amali tadi..eh, nampak comel je bakteria E.coli , Basilus subtilis, Pseudopodium aeruginosa dan S. aureus tadi..
hmm..lepas amali yang dijalankan selama 2 jam itu, wanie pergi berjumpa dengan sahabat baik iaitu cik maszeni..he..sudah lama tak berjumpa, hari ni baru rancang dan alhamdulillah dapat bersua di Zar Bakery, Pusanika seperti yang dijanjikan..hm..ada la juga benda yang kami ceritakan..termasuklah beberapa kisah lucu..amboi-amboi..macam sudah begitu lama tak berjumpa, ye la, kan kami tidak sama waktu kuliah lagi macam semester lepas..Tadi juga wanie dapat hadiah dari Mas..comel,cute, cantik..wanie suka sangat..nak tau? ni dia..
buku nota winnie the pooh..

Terima kasih Mas, ingat kat wanie..semoga persahabatan kita diberkati Allah dan saling sayang-menyayangi..

p/s: esok, insyaAllah kita pergi jalan-jalan ke The Mines pula.. :)

Wednesday, January 27, 2010

Seindah hiasan dunia..


Tadi, wanie ada melihat-lihat file tazkirah yang disimpan dalam laptop kesayangan ni..Jadi, terpandanglah dokumen yang menyatakan wasiat Rasulullah SAW untuk wanita...subhanAllah..sungguh mulia kaum hawa ini, sungguh istimewa kaum ini, sungguh mudah kita mendapat keredhaan Allah jika kita banyakkan amalan yang sepatutnya kita buat, tetapi..sungguh menggerunkan juga bila diriwayatkan kaum wanita juga paling ramai yang menghuni neraka..Astaghfirullahalazim..
ok, jom kita lihat antara keistimewaan wanita terutamanya yang sudah bergelar isteri dan ibu..kaum penghias dunia..

*Sabda Nabi SAW “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita
 yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan
 membina tujuh parit di antara dirinya dengan api neraka,
 di antara parit-parit itu ialah sejauh langit dan
 bumi”.


*Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yg memintal
benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya
maka Allah akan mencatatkan baginya ganjaran sama
seperti orang yang memberi makan kepadd seribu orang lapar dan
memberi pakaian kepada seribu orang yang tidak berpakaian.


*Sabda Nabi SAW “Apabila seseorang itu
mengandungkan janin daalm rahimnya, maka beristighfarlah
akan malaikat untuknya. Allah mencatitkan baginya
setiap hari seribu kebaikan dan menghapus baginya
seribu kejahatan “.


*Sabda Nabi SAW ” Ya Fatimah! Mana-mana wanita
meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong
misai dan mengerat kuku suaminya, Allah akan berikan
dia minum dari sungai-sungai dalam syurga serta
diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan
didapati kuburnya menjadi sebuah taman daripada
taman-taman syurga dan dicatatkan baginya kelepasan
dari api neraka dan selamat ia melintas titian sirat“.


*Ibnu Umar ra berkata, Sabda Nabi SAW ” Wanita yang
tinggal di rumah bersama anak-anaknya akan tinggal
bersama-sama aku dalam syurga.”


*Sabda Nabi SAW ” Apabila seorg wanita sakit untuk
bersalin maka Allah mencatat baginya pahala orang yang
berjihad pada jalan Allah ”


*Dari Ibnu Mas’ud, katanya nabi SAW bersabda:
“Tiap-tiap wanita yang menolong suaminya dalam urusan
agama maka Allah akan memasukkannya ke dalam syurga
lebih dahulu dari suaminya (500 thn) kerana dia
memuliakan suaminya di dunia maka mendapat pakaian dan
bau-bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan
menghadap Allah swt.

Tapi awas..di samping keistimewaan yang dikurniakan Allah, kita hendaklah sentiasa berwaspada..Jika direnung, belum cukup sempurna setiap yang dilakukan. Semua bagaikan satu permulaan sedangkan kita sudah menjangkau usia yang sudah agak matang..Menjadi impian dan cita-cita setiap perempuan untuk menjadi wanita solehah setelah bergelar isteri..Sebenarnya, ia harus bermula dari sekarang dalam mendidik diri ke arah yang didambakan..Tapi dapatkah kita mencium Al-jannah itu nanti? insyaAllah..



Tuesday, January 26, 2010

Gula-gula untuk abang..

"ahaa..betul!" itulah kata-kata yang terkeluar apabila wanie baca cerita yang dikarang oleh Sis Zabrina..nak tahu tentang apa? tentang kasih sayang..ehehe..eh ini bukan cerpen lagi tau..ini cerita betul..
Hmm..hari itu, oleh sebab ada hal yang tidak dapat dielakkan di tempat kerja, Pak Su ( bapa saudara) meminta tolong abah wanie menjemput anaknya, merangkap sepupu wanie di tadika, berdekatan dengan rumah saja..Fakhrie, selalu disebut juga di blog ini..memang comel selain petah berbicara..maka, abah wanie yang cuti pada hari itu pun pergi la menjemput anak saudaranya dari 'Tadika Iman' itu..Dalam perjalanan pulang, Fakhrie meminta abah wanie berhenti di sebuah kedai runcit 24 jam berdekatan dengan rumah kami. Abah wanie mengikut saja lah permintaan si cilik itu..Lagipun, sepupu wanie yang juga dipanggil 'ayie' ni memang mesra dengan abah wanie..alahai, tak boleh tengok kedai, mesti nak beli sesuatu..gula-gula, aiskrim, keropok, mainan pun pernah dibelinya di situ..ha2..Dia bertanya pada abah wanie boleh tak dia nak beli gula-gula yang dia suka tu..Abah wanie kata, ambil je yang berkenan, lepas tu pergi bayar..Tetapi, belum sempat sampai di kaunter pembayaran, dia bertanya lagi:
 "ayah su, boleh tak ayie nak beli gula-gula ni untuk abang long juga?"...
Abah wanie tersenyum dan mengangguk tanda  tidak menghampakan hati anak saudaranya, maka mereka ke kaunter pembayaran dengan beberapa gula-gula yang dipilih. Seketika pulang ke  rumah, abah menceritakan gelagat fakhrie yang sememangnya selalu membuatkan kami ketawa..sambil tergelak dengan keletah fakhrie, wanie terfikir sesuatu..


