sayyidul istighfar



Sunday, January 17, 2010

Pensel dan Krayon..

wah wah wah..Siapa minat melukis? pernah melukis? tak kira lah, menggunakan pensel warna ke, warna air ke, krayon ke, ataupun sekadar menggunakan pensel biasa..



'on my desk..'
hm, ataupun mungkin ada juga yang hanya minat melihat orang melukis..tapi kalau nak buat sendiri..lama juga perlu masa tu..hee..apa-apa je lah cik wanie..oh ya, bila berbicara tentang seni lukis, kadang-kadang lukisan yang hanya menggunakan kerja-kerja 'contengan' pada pandangan biasa, boleh diiktiraf dan jika hendak dijual, harganya boleh melambung tinggi..namanya pun seni..bergantung kepada orang yang melihat dan cara menghargainya..oleh sebab itu lah, tidak semua yang mengagumi lukisan yang kita kata cantik. oleh itu, jika anda melukis sesuatu dan ada yang mengatakan ianya 'tidak sedap mata memandang' atau dengan bahasa kasarnya 'hodoh','jelek', 'ntah apa-apa' atau seumpamanya itu, anda hanya perlu senyum kerana mesti ada seseorang yang cukup memandang tinggi hasil kreativiti anda. Tak percaya, cubalah!
Setelah sudah lama tidak menggunakan bakat (ada bakat ke) melukis, akhirnya tadi, junior wanie iaitu Azie, datang ke bilik untuk meminta pandangan dan idea berkenaan dengan tugasan yang perlu dilakukannya..hmm..wanie tidaklah pandai sangat melukis dan mewarna tu, tetapi minat ada la kan..semasa masih bersekolah, tempat kerja abah wanie selalu mengadakan 'Hari Keluarga' setiap tahun. Jadi, aktiviti mewarna sering diadakan. apa lagi, mesti masuk la pertandingan tu..hee..hadiah, alhamdulillah..selalu dapat..:)hmm..nak tengok apa yang dilukis tadi?


setelah dilukis, lukisan ini diwarnakan dengan krayon..


Ini kolaj 'si lady bird'

Nampaknya itulah aktiviti wanie pada malam ini..esok nak bangun awal untuk ke Pertandingan Pertolongan Cemas-13 (PPC-13) di Dewan Anuar Mahmud..cerita pasal PPC..tunggu...daa..
p/s: To my beloved juniors, good luck for the 'PPC'..this is your time, your show, your strength, your contribution..all the best..insyaAllah our college can be the champion, again.

2 comments:

Badio Sulaiman said...

Hmm, tahniah!! selama sy pg fieldwork, xprnh lg jmpa spesies burung mcm tu, siap ada warna pink, dan xprnh jmpa ladybird sebesar daun.. :)

Nur Hazwani Binti Pauzi said...

ha3..hm terima kasih!..lukisan tu cuba ikut imaginasi kanak2 la..burung ada la warna pink..burung raja udang..hm,ladybird kn spesis yg cute..tu daun kecik yang muda..haih..

Post a Comment

Doa buat ibu bapa yang dikasihi

Doa buat ibu bapa yang dikasihi
Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers Create your own banner at mybannermaker.com!
Daisypath Friendship tickers