sayyidul istighfar



Saturday, January 2, 2010

Pencinta Sejarah..



Pencinta sejarah. Itulah perkataan yang boleh menggambarkan diri kami semalam. ah, bukan semalam sahaja, memang wanie sukakan sejarah sejak di bangku sekolah lagi, siap jadi Guru Muda Sejarah lagi sewaktu di tingkatan 5..Tapi, kenapa wanie berkata sedemikian? hee..sebenarnya, sempena dengan cuti tahun baru semalam, wanie bersama rakan baik iaitu ifa mengunjungi Muzium Negara yang terletak di Jalan Damansara. ala..hanya 0.5 KM sahaja kalau berjalan kaki dari KL sentral..hm..apapun, apa kata kalau wanie ceritakan perjalanan berilmu ini dengan beberapa gambar-gambar yang telah kami ambil..jom, scroll down..


Senang saja berjalan kaki ke muzium tersebut kerana laluan pejalan kaki telah disediakan..ikut saja papan tanda sebegini di setiap cabang..


ifa di atas jambatan..ehehe..


seronok berjalan sekitar KL..


eh, itupun bangunan yang dicari..Muzium Negara..selalu nampak dari jauh saja..


pintu masuk..


tiket..kalau pelajar sekolah pakai uniform, percuma saja..(ada lagi tak uniform sekolah wanie dulu? hee..) apa lagi, jom masuk..


Pada mulanya wanie leka dengan penceritaan Melaka melalui seni 3D yang ditunjukkan di layar..menarik sekali..Gambar di atas pula menunjukkan pengislaman Raja Melaka oleh Sayid Abdul Aziz..ada suara dwibahasa yang memperihalkan setiap replika patung di situ. Semuanya nampak 'real' saja..


Ini adalah Al-Quran tulisan tangan dahulu kala..usianya ratusan tahun


Koleksi Masyarakat Cina beratus tahun dahulu..ei eh, kasut manik..cantik..ifa, berkenan ke?


Mural Hang Tuah..'takkan Melayu hilang di dunia..'


Kota lama..begitu unik sekali..seolah-olah kita memang berada di zaman lampau..


Alfonso de albuquerque..?


kita ke zaman jepun pula..inilah basikal yang digunakan oleh tenteta jepun..


wanie teringin nak naik beca ni..beca ke? tapi yang pasti, ia digunakan untuk membawa orang-orang besar, ia menggunakan tenaga manusia..pernah tengok di dalam cerita-cerita P.Ramlee..


Pandangan dari atas..semua bahan sejarah di bawah adalah sempena dengan pameran islam yang mana mempamerkan pelbagai koleksi bertemakan islam dari seluruh Malaysia seperti A-Quran tulisan tangan yang sangat besar, batu bersurat, replika Masjid Kampung Laut dan lain-lain..


ifa di tepi sebuah mimbar masjid yang berusia ratusan tahun yang dibawa dari Kelantan.


ok lah, satu muzium sudah dilawati..masa masih awal..jom kita ke Taman Tasik Perdana..


Pintu masuk Taman Tasik Perdana jika melalui terowong..


pemandangan dari taman..boleh nampak bangunan KL sentral..yang tinggi tu Hotel Hilton..


itik-itik di sini semua besar-besar..putih..cantik..hmm..yang mana jantan yang mana betina?hmm..


ok lah, sudah penat dan perut pula minta diisi..hee..kami hendak pulang dulu..

hmm, begitulah perjalanan petang semalam..bagi wanie, ianya sungguh menyeronokkan dan betul-betul mengisi masa lapang..kaki sakit, tapi ilmu yang kita dapat menjadi ubatnya..kalau dulu, wanie hanya dapat melihat artifak-artifak dan mural tersebut dalam buku teks sejarah saja, tapi, semalam wanie berpeluang melihatnya di depan mata sepert bagaimana masyarakat zaman primitif contohnya keadaan di Gua Cha Kelantan suatu ketika dahulu yang digambarkan dengan patung-patung dan 3D juga, zaman kolonial yang mempamerkan kubu-kubu dan peristiwa perang yang berlaku..dan zaman kemerdekaan yang dihiasi dengan audio kemerdekaan negara..Satu perkara lagi, wanie seronok apabila melihat ibubapa yang membawa anak-anak mereka berkunjung ke tempat sebegini. Ada antaranya, mereka menerangkan setiap apa yang dilihat kepada anak-anak mereka..asyiknya..Sebenarnya, masih banyak gambar yang diambil, tetapi, mungkin lain kali akan di'upload'kan mengikut kesesuaian..harap pengunjung @Bintang Hati berpuas hati juga..


p/s: Terima kasih kepada Pak Cik dalam komuter kerana ternampak duit wanie yang terjatuh dan terus memberitahu wanie..alhamdulillah..

11 comments:

Badio Sulaiman said...

hmm, xsuka hang tuah, dia sggp bunuh kwn dia sendiri.. :(

Anonymous said...

wanie, bukan ke wani cakap p zoo?
hu3 ke mas yang salah faham..

bestnye die jalan2
ermm t jom p muzium kesenian Islam...

Nur Hazwani Binti Pauzi said...

motivation hijacked: hmm..tu la kesannya kalau bertindak tanpa usul periksa kan..semoga rohnya dirahmati..:)

Nur Hazwani Binti Pauzi said...

masni: hee...memang nak pg zoo mula2..tapi oleh sebab kami ada sikit masa shj utk jln2 di sana,lagipun kena byr RM 15..kjp je blh duk sana sb tutup kul 5..so, p muzium sb kat sana pun ada pameran..ehehe..ok2, nanti kita p muzium kesenian islam plk..:)

Mun'im said...

x ajak!!!!! huhuhu...

btw kak ifa n kak wani mmg maintain cun dlm pics di aas..muahaha~~

Nur Hazwani Binti Pauzi said...

mun'im: eh, nak pg ke? hi3..hm..tq mun..actually mmg mcm tu..xcontrol2..hee

Badio Sulaiman said...

mun'im: xelok la menipu semata2 utk mengampu.. terus terang je ckp diaorg nmpk comot.. hehe

Nur Hazwani Binti Pauzi said...

huh, ada org jeles nampaknya..hee..ya, dia je la yg comel..peace..

Badio Sulaiman said...

tau xpe.. :)

Anonymous said...

bagusnya cikgu..:)

Anonymous said...

Thank you !!

Post a Comment

Doa buat ibu bapa yang dikasihi

Doa buat ibu bapa yang dikasihi
Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers Create your own banner at mybannermaker.com!
Daisypath Friendship tickers