Anda juga terfikir sesuatu? Apa yang wanie nak cerita  di sini ialah, budak kecil 6 tahun boleh bertanyakan soalan itu dan berfikiran sebegitu..betapa dia mengingati abangnya di rumah..betapa dia mahu mengembirakan hati adik beradiknya yang menantinya di rumah..betapa dia tidak mahu mengecewakan perasaan adik beradiknya yang mungkin akan bertanyakan soalan seperti " ada gula-gula untuk abang tak?"  apabila melihat dia menikmati gula-gula itu...hmm, begitu lah kasih sayang antara keluarga perlu dipupuk dari kecil supaya mereka tahu kepentingan berkeluarga..bukan suatu benda yang besar pun kan, tapi ramai yang melupakannya.."eleh, setakat gula-gula boleh beli sendiri la.." huh, itu adalah kata-kata dari mereka yang tidak pandai menjaga hati dan perasaan adik-beradik dan ahli keluarga lain..bukan soal duit yang dikhuatirkan, tapi ikatan antara hati perlu diutamakan..bila besar nanti, insyaAllah, perasaan saling mengingati sebegini akan kekal..
hmm..teringat pula kata-kata dari watak winnie the pooh iaitu:
"A little consideration, a little thought for others, makes all the difference."

Tahukah anda salah satu cara untuk menjauhkan diri dari api neraka seterusnya mendekatkan kita dengan syurga kelak? Selain tidak mempersekutukan Allah, sembahyang 5 waktu dan membayar zakat, caranya ialah menguatkan/menggalakkan ikatan antara ahli keluarga. Tidak terujakah kita bila mendengar hadis Rasullullah ini? dengan memperteguhkan ikatan antara keluarga, menyenangkan hati mereka dan berbuat baik kepada mereka dapat menghindarkan diri kita dari api neraka..subhanAllah..

Jadi, ia mudah bukan? ya..nak seribu daya tak hendak seribu dalih..hm, berbuat baik pada adik beradik ni bukan hanya dengan membelikan barang berharga untuk mereka, kalau tinggal serumah tu, boleh juga tolong mengemaskan bilik mereka, tolong menyediakan sarapan, tolong mengajar mereka membuat kerja sekolah atau hadiahkan senyuman untuk mereka pun boleh..alah, tak rugi kan? dapat pahala gitu..yang berjauhan, janganlah malas-malas taip mesej dan telefon kakak, abang, adik tu ya untuk bertanya khabar..paling tidak pun, jangan lupa mendoakan mereka..kalau tak boleh buat semua, jangan tinggal semua..
oh ya, bila kita berbaik-baik dengan adik beradik, ibu bapa kita juga akan sejuk hati kan..waah..lagi banyak pahala kita dapat di samping kebahagiaan berkeluarga..apa lagi yang diminta selain kebahagiaan kan? jadi, cepat, telefon atau SMS mereka sekarang..

p/s: Love my kin..absolutely! :)

Saturday, January 23, 2010

maafkan aku dik..(bahagian terakhir)

...Sepertinya tulisan yang begitu cantik sekali..oh ya, kertasnya putih bersih..lantas, Mak Nab mencapainya.

' Mak, abang ngah dan usu, Assalamualaikum w.b.t.
mungkin bang long sudah tiada ketika kalian menatap surat ini..surat yang tidak sepertinya ini bang long tulis disebabkan sudah dekat benar rasanya diri ini...hmm, sebenarnya, bang long nak minta maaf dari hujung rambut sampai ke hujung kaki kerana tidak memberitahu mak tentang Cikgu Hassan. kenalan rapat ayah. sebenarnya setiap malam selepas bekerja, bang long akan ke rumah Cikgu Hassan untuk mendapatkan ilmu..ya, bang long belajar sedikit sebanyak dengan beliau tapi..duit sekolah yang disumbangkan beliau bang long simpan untuk adik-adik. Sebab itulah duit tabungan bang ngah dan usu bertambah..mak hairan dulu kan? tapi bang long cakap tauke restoran bagi duit lebih..maafkan bang long..sejak mengetahui penyakit yang bang long ada, anak Cikgu Hassan lah iaitu Doktor Irfan yang sudi merawat bang long..penyakit barah otak ini sudah lama dideritai..maafkan bang long mak..niat tidak mahu mendukacitakan hati mak langsung..tak nak bagi mak rasa sedih setelah ayah tiada. mak, jika bang long anak yang durhaka, ampunilah bang long..
Buat adik-adik, bukan abang long tidak mahu meneruskan pelajaran dan menjadi orang yang berjaya seperti kalian, cuma bang long terfikir apalah gunanya kekayaan, pangkat dan harta itu semua jika bang long tidak mampu membahagiakan ibu dan keluarga yang pernah bahagia dengan kelahiran kita, pernah gembira dengan telatah kita sewaktu kita kecil, pernah berkeringat semata anak-anak dapat makan pada hari itu, tetapi hendak pulang menjenguk sehari dua pun susah bagi kita yang sedang bahagia ini..semoga Allah ampunkan dosa kita..
jaga ibu baik-baik ya dik..dia ibu kita..ibu kita satu-satunya..maafkan abang jika tidak pernah berlaku seperti abang di waktu sebegini..maafkan aku, dik.
Wassalam"

                  Salam sayang dari abang long,
                                        - Iskandar Adnan-


Cerita tamat. hm..Apalah yang diingini oleh seorang ibu melainkan kebahagiaan anaknya..anak yang soleh adalah anak yang paling beruntung..doa anak yang soleh boleh sampai kepada ibu bapa yang sudah meninggal dunia..subhanallah..jika direnung, sudahkah kita berkorban seperti mana ibu bapa kita berkorban untuk kita? pengorbanan mereka tiada terbalas.hanya Al-Khaliq yang dapat membalasnya.. Ya Allah, ampunilah kedua ibu bapaku..


'mak redha dengan mu Is...' akhiri Mak Nab seraya menahan sebak..

Aquaria KLCC..what a trip!

Kalau ramai antara kawan-kawan memilih untuk bekerja 'part time' untuk mengisi masa terluang memandangkan jadual kuliah yang banyak ruang kosongnya..ye la, nak terperap di bilik pun kadang-kadang bosan juga kan..wanie lebih memilih untuk berjalan-jalan di sekitar Bandar Kuala Lumpur..walaupun KL ni orang kata terkenal dengan destinasi pelancongannya, tidak semua yang pernah dilawati..sebagai orang Malaysia, kena lah sokong kan..eh, jangan salah faham ya, bukan ke tempat yang tidak senonoh tu..hee..sekadar untuk melihat keindahan alam, dan mengambil peluang menambahkan ilmu pengetahuan..ala-ala mengembara gitu..kalau sebelum ini, wanie dan kawan melawat muzium negara sempena dengan pameran islam yang diadakan, semalam wanie dan 4 orang rakan baik iaitu miyau, ain, ainur dan ifa ke......
ke Aquaria KLCC...ehehe..seronok sangat di sana. Untuk masuk, kena bayar dulu..he..RM 20 selepas diskaun pelajar, jadi jangan lupa bawa ID pelajar ya!..apa lagi, jom kita tengok gambar...Aquaria in pictures...


Jom ikut arah ni..mirah mana? opps..cik 'photographer'..



