Salam ceria dan luar biasa..eh, macam stail Dr. HM Tuah la pula..hee..salam semuanya. apa khabar kalian yang menjenguk Bintang hati ini? adakah rasa sihat walafiat, gembira, bersemangat ataupun kurang ceria, keletihan dan resah akan sesuatu? eh, ada apa-apa yang tidak baik kah? walauapapun, semoga dilindungi Allah selalu..
Kadang-kadang rasa resah gelisah yang melanda diri, perasaan bimbangkan sesuatu dan tidak tentu arah ini adalah berpunca dari diri sendiri juga..ah, mana wanie tahu? hm..ye la, kita kan sesama manusia..manusia tidak lari dari pelbagai emosi yang terpaksa ditangani. kadang-kadang gembira, sedih, ceria balik dan masalah silih berganti..sudah namanya kehidupan..Tapi, kita jangan sesekali lupa yang kita boleh meminta pertolongan DIA pada bila-bila masa sahaja. kan kita ada DIA, Tuhan pencipta kita, pencipta alam, pencipta segalanya..kita wajib mentaatinya, mendekatinya..tapi..macam mana nak mendekati Allah? haa..melalui solat la..kan kita wajib berhubung dengan Allah 5 kali sehari..masa tu lah kita memohon ampun, mengagungkanNya, menceritakan semua masalah kita padaNya..tapi..kalau selalu jumpa 5 kali sehari tapi hati dan perangai tidak berubah , masih di takuk lama tu kenapa pula ya? kan selalu solat?
haa..inilah yang wanie nak berkongsi dengan anda semua tentang apa yang dikatakan peringkat solat..ia membolehkan kita mengukur sendiri sejauh mana solat kita saban hari.. setiap hari pun kita solat tapi adakah ia menepati sepertimana yang dikehendaki Allah..? sudah bersediakah anda untuk mengetahui peringkat-peringkatnya?jom..
Mengikut sumber buku yang dihasilkan oleh Muhammad Uqbah An Nafiq, Solat dikategorikan kepada beberapa tahap..1) solat orang jahil.
eh, orang jahil? ya..ia dilakukan oleh orang yang tiada ilmu tentang solat. tak tahu rukun dan sunat serta dibuat tanpa peraturan yang telah ditetapkan syariat..
2) solat orang lalai.
Macam mana pula ni? solat yang sempurna zahirnya tapi hatinya tidak langsung hadir dalam solat..banyaknya benda teringat ketika solat..'pintu pagar belum dikunci pula..', ' baju belum dicuci,esok nak pakai yang mana ni.., 'alamak, terlupa nak pergi jumpa pensyarah..' dan macam-macam lagi..dari awal hingga akhir, hati sedikit pun tidak mengingati Allah..
3) solat orang yang separuh lalai separuh kusyuk.
Di dalamnya berlaku tarik menarik dengan syaitan. orang itu sentiasa sedar, bila syaitan mula melalaikannya dari mengingati Allah, cepat-cepat dikembalikan ingatannya kepada Allah..maksudnya, dari awal hingga akhir ada waktu khusyuk, ada yang lalai..
4) solat orang khusyuk.
Subhanallah, nikmatnya mendapat kekhusyukan ketika solat..ingatan hanya pada Allah SWT..mohon ampun, hina diri, agungkan Allah..semuanya kerana DIA..
5) solat nabi-nabi dan rasul.
Peringkat tertinggi. ia sangat luar biasa dan syurga yang akan Allah anugerahkan kepada golongan ini ialah syurga yang tertinggi yang tidak tercapai oleh orang-orang awam..solat mereka seakan-akan berbual-bual dengan Allah..subhanallah..
Solat adalah salah satu perkara yang dicintai Rasulullah..sabdanya:
'solat adalah penyejuk mataku.'
Oleh itu para sahabat, di mana kah kategori kita? sempurnakah solat selama ini? adakah kita berusaha memperbaiki solat ini? Ia adalah perkara utama yang dibicarakan di akhirat kelak..jom kita sama-sama renung diri, cari jalan perbaiki diri, belajar bagaimana kita hendak menambah kekhusyukan dalam solat dan seterusnya mendapat kemanisan iman seperti yang didamba oleh setiap orang mukmin..masih belum terlambat kan?ya..jadi, apa tunggu lagi...jom
gambar: sumber internet
0 comments:
Post a Comment