sayyidul istighfar



Wednesday, January 13, 2010

Dalam tren..

Pengalaman berada di dalam komuter yang tersangat sesak membuatkan wanie rasa seperti 'tak nak naik komuter lagi'..haih..memang sangat terhimpit..beginilah rasanya ikan-ikan di dalam tin sardin 'ayam brands' tu..Tapi, nak tak nak, itu pengangkutan awam kan? Jadi, siapapun berhak menggunakannya asalkan mematuhi arahan dan paling penting bayar tambangnya. Eh, ada yang tidak bayar tambang ke? hm..who knows..kali ini, wanie hendak berkongsi cerita tentang perkara, tabiat, dan perangai pengguna komuter/LRT/monorel dan yang sepertinya..kenapa? bukan apa, apabila selalu sangat menggunakan kemudahan ini, apa kata kalau wanie menghargainya dengan menceritakan tentangnya melalui bintang hati.hm..jadi, apa yang selalu dapat diperhatikan sewaktu berada di dalam komuter?

1. Majoriti pengguna akan cepat berasa mengantuk ketika dalam perjalanan. Apa lagi, mereka ambil peluang tidur la kan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang mendapat tempat duduk. Tapi, jangan sampai terlepas destinasi pula ya..


2. Mereka yang mendapat tempat duduk pula, jarang sekali bertukar tempat duduk dengan orang lain yang berdiri. mungkin mereka kira, 'the seat is mine'..kadang-kadang cuba lah lihat juga keadaan di sekeliling kalau-kalau ada yang berdiri terlalu lama, yang terasa pening dan kurang sihat tu. Tak rugi kita memberikan tempat duduk kepada mereka yang memerlukan. Dapat pahala lagi ada. Betul tak?


3. Rakyat Malaysia sudah semakin bertolak ansur..betul? ya..sebahagian dari mereka terus bangun memberikan tempat duduk mereka kepada warga tua dan yang memerlukan begitu juga kepada kanak-kanak. Tetapi, jika diperhatikan, masih ada yang tidak mempedulikan kehadiran golongan yang memerlukan tempat duduk lebih dari mereka. Tak kesihankah kepada yang bertongkat itu?

4. hmm..kepada si ulat buku, mereka akan membaca untuk memenuhi masa perjalanan..tak kira buku pelajaran, majalah, novel mahupun akhbar..tetapi, ramai kawan wanie tidak dapat membaca bila berada di dalam komuter atau apa saja yang bergerak. pening kata mereka. hm, wanie pun akan berasa pening jika terlalu lama memberi tumpuan kepada pembacaan. Sekali sekala toleh la keadaan sekeliling dan pemandangan di luar komuter..

5. opps..yang ini memang tidak boleh dikurangkan kot..aktiviti bersembang. Lebih-lebih lagi bila membicarakan isu yang menarik kedua-dua pihak.haih..boleh saja nak bercakap. Tapi, jangan terlalu kuat sampaikan mengganggu orang lain ya..

6.  Ada peristiwa yang diceritakan kawan wanie tentang kejadian penumpang lelaki yang cuba meraba..al maklumlah keadaan yang sesak, macam-macam boleh berlaku..kalau ada tangan-tangan yang 'gatal' macam tu, cubit saja kuat-kuat tangannya..huh

7. Wanie pernah menyaksikan sendiri seorang perempuan yang tiba-tiba menjerit mengatakan barang dia diambil orang sewaktu keluar dari komuter..mujurlah pegawai keselamatan ada di situ dan mereka menyelesaikan kes tersebut. hm..peluang mencuri boleh berlaku di mana-mana sahaja..semoga kita sentiasa dilindungiNya dan dijauhkan benda-benda yang tidak elok itu..insyaAllah

8. Boleh mendapat kenalan baru. bila berada dekat dengan mereka yang peramah membuatkan kita pun mendapat kenalan baru. Makcik yang anak-anaknya semuanya berjaya, kakak yang suaminya berasal dari kelantan, amoi yang baru pertama kali hendak ke The Mines, 'business girl' dari UPM, pakcik yang pernah menjadi antara pelajar terawal di UM..dan ramai lagi..

Satu pengalaman yang wanie masih ingat ialah pada Bulan Ramadhan..keadaan dalam tren tidaklah terlalu sesak tetapi wanie memang perlu berdiri kerana ketiadaan seat. tiba-tiba terasa berpeluh dan kesejukan. Tangan jadi pucat..pada mulanya wanie tahan berdiri sambil berpegang pada tiang. Tetapi selepas itu, semua orang wanie tengok putih je..memang tidak tahan, wanie terduduk. terduduk di sebelah kakak tu ( tak kenal siapa). Alhamdulillah kawan baik, Ain faham keadaan itu..semua orang sekeliling tidak tahu kenapa wanie tiba-tiba duduk..selepas itu, kondisi badan ok seperti biasa..
hmm..
p/s: kalau ketiadaan pendingin hawa (air cond) di dalam komuter sewaktu keadaan sesak dengan penumpang lagi penat dan..uh, cuba bayangkan sendiri..
wanie pernah berhadapan dengan situasi sebegitu..hu

0 comments:

Post a Comment

Doa buat ibu bapa yang dikasihi

Doa buat ibu bapa yang dikasihi
Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers Create your own banner at mybannermaker.com!
Daisypath Friendship tickers