Selepas mendapatkan tiket..kami disambut oleh.....piranha!! uh, yang kat tengah tu asyik tengok kami, perasan tak? eh?



Belangkas..haih..memang seperti belangkas..



Jangan terkejut tau, ini adalah anak ikan yu..wanie dapat pegang ni..eh, sentuh aje..wah2..



Ada sudut geleri rama-rama..semua cantik..i love butterflies!



eh, wanie kat mana ni? hee..ni kat jeti..gambar aje..tapi macam real..tu yang ambil gambar tu..teringin nak pergi pulau.. :p



Ni la antara yang paling 'best' dan mengujakan..seakan-akan berada di dalam lautan..wanie dan ifa ni berada di atas jalan bergerak atau 'escalator' gitu..jadi, bolehla pilih nak berjalan ke tak nak..oh ya, sebenarnya semua yang kita nampak melalui cermin aquarium ini saiznya 30% lebih kecil dari saiz yang sebenar..wah..jadinya, ikan-ikan tersebut lagi besar la kalau tak ada cermin kaca yang tebal tu..



Ada seorang 'instuctor' yang sangat baik hati telah membantu kami dalam menjelaskan serba sedikit tentang spesis yang kami nampak..besar ni..ikan yu..orang panggil ikan ni 'yu bodoh' aduii..nama..



haa..baru dapat bergambar bersama..terima kasih encik 'instructor' yang baik hati..banyak pula gambar yang beliau tolong ambilkan..peace semua..eh, aquaria girls dengan ikan pari gitu..



awas! sang jerung melintas..



Dari awal masuk ke sini wanie tercari-cari mana la ikan yang wanie suka ni..ikan apa? haa..ni la dia..ikan 'nemo..' ataupun disebut 'clown fish'...comelnya...hm..



Bahagian ni pula ialah seakan paparan skrin besar..sebenarnya memang aquarium besar! seronok tengok..



obor-obor...jellyfish..cantik!





ah, semua sudah penat nampaknya..ok lah..jom makan..lain kali kita rancang aktiviti yang lain pula ya..daa..

hmm..peluang melihat keindahan hidupan marin memang sangat mengujakan wanie..sebelum ini, hanya melihatnya melalui televisyen kan, tapi kali ini berpeluang melihat sendiri sang jerung berlegar-legar di tepi..lemah gemalainya si ikan pari, obor-obor yang begitu unik..subhanallah...betapa indahnya ciptaanMu..semuanya ada ciri dan kelainannya..
oleh sebab bukan cuti sekolah, maka keadaan di dalamnya tidaklah terlalu sesak dengan pengunjung..ada juga warga emas yang dibawa ahli keluarga untuk turut serta..bagus kan..hm..banyak gambar yang dirakam tapi, takkan nak upload semua kan..hee..itulah sedikit sebanyak catatan perjalanan ke Aquaria KLCC, what a trip!

Friday, January 22, 2010

maafkan aku dik..(bahagian 2)

Iskandar..!! ya Allah anakku..kenapa ni? Terkejut si ibu apabila melihat anak sulungnya menggelupur di lantai, memegang-megang kepalanya..’mak..sakitnya..Ya Allah ..’ apa yang harus dibuat oleh Mak Nab? Nak ditolongnya..macam mana? Hati masih terkejut dengan keadaan si Iskandar..lalu diletakkan kepala Iskandar di ribanya..’kenapa nak…’ sambil bercucuran air matanya, terkena pipi iskandar..diangkatnya mata seketika melihat wajah ibu, selepas itu..’innalillahiwainnailaihirajiun..’

Baru tadi bermesra dengan ibu..baru tadi senyuman terukir di wajah..Allah lebih sayangkan Iskandar..’ mak redha denganmu nak..’bisik hati kecil si ibu.

Sudah 3 bulan lebih pemergian Iskandar. Anak yang setia menemani ibu di rumah, anak yang sedia melepaskan kegembiraan hidup di alam remaja demi adik-adik, anak yang berbakti kepada keluarga, anak yang taat, yang soleh. Wajah Iskandar masih diingati ibu seperti sediakala..gelak tawa yang mereka kisahkan anak beranak tatkala sedang beristirehat masih terngiang-ngiang di telinga Mak Nab..lalu, untuk melepaskan rasa rindu pada Is, dia sering ke kamar arwah..membelek-belek pakaian lusuhnya, songkok dan tasbih kesukaan anaknya disimpan dengan rapi agar senang didakap jika rasa rindunya menjelma..ah, hati mana tidak terasa kehilangan tempat bermanja dan bergantung..Hari itu, selepas membaca Al-Quran yang diniatkan hadiah untuk arwah suami dan anak yang dikasihi, tiba-tiba Mak Nab teringat akan kata-kata Is sewaktu membantunya menanam benih sawi di belakang rumah..

'mak, ayah baikkan mak? Is teringin nak jumpa ayah..tak sabar rasanya..surat ayah masih Is baca dan simpan..’

Berdebar hati Mak Nab bila teringat kembali kata-kata itu..’surat ayah..?’ bila masanya suamiku menulis surat, dan jika ada, di mana Iskandar simpan..’ hati bagai melonjak-lonjak untuk mengetahui apakah sebenarnya yang dirahsiakan Iskandar sampai dia sendiri tidak mengetahuinya..rasa ingin tahu membawa dia kembali ke kamar arwah..almari yang sudah pudar catnya itu dibuka..secepat itu, dia terpana kepada sebuah kotak, agak sederhana besarnya..lalu dibuka perlahan-lahan.. ‘subhanallah..'ada gambarnya bersama suami tercinta..di bawahnya beberapa helai kertas bertulisan jawi dan rumi yang bercampur..untunglah, Mak Nab bukan seorang buta huruf..dibaca dan diejanya satu persatu dengan teliti..

“ anakku Iskandar..ayah berpesan kepadamu supaya jadilah anak yang sentiasa berpegang teguh kepada ajaran agama, berbaktilah kepada kedua ibu bapa dan keluarga, jangan sisihkan mereka jika kamu mendapat keuntungan..kuatkan semangat mu nak. Jika kau tidak beroleh apa yang kau hajati, bersabarlah..kerana Allah sentiasa memberikanmu yang terbaik yang kadangkala diri sendiri tidak terfikir..ayah tahu ayah tidaklah dapat membesarkan kamu adik beradik..tapi apa yang ayah nak titipkan di sini ialah ibumu adalah seorang wanita yang sangat cekal, solehah, tidak sikit pun pernah menarik muka masam kepada ayah..dia lah yang menjadi penyeri dan pengubat duka..ayah bahagia di sampingnya. Kini dia ibumu..taatlah kepadanya..jangan sakitinya..adik-adikmu yang masih kecil itu ajarlah mereka nilai-nilai yang baik..berilah pelajaran supaya tidak ketinggalan. Carilah kawan ayah yang bernama Hassan. Cikgu Hassan. InsyaAllah, Beliau boleh menolongmu. Janganlah kau abaikan pelajaranmu nak..pelajaran yang baik dapat mengubah nasib keluarga..jadilah orang yang berilmu..maafkan ayah ..sekian..ayah sayang kalian..”

