Iskandar..!! ya Allah anakku..kenapa ni? Terkejut si ibu apabila melihat anak sulungnya menggelupur di lantai, memegang-megang kepalanya..’mak..sakitnya..Ya Allah ..’ apa yang harus dibuat oleh Mak Nab? Nak ditolongnya..macam mana? Hati masih terkejut dengan keadaan si Iskandar..lalu diletakkan kepala Iskandar di ribanya..’kenapa nak…’ sambil bercucuran air matanya, terkena pipi iskandar..diangkatnya mata seketika melihat wajah ibu, selepas itu..’innalillahiwainnailaihirajiun..’
Baru tadi bermesra dengan ibu..baru tadi senyuman terukir di wajah..Allah lebih sayangkan Iskandar..’ mak redha denganmu nak..’bisik hati kecil si ibu.
Sudah 3 bulan lebih pemergian Iskandar. Anak yang setia menemani ibu di rumah, anak yang sedia melepaskan kegembiraan hidup di alam remaja demi adik-adik, anak yang berbakti kepada keluarga, anak yang taat, yang soleh. Wajah Iskandar masih diingati ibu seperti sediakala..gelak tawa yang mereka kisahkan anak beranak tatkala sedang beristirehat masih terngiang-ngiang di telinga Mak Nab..lalu, untuk melepaskan rasa rindu pada Is, dia sering ke kamar arwah..membelek-belek pakaian lusuhnya, songkok dan tasbih kesukaan anaknya disimpan dengan rapi agar senang didakap jika rasa rindunya menjelma..ah, hati mana tidak terasa kehilangan tempat bermanja dan bergantung..Hari itu, selepas membaca Al-Quran yang diniatkan hadiah untuk arwah suami dan anak yang dikasihi, tiba-tiba Mak Nab teringat akan kata-kata Is sewaktu membantunya menanam benih sawi di belakang rumah..
'mak, ayah baikkan mak? Is teringin nak jumpa ayah..tak sabar rasanya..surat ayah masih Is baca dan simpan..’
Berdebar hati Mak Nab bila teringat kembali kata-kata itu..’surat ayah..?’ bila masanya suamiku menulis surat, dan jika ada, di mana Iskandar simpan..’ hati bagai melonjak-lonjak untuk mengetahui apakah sebenarnya yang dirahsiakan Iskandar sampai dia sendiri tidak mengetahuinya..rasa ingin tahu membawa dia kembali ke kamar arwah..almari yang sudah pudar catnya itu dibuka..secepat itu, dia terpana kepada sebuah kotak, agak sederhana besarnya..lalu dibuka perlahan-lahan.. ‘subhanallah..'ada gambarnya bersama suami tercinta..di bawahnya beberapa helai kertas bertulisan jawi dan rumi yang bercampur..untunglah, Mak Nab bukan seorang buta huruf..dibaca dan diejanya satu persatu dengan teliti..
“ anakku Iskandar..ayah berpesan kepadamu supaya jadilah anak yang sentiasa berpegang teguh kepada ajaran agama, berbaktilah kepada kedua ibu bapa dan keluarga, jangan sisihkan mereka jika kamu mendapat keuntungan..kuatkan semangat mu nak. Jika kau tidak beroleh apa yang kau hajati, bersabarlah..kerana Allah sentiasa memberikanmu yang terbaik yang kadangkala diri sendiri tidak terfikir..ayah tahu ayah tidaklah dapat membesarkan kamu adik beradik..tapi apa yang ayah nak titipkan di sini ialah ibumu adalah seorang wanita yang sangat cekal, solehah, tidak sikit pun pernah menarik muka masam kepada ayah..dia lah yang menjadi penyeri dan pengubat duka..ayah bahagia di sampingnya. Kini dia ibumu..taatlah kepadanya..jangan sakitinya..adik-adikmu yang masih kecil itu ajarlah mereka nilai-nilai yang baik..berilah pelajaran supaya tidak ketinggalan. Carilah kawan ayah yang bernama Hassan. Cikgu Hassan. InsyaAllah, Beliau boleh menolongmu. Janganlah kau abaikan pelajaranmu nak..pelajaran yang baik dapat mengubah nasib keluarga..jadilah orang yang berilmu..maafkan ayah ..sekian..ayah sayang kalian..”
Bercucuran air mata Mak Nab..suamiku begitu penyayang..Ya Allah cucurilah rahmat ke atas roh keduanya..belum sempat Mak Nab melayan perasaan apabila menatap potret mereka, sehelai kertas tiba-tiba terjatuh dari tangannya..ada sesuatu tertera..
p/s: tunggu sambungannya..last episode, insyaAllah..
0 comments:
Post a Comment