Bercucuran air mata Mak Nab..suamiku begitu penyayang..Ya Allah cucurilah rahmat ke atas roh keduanya..belum sempat Mak Nab melayan perasaan apabila menatap potret mereka, sehelai kertas tiba-tiba terjatuh dari tangannya..ada sesuatu tertera..

p/s: tunggu sambungannya..last episode, insyaAllah..

Wednesday, January 20, 2010

maafkan aku dik..

Ada satu cerita. Cerita bermula di sebuah rumah yang usang, buruk dan tiada kelengkapan perabot nan mewah. Cukup untuk keselesaan tetamu duduk, lampu panjang yang dipasang menjelang malam hari, almari pakaian untuk menyimpan pakaian yang masih baru pemberian sanak saudara dan tetangga..yang ternyata jarang sekali dipakai pada hari-hari biasa dan untuk menyimpan dokumen penting keluarga. Oh ya, sebuah peti sejuk untuk menyimpan makanan yang sengaja dibahagi-bahagikan supaya dapat menikmatinya lagi keesokkan hari..Penghuninya bagaikan sudah mengetahui yang jarang sekali tetamu sudi bertandang ke rumah mereka. Ada la juga. Itupun ketika hari raya..si ibu, kuat kerjanya. Pagi-pagi sudah berpeluh, malam hari menganyam tikar mengkuang, pesanan orang di pekan. Si anak sulung sudah lama berhenti sekolah. Hendak membantu ibu katanya. Tiga orang anaknya yang lain jarang sekali kelihatan bermain bersama rakan-rakan mereka. Mana taknya, hari minggu perlu mengikuti si abang ke pekan mencuci pinggan mangkuk di restoran. Jauh juga. Tapi mereka turun seawal pagi untuk berjalan kaki menyusuri jalan raya bertar.Duit tambang ada. Tapi..
" hmm, kalau kita simpan duit tambang ni untuk makanan keluarga kita nanti lagi baik kan dik? kita jalan kaki ni pun akan menjadikan kita sihat..samalah macam orang-orang kaya yang berjogging pada waktu pagi tu.."
Adik-adiknya hanya mengangguk. Bersetuju dengan Abang Long. Setiap kali mereka hendak pergi berkerja pun selalu mendengar kata-kata seperti itu dari abang mereka. Si ayah? ayahnya sudah lama dijemput Tuhan Rabbulalamin..semenjak itu lah, mereka seperti kais pagi makan pagi kais petang makan petang..kalau tiada apa-apa untuk dimakan, mereka masih boleh mendapatkannya di belakang rumah..ya, mereka bercucuk tanam secara kecil-kecilan..pelbagai sayuran mereka ada. timun, kangkung, kubis, terung dan juga buah tembikai..subur pula tanaman di situ, sedangkan Mak Cik Senah iaitu jiran mereka cuba bercucuk tanam di situ asyik kurang menjadi sayur-sayurannya..hairan si ibu beranak satu itu bila melihat sayur-sayuran jirannya tumbuh subur..
Berkat rezeki yang diperoleh hasil jualan sayur, dan kerja-kerja lain, maka si ibu dapatlah membesarkan anak-anaknya sehingga mereka berjaya..berjaya menjawat jawatan tinggi dan bergaji besar..
'hebat sungguh anak-anak Mak Nab' .Itulah antara ungkapan orang-orang kampung bila bercerita tentang keluarga Mak Nab.Tetapi.. bukan semuanya berjaya..ada seorang yang masih bekerja di restoran yang sama..ya, si abang ,Iskandar. Raut wajahnya tenang sahaja apabila diejek oleh anak-anak kampung lain tentang 'status'nya yang jauh ketinggalan berbanding adik-adiknya yang lain..dia sedikit pun tidak marah mahupun menarik muka bila dirinya dilukai oleh adik-adiknya sendiri lantaran tidak dapat menghantar ibu mereka yang sakit-sakit di rumah.."tu la abang, nak hantar mak pergi jumpa doktor pun tak dapat..ye la, mana la nak dapat duit..setakat kerja mencuci pinggan di dapur..berapa sen sangat..lain kali bagitahu kami kalau tak cukup duit..kesian mak.asyik batuk je.' sinis kata-kata Amran,adik yang kedua.
Iskandar hanya melemparkan senyuman dan meminta maaf sambil berlalu pergi..dua tiga hari ini kepalanya selalu pening-pening, ah..penat kerja agaknya..
" Is, mak nak Is berehat kat rumah..mak tengok Is ni pucat je muka, penat sangat agaknya..tak apalah, kan abang ngah,abang cik dan usu ada kirimkan duit. cukup makan minum kita.." ,

"tapi mak sedih sangat tentang mereka tu..duit saja sampai tuannya jarang balik rumah, sudah ada kerja, masing-masing sibuk sampai nak jenguk mak pun tak ada masa. apatah lagi nak balik bersembang adik beradik, makan bersama, bermalam sehari dua.." rintih Mak Nab.

hmm..Iskandar bukan tidak tahu perasaan ibunya yang dikasihi itu..setiap hari pun ibunya akan mendail nombor telefon adik-adiknya..bukan tak dapat talian. Tapi talian sengaja diputuskan Mak Nab sendiri setiap kali hendak mendail nombor terakhir..takut mengganggu katanya.

'mak,mak..selalu fikirkan orang lain..perasaan sendiri langsung tidak difikirkannya..hati seorang ibu..' Iskandar bermonolog..Pernah juga hatinya berhasrat untuk meminta adik-adiknya pulang pada hujung minggu menjenguk ibu..tapi, baru hendak membuka mulut sudah berbakul -bakul perkataan tidak sedap didengari dilempar ke arahnya..'ah, abang long ni, mak tak apa-apa, dia pula yang suruh kita pulang..orang banyak kerja la..bukan macam sesetengah orang yang duduk kat rumah je tiada kerja..' kasihan si Iskandar..lain yang diniatkan, lain yang didapatnya.

Suatu hari..seperti biasa ibu kesayangannya akan memanggilnya bersarapan, ubi kayu rebus dan kopi panas..memang kegemaran Iskandar. Berkali-kali Iskandar menyatakan dia boleh bersarapan di tempat kerja dan tidak mahu menyusahkan ibunya melayannya setiap pagi..hm..ibunya sendiri senang hati menyediakannya untuk Iskandar..

Tapi hari itu istimewa sikit. Biasanya Mak Nab menyediakannya setelah selesai sembahyang sunat dhuha..tapi, pagi itu, hatinya beria hendak menjamu anak sulungnya sarapan..selepas selesai solat subuh terus dia ke dapur..kakinya yang lebam seiring usia mengatur langkahnya menuju ke dapur..Selepas semuanya terhidang, Mak Nab memanggil nama anak yang dikasihinya..secepat itu juga Iskandar sudah berada di depan ibunya. Tidak dibiarkan ibunya memanggilnya terlalu lama..pantas sekali menyahut panggilan ibunya. Berselera..kopi dihirup dan ubi rebus pula dicicah dengan gula membuatkan ibunya berasa gembira dengan anaknya..pandai dia menghiburkan hati si ibu dengan makanan yang disediakan..selepas menjamu selera bersama ibu, dia meminta izin masuk ke bilik menukar pakaian untuk ke tempat kerja.

hmm..lambat benar Iskandar keluar dari bilik..selalunya dia akan bergegas ke tempat kerja kerana dia sangat berdisiplin dan patuh dengan jadual kerjanya walaupun hanya menjadi pembantu di dapur sebuah restoran..hati tua si ibu ingin mengetahui apa sebenarnya yang dibuat oleh iskandar sampaikan dia melewatkan masa kerja..lantas diselaknya tirai pada daun pintu..Is...


p/s: cerita bersambung..tunggu..

Monday, January 18, 2010

SOLAT: di mana diri ku?

Salam ceria dan luar biasa..eh, macam stail Dr. HM Tuah la pula..hee..salam semuanya. apa khabar kalian yang menjenguk Bintang hati ini? adakah rasa sihat walafiat, gembira, bersemangat ataupun kurang ceria, keletihan dan resah akan sesuatu? eh, ada apa-apa yang tidak baik kah? walauapapun, semoga dilindungi Allah selalu..
Kadang-kadang rasa resah gelisah yang melanda diri, perasaan bimbangkan sesuatu dan tidak tentu arah ini adalah berpunca dari diri sendiri juga..ah, mana wanie tahu? hm..ye la, kita kan sesama manusia..manusia tidak lari dari pelbagai emosi yang terpaksa ditangani. kadang-kadang gembira, sedih, ceria balik dan masalah silih berganti..sudah namanya kehidupan..Tapi, kita jangan sesekali lupa yang kita boleh meminta pertolongan DIA pada bila-bila masa sahaja. kan kita ada DIA, Tuhan pencipta kita, pencipta alam, pencipta segalanya..kita wajib mentaatinya, mendekatinya..tapi..macam mana nak mendekati Allah? haa..melalui solat la..kan kita wajib berhubung dengan Allah 5 kali sehari..masa tu lah kita memohon ampun, mengagungkanNya, menceritakan semua masalah kita padaNya..tapi..kalau selalu jumpa 5 kali sehari tapi hati dan perangai tidak berubah , masih di takuk lama tu kenapa pula ya? kan selalu solat?
haa..inilah yang wanie nak berkongsi dengan anda semua tentang apa yang dikatakan peringkat solat..ia membolehkan kita mengukur sendiri sejauh mana solat kita saban hari.. setiap hari pun kita solat tapi adakah ia menepati sepertimana yang dikehendaki Allah..? sudah bersediakah anda untuk mengetahui peringkat-peringkatnya?jom..
Mengikut sumber buku yang dihasilkan oleh Muhammad Uqbah An Nafiq, Solat dikategorikan kepada beberapa tahap..
1) solat orang jahil.
eh, orang jahil? ya..ia dilakukan oleh orang yang tiada ilmu tentang solat. tak tahu rukun dan sunat serta dibuat tanpa peraturan yang telah ditetapkan syariat..

2) solat orang lalai.
Macam mana pula ni? solat yang sempurna zahirnya tapi hatinya tidak langsung hadir dalam solat..banyaknya benda teringat ketika solat..'pintu pagar belum dikunci pula..', ' baju belum dicuci,esok nak pakai yang mana ni.., 'alamak, terlupa nak pergi jumpa pensyarah..' dan macam-macam lagi..dari awal hingga akhir, hati sedikit pun tidak mengingati Allah..

3) solat orang yang separuh lalai separuh kusyuk.
Di dalamnya berlaku tarik menarik dengan syaitan. orang itu sentiasa sedar, bila syaitan mula melalaikannya dari mengingati Allah, cepat-cepat dikembalikan ingatannya kepada Allah..maksudnya, dari awal hingga akhir ada waktu khusyuk, ada yang lalai..

4) solat orang khusyuk.
Subhanallah, nikmatnya mendapat kekhusyukan ketika solat..ingatan hanya pada Allah SWT..mohon ampun, hina diri, agungkan Allah..semuanya kerana DIA..

5) solat nabi-nabi dan rasul.
Peringkat tertinggi. ia sangat luar biasa dan syurga yang akan Allah anugerahkan kepada golongan ini ialah syurga yang tertinggi yang tidak tercapai oleh orang-orang awam..solat mereka seakan-akan berbual-bual dengan Allah..subhanallah..
Solat adalah salah satu perkara yang dicintai Rasulullah..sabdanya:
            'solat adalah penyejuk mataku.'

Oleh itu para sahabat, di mana kah kategori kita? sempurnakah solat selama ini? adakah kita berusaha memperbaiki solat ini? Ia adalah perkara utama yang dibicarakan di akhirat kelak..jom kita sama-sama renung diri, cari jalan perbaiki diri, belajar bagaimana kita hendak menambah kekhusyukan dalam solat dan seterusnya mendapat kemanisan iman seperti yang didamba oleh setiap orang mukmin..masih belum terlambat kan?ya..jadi, apa tunggu lagi...jom

gambar: sumber internet

Sunday, January 17, 2010

Gambate PPC..

Hari ini tamat lah sudah Pertandingan Pertolongan Cemas Cabang UKM yang dijalankan selama dua hari bermula semalam..
Pada 16 Januari 2010 pertandingan untuk kategori kawad kaki dan balutan diadakan. Manakala hari ini kategori yang dipertandingkan ialah 'community base' dan 'mock case'..ia memerlukan semua kemahiran yang telah dipelajari sebelum ini. Contohnya ikatan tulang patah, bantuan pernafasan iaitu 'CPR', pengangkutan menggunakan 'stretcher' dan tidak terkecuali kemahiran berkomunikasi..hmm..apa lagi ya?macam-macam lagi lah..Begitu juga dengan kawad kaki semalam..walaupun berpanas terik, semangat berpasukan tetap wujud menyebabkan mereka begitu bersemangat. Perasaan gementar ketika hari pertandingan saling ditenangkan oleh ahli kumpulan. Semangat untuk berjaya juga ditingkatkan dengan sokongan para senior yang tidak jemu-jemu melatih mereka setiap malam agar dapat menggondol piala kejuaraan lagi. insyaAllah..
ah, perasaan sebegitu pernah muncul dalam diri wanie ketika diri sendiri menyertai PPC ketika di tahun 1 dahulu..memang berdebar dan takut..ye lah, kan mewakili kolej dan lebih-lebih lagi nak mengekalkan kejuaraan Kolej Ibrahim Yaakub..apabila melihat kembali gambar-gambar sewaktu berlatih bersama ahli kumpulan dan senior-senior, hati terasa sangat rindukan saat-saat seperti itu..

KENANGAN: gambar ni diambil selepas kami selesai pertandingan..yang mana satu wanie?hee..

Sebab itu lah, kami tidak jemu untuk turun ke medan kawad dan kalangkasar (tempat berlatih) hampir setiap malam semata-mata ingin memberikan sokongan..Semalam pertandingan bermula lebih kurang jam 8.30 pagi..semua peserta hebat-hebat belaka..begitu juga dengan Detechment E..caya lah! oleh sebab begitu asyik melihat gelagat dan persembahan mereka, wanie tidak banyak mengambil gambar..adalah sikit untuk kenangan, begitu juga untuk hari ini..perasaan berdebar menanti giliran detechment sendiri masuk ke dewan, menyebabkan kamera tersimpan di tangan saja..hee..

Suasana ketika pertandingan kawad kaki di Wisma Aman,ukm


Bersama sebahagian junior..atas: Hidayat,Sarah, Asyikin, Poo. Bawah: Mun'im, wanie ( nama sama)

hmm,keputusan belum diketahui..insyaAllah pada majlis makan malam induk cabang UKM nanti..


p/s: tema majlis makan malam BSMM untuk KIY ialah warna putih..hmm..elegant juga tuu..haih..

Pensel dan Krayon..

wah wah wah..Siapa minat melukis? pernah melukis? tak kira lah, menggunakan pensel warna ke, warna air ke, krayon ke, ataupun sekadar menggunakan pensel biasa..



'on my desk..'
hm, ataupun mungkin ada juga yang hanya minat melihat orang melukis..tapi kalau nak buat sendiri..lama juga perlu masa tu..hee..apa-apa je lah cik wanie..oh ya, bila berbicara tentang seni lukis, kadang-kadang lukisan yang hanya menggunakan kerja-kerja 'contengan' pada pandangan biasa, boleh diiktiraf dan jika hendak dijual, harganya boleh melambung tinggi..namanya pun seni..bergantung kepada orang yang melihat dan cara menghargainya..oleh sebab itu lah, tidak semua yang mengagumi lukisan yang kita kata cantik. oleh itu, jika anda melukis sesuatu dan ada yang mengatakan ianya 'tidak sedap mata memandang' atau dengan bahasa kasarnya 'hodoh','jelek', 'ntah apa-apa' atau seumpamanya itu, anda hanya perlu senyum kerana mesti ada seseorang yang cukup memandang tinggi hasil kreativiti anda. Tak percaya, cubalah!
Setelah sudah lama tidak menggunakan bakat (ada bakat ke) melukis, akhirnya tadi, junior wanie iaitu Azie, datang ke bilik untuk meminta pandangan dan idea berkenaan dengan tugasan yang perlu dilakukannya..hmm..wanie tidaklah pandai sangat melukis dan mewarna tu, tetapi minat ada la kan..semasa masih bersekolah, tempat kerja abah wanie selalu mengadakan 'Hari Keluarga' setiap tahun. Jadi, aktiviti mewarna sering diadakan. apa lagi, mesti masuk la pertandingan tu..hee..hadiah, alhamdulillah..selalu dapat..:)hmm..nak tengok apa yang dilukis tadi?


setelah dilukis, lukisan ini diwarnakan dengan krayon..


Ini kolaj 'si lady bird'

Nampaknya itulah aktiviti wanie pada malam ini..esok nak bangun awal untuk ke Pertandingan Pertolongan Cemas-13 (PPC-13) di Dewan Anuar Mahmud..cerita pasal PPC..tunggu...daa..
p/s: To my beloved juniors, good luck for the 'PPC'..this is your time, your show, your strength, your contribution..all the best..insyaAllah our college can be the champion, again.

Wednesday, January 13, 2010

Dalam tren..

Pengalaman berada di dalam komuter yang tersangat sesak membuatkan wanie rasa seperti 'tak nak naik komuter lagi'..haih..memang sangat terhimpit..beginilah rasanya ikan-ikan di dalam tin sardin 'ayam brands' tu..Tapi, nak tak nak, itu pengangkutan awam kan? Jadi, siapapun berhak menggunakannya asalkan mematuhi arahan dan paling penting bayar tambangnya. Eh, ada yang tidak bayar tambang ke? hm..who knows..kali ini, wanie hendak berkongsi cerita tentang perkara, tabiat, dan perangai pengguna komuter/LRT/monorel dan yang sepertinya..kenapa? bukan apa, apabila selalu sangat menggunakan kemudahan ini, apa kata kalau wanie menghargainya dengan menceritakan tentangnya melalui bintang hati.hm..jadi, apa yang selalu dapat diperhatikan sewaktu berada di dalam komuter?

1. Majoriti pengguna akan cepat berasa mengantuk ketika dalam perjalanan. Apa lagi, mereka ambil peluang tidur la kan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang mendapat tempat duduk. Tapi, jangan sampai terlepas destinasi pula ya..


2. Mereka yang mendapat tempat duduk pula, jarang sekali bertukar tempat duduk dengan orang lain yang berdiri. mungkin mereka kira, 'the seat is mine'..kadang-kadang cuba lah lihat juga keadaan di sekeliling kalau-kalau ada yang berdiri terlalu lama, yang terasa pening dan kurang sihat tu. Tak rugi kita memberikan tempat duduk kepada mereka yang memerlukan. Dapat pahala lagi ada. Betul tak?


3. Rakyat Malaysia sudah semakin bertolak ansur..betul? ya..sebahagian dari mereka terus bangun memberikan tempat duduk mereka kepada warga tua dan yang memerlukan begitu juga kepada kanak-kanak. Tetapi, jika diperhatikan, masih ada yang tidak mempedulikan kehadiran golongan yang memerlukan tempat duduk lebih dari mereka. Tak kesihankah kepada yang bertongkat itu?

4. hmm..kepada si ulat buku, mereka akan membaca untuk memenuhi masa perjalanan..tak kira buku pelajaran, majalah, novel mahupun akhbar..tetapi, ramai kawan wanie tidak dapat membaca bila berada di dalam komuter atau apa saja yang bergerak. pening kata mereka. hm, wanie pun akan berasa pening jika terlalu lama memberi tumpuan kepada pembacaan. Sekali sekala toleh la keadaan sekeliling dan pemandangan di luar komuter..

5. opps..yang ini memang tidak boleh dikurangkan kot..aktiviti bersembang. Lebih-lebih lagi bila membicarakan isu yang menarik kedua-dua pihak.haih..boleh saja nak bercakap. Tapi, jangan terlalu kuat sampaikan mengganggu orang lain ya..

6.  Ada peristiwa yang diceritakan kawan wanie tentang kejadian penumpang lelaki yang cuba meraba..al maklumlah keadaan yang sesak, macam-macam boleh berlaku..kalau ada tangan-tangan yang 'gatal' macam tu, cubit saja kuat-kuat tangannya..huh

7. Wanie pernah menyaksikan sendiri seorang perempuan yang tiba-tiba menjerit mengatakan barang dia diambil orang sewaktu keluar dari komuter..mujurlah pegawai keselamatan ada di situ dan mereka menyelesaikan kes tersebut. hm..peluang mencuri boleh berlaku di mana-mana sahaja..semoga kita sentiasa dilindungiNya dan dijauhkan benda-benda yang tidak elok itu..insyaAllah

8. Boleh mendapat kenalan baru. bila berada dekat dengan mereka yang peramah membuatkan kita pun mendapat kenalan baru. Makcik yang anak-anaknya semuanya berjaya, kakak yang suaminya berasal dari kelantan, amoi yang baru pertama kali hendak ke The Mines, 'business girl' dari UPM, pakcik yang pernah menjadi antara pelajar terawal di UM..dan ramai lagi..

Satu pengalaman yang wanie masih ingat ialah pada Bulan Ramadhan..keadaan dalam tren tidaklah terlalu sesak tetapi wanie memang perlu berdiri kerana ketiadaan seat. tiba-tiba terasa berpeluh dan kesejukan. Tangan jadi pucat..pada mulanya wanie tahan berdiri sambil berpegang pada tiang. Tetapi selepas itu, semua orang wanie tengok putih je..memang tidak tahan, wanie terduduk. terduduk di sebelah kakak tu ( tak kenal siapa). Alhamdulillah kawan baik, Ain faham keadaan itu..semua orang sekeliling tidak tahu kenapa wanie tiba-tiba duduk..selepas itu, kondisi badan ok seperti biasa..
hmm..
p/s: kalau ketiadaan pendingin hawa (air cond) di dalam komuter sewaktu keadaan sesak dengan penumpang lagi penat dan..uh, cuba bayangkan sendiri..
wanie pernah berhadapan dengan situasi sebegitu..hu

Tuesday, January 12, 2010

SUSHI,please..

Sudah beberapa hari wanie tidak memasukkan entri baru @Bintang hati ini..hmm..ye la, masa begitu padat sekali dengan pelbagai aktiviti, termasuklah meninjau latihan PPC di kolej..hm..tetapi masih sempat juga wanie berjalan-jalan pada cuti minggu lepas..Memandangkan kuliah tidaklah banyak dan padat, jadi apa lagi, wanie ambil lah peluang sebegini untuk bersiar-siar..ha2..Antara yang tidak boleh lupa ialah apabila dipaksa makan sushi!..ooh..sushi itu..sebenarnya, wanie kurang gemar  makanan jepun itu, tetapi apa nak buat, orang suruh makan, jadi kita cubalah kan..dalam keluarga wanie pun, Faisal je kot dapat makan..haih..Usahkan sushi, 'yong tau fu' yang menjadi kegemaran orang ramai tu pun susah untuk wanie mencubanya..hu
Tapi kali ni, wanie dan kawan menikmati sushi di Sushi King..wanie pernah terfikir, macam mana lah mereka dapat makan makanan itu..rasanya tidaklah memberangsangkan..ditambah pula dengan rasa ikan, sotong dan udang mentah..hu..tapi bila wani cuba rasa jenis sushi yang di 'recommend' kan, iaitu 'egg mayo' (encik, betul ke ada nama ini?hee..)hmm..sedap juga benda alah ni..tapi, yang tu je kot yang boleh wanie makan..sedap juga ya!

haa..ni la 'egg mayo' tu..sedap..


ni paling wanie suka..ala..rasa ketam saja..mesti wanie boleh makan..ha2..

haa..kalau yang ni..minta maaf ya..sila habiskan..hee


huh..akhirnya..itu je yang dimakan..hee

Orang kata, belum cuba belum tahu..tak kenal maka tak cinta..eh?
Mungkin selepas ini, wanie dah boleh makan sushi walaupun separuh saja kan..tahniah..hee


p/s: nak buat sushi sendiri la..hmm..jom cari resepi..

Thursday, January 7, 2010

BOSAN? singkirkan..

Wanie baru sahaja balik dari meninjau aktiviti PPC untuk malam ini. Alhamdulillah..ada peningkatan dalam kawad kaki dan pengangkutan 'stretcher'..harap dapat kekal dan tingkatkan keseragaman dan teknik..

hm..mata belum hendak lelap, dari tadi asyik menguap tetapi masih belum lena..hm, baca buku jadi semakin segar la pula..haih.hm, tak apalah..baik wanie taip sesuatu untuk blog Bintang hati (bermonolog)..

oh ya, tadi wanie baru baca tentang kebosanan. Bosan? ya, anda pernah berasa bosan? mundar mandir dan terfikir-fikir untuk membuat sesuatu? selalu merungut asyik makan makanan yang sama?

haa..jangan risau..manusia memang seperti itu..jiwa kita memang diselitkan dengan kebosanan..Allah yang menciptakan kita, jadi sudah tentu DIA tahu apa yang ada dalam jiwa kita. Oleh sebab itulah, Allah memutar zaman dan tempat bagi manusia, memberikan pelbagai bentuk makanan, minuman dan menciptakan makhluk beraneka ragam dan menciptakan pasangan..supaya kita selalu dapat memikirkan kebesaranNya..Subhanallah..

Cuba kita berfikir sejenak, dalam ibadat pun ada pelbagai posisi dan amalan kan? contohnya seperti qabliyyah  ( yang berkaitan dengan hati), amaliyyah (yang berkaitan dengan amalan), maliyyah(yang berkaitan dengan harta), ruku', sujud (perbuatan dalam solat) dan lain-lain..oleh itu, sesiapa yang inginkan kepuasan, produktiviti dan motivasi, hendaklah mempelbagaikan cara contohnya dalam pekerjaan, membaca buku pelbagai jenis, menentukan masa untuk pelbagai aktiviti seperti beriadah, menerima tetamu, mencari ketenangan dan menziarahi. Ketika membaca contohnya, perlu pelbagaikan bacaannya..haa..bagi yang suka membaca halaman hiburan sahaja pada akhbar tu, cuba-cuba lah juga membaca halaman artikel dan rencana pula ya..hee..oh ya, kalau yang suka jalan-jalan di pusat membeli belah tu, apa kata anda berjalan-jalan pula ke taman ke, ke perpustakaan ke ataupun ke muzium..opps..

Dengan ini, jiwa akan selalu berasa segar dan ceria kerana kita selalu menggunakan nikmat yang Allah beri dan anugerahkan di dunia ini kepada kita..wanie pernah terbaca satu kata-kata dari seorang ilmuan iaitu jangan biarkan diri kita tidak membuat apa-apa, paling sedikit pun, 'berfikir'lah..kerana ia juga dikira sedang membuat sesuatu. Berfikir tentang kebesaran Allah menjadikan kita selalu mengingatiNya sekali gus dapat menghilangkan kebosanan..

P/s: hmm..ada yang terasa bosan? selalulah jenguk-jenguk blog wanie juga..insyaAllah..anda tidak bosan..peace..:)

Tuesday, January 5, 2010

SEUNTAI KATA UNTUK DIRASA..



Berikan sepenuh kasih sayang kepada kedua ibu bapa,
kerana mereka adalah pemegang tali penghubung nyawa ketika kita meningkat dewasa
kasih mereka terhadap anak adalah kasih dari titisan air mata dan titik peluh yang tidak mungkin terbalas.



Kasihi keluargamu
kerana mereka adalah insan yang paling rapat dalam hidupmu
dan tak mungkin dapat dipisahkan dengan apa jua pun
bagai dicincang air yang tidak akan putus.





Berpegung teguh pada keimanan yang kamu tanamkan
ibarat pokok yang tidak berganjak dipukul ribut
kerana itu adalah satu-satunya keselamatan di dunia
dan di akhirat.


Semoga Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang
mencucuri kasih dan sayang kepada hamba-Nya
yang khusyu' dalam menyintai-Nya..


p/s: perbaharui iman dengan sentiasa bercakap tentang kebesaran Allah..:)

Saturday, January 2, 2010

Pencinta Sejarah..



Pencinta sejarah. Itulah perkataan yang boleh menggambarkan diri kami semalam. ah, bukan semalam sahaja, memang wanie sukakan sejarah sejak di bangku sekolah lagi, siap jadi Guru Muda Sejarah lagi sewaktu di tingkatan 5..Tapi, kenapa wanie berkata sedemikian? hee..sebenarnya, sempena dengan cuti tahun baru semalam, wanie bersama rakan baik iaitu ifa mengunjungi Muzium Negara yang terletak di Jalan Damansara. ala..hanya 0.5 KM sahaja kalau berjalan kaki dari KL sentral..hm..apapun, apa kata kalau wanie ceritakan perjalanan berilmu ini dengan beberapa gambar-gambar yang telah kami ambil..jom, scroll down..


Senang saja berjalan kaki ke muzium tersebut kerana laluan pejalan kaki telah disediakan..ikut saja papan tanda sebegini di setiap cabang..


ifa di atas jambatan..ehehe..


seronok berjalan sekitar KL..


eh, itupun bangunan yang dicari..Muzium Negara..selalu nampak dari jauh saja..


pintu masuk..


tiket..kalau pelajar sekolah pakai uniform, percuma saja..(ada lagi tak uniform sekolah wanie dulu? hee..) apa lagi, jom masuk..


Pada mulanya wanie leka dengan penceritaan Melaka melalui seni 3D yang ditunjukkan di layar..menarik sekali..Gambar di atas pula menunjukkan pengislaman Raja Melaka oleh Sayid Abdul Aziz..ada suara dwibahasa yang memperihalkan setiap replika patung di situ. Semuanya nampak 'real' saja..


Ini adalah Al-Quran tulisan tangan dahulu kala..usianya ratusan tahun


Koleksi Masyarakat Cina beratus tahun dahulu..ei eh, kasut manik..cantik..ifa, berkenan ke?


Mural Hang Tuah..'takkan Melayu hilang di dunia..'


Kota lama..begitu unik sekali..seolah-olah kita memang berada di zaman lampau..


Alfonso de albuquerque..?


kita ke zaman jepun pula..inilah basikal yang digunakan oleh tenteta jepun..


wanie teringin nak naik beca ni..beca ke? tapi yang pasti, ia digunakan untuk membawa orang-orang besar, ia menggunakan tenaga manusia..pernah tengok di dalam cerita-cerita P.Ramlee..


Pandangan dari atas..semua bahan sejarah di bawah adalah sempena dengan pameran islam yang mana mempamerkan pelbagai koleksi bertemakan islam dari seluruh Malaysia seperti A-Quran tulisan tangan yang sangat besar, batu bersurat, replika Masjid Kampung Laut dan lain-lain..


ifa di tepi sebuah mimbar masjid yang berusia ratusan tahun yang dibawa dari Kelantan.


ok lah, satu muzium sudah dilawati..masa masih awal..jom kita ke Taman Tasik Perdana..


Pintu masuk Taman Tasik Perdana jika melalui terowong..


pemandangan dari taman..boleh nampak bangunan KL sentral..yang tinggi tu Hotel Hilton..


itik-itik di sini semua besar-besar..putih..cantik..hmm..yang mana jantan yang mana betina?hmm..


ok lah, sudah penat dan perut pula minta diisi..hee..kami hendak pulang dulu..

hmm, begitulah perjalanan petang semalam..bagi wanie, ianya sungguh menyeronokkan dan betul-betul mengisi masa lapang..kaki sakit, tapi ilmu yang kita dapat menjadi ubatnya..kalau dulu, wanie hanya dapat melihat artifak-artifak dan mural tersebut dalam buku teks sejarah saja, tapi, semalam wanie berpeluang melihatnya di depan mata sepert bagaimana masyarakat zaman primitif contohnya keadaan di Gua Cha Kelantan suatu ketika dahulu yang digambarkan dengan patung-patung dan 3D juga, zaman kolonial yang mempamerkan kubu-kubu dan peristiwa perang yang berlaku..dan zaman kemerdekaan yang dihiasi dengan audio kemerdekaan negara..Satu perkara lagi, wanie seronok apabila melihat ibubapa yang membawa anak-anak mereka berkunjung ke tempat sebegini. Ada antaranya, mereka menerangkan setiap apa yang dilihat kepada anak-anak mereka..asyiknya..Sebenarnya, masih banyak gambar yang diambil, tetapi, mungkin lain kali akan di'upload'kan mengikut kesesuaian..harap pengunjung @Bintang Hati berpuas hati juga..


p/s: Terima kasih kepada Pak Cik dalam komuter kerana ternampak duit wanie yang terjatuh dan terus memberitahu wanie..alhamdulillah..

Doa buat ibu bapa yang dikasihi

Doa buat ibu bapa yang dikasihi
Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers Create your own banner at mybannermaker.com!
Daisypath Friendship